Secawan Koko Kehidupan

Bagaimana Kejar Impian Walaupun Ada Kerja Tetap

0

Semua orang ada impian. Ada yang ingin menjadi chef, ada yang ingin menjadi pengaturcara, ada yang rasa dia patut jadi usahawan.

Impian pun ada saiznya. Ada besar. Ada yang kecil.

Tapi bila kita dengar orang cakap pasal impian, mereka cakap, “kalau”. Kalau ada duit. Kalau ada kenalan. Kalau ada itu dan ini. Seperti tak boleh capai impian kalau tak ada benda itu.

Perkataan kalau ini menjadi satu alasan untuk tak kejar impian tu.

Mungkin perkataan yang lebih saya suka ialah “bagaimana”.

Bagaimana kita nak tambah pendapatan? Bagaimana kita nak pasarkan produk kepada lebih ramai orang? Bagaimana nak luangkan masa untuk kejar impian?

Semua yang kita fikir ini yang akan membantu kita membuat keputusan yang lebih baik.

Kita semestinya akan risau. Risau itu kita gunakan. Kita fikirkan apa yang kita risau… kemudian fikir cara untuk memastikan kerisauan kita itu tidak relevan.

Supaya nanti kita boleh kejar impian kita walaupun kita ada kerja tetap di siang hari. 

Biasalah, hidup ni. Ada onak dan duri. Kalau kita tak cuba nak capai impian kita, siapa lagi?

Takkan lah nak suruh mak ayah kita yang dah tua tu capaikan untuk kita?

Leave A Reply

Your email address will not be published.