Bahaya Rokok

Ini adalah info grafik mengenai kandungan bahan yang terdapat di dalam sebatang rokok. Boleh dirumuskan bahawa setiap kandungan di dalam rokok adalah bahaya dan memberi kesan buruk kepada kesihatan. Kepada anda yang mempunyai ahli keluarga dan rakan yang merupakan perokok maka boleh kita sama-sama share gambar di atas bagi menyedarkan mereka semua. Pesanan kami di Kokotiam ialah hidup sihat tanpa rokok = )

Sambung membaca Bahaya Rokok

Saman Ekor

Saman ekor merupakan penahanan dan pemakluman serta pengakuan pengguna jalan raya itu memang berat sebelah dan membebankan. Hal ini bertambah bercelaru apabila pemilik kenderaan tidak memandu atau tiada di tempat yang dirakamkan kesalahan jalan raya itu dikenakan pendakwaan kerana dianggap bertanggongjawab terhadap kenderaannya. Ini turut melahirkan pelbagai masalah kerana ada pemilik kenderaan yang telah terjual lama tetapi masih belum bertukar nama menjadi mangsa. Selain itu, saman ekor memberi 1001 masalah kepada pemilik kenderaaan kerana kebanyakkan pemilik tidak sedar mereka telah dikenakan saman.

Secara jujur, kami di Kokotiam merasakan undang-undang saman ekor adalah terlalu barbaric  dan mirip kepada law of the jungle. Sebagai rakyat Malaysia, sudah tentu kita ingin undang-undang yang lebih adil dan memberi hak kepada setiap lapisan masyarakat. Apabila kita berfikir secara lebih mendalam adakah saman ekor ini cara bagi kerajaan untuk mengaut keuntungan daripada rakyat? Kami di Kokotiam ingin mahu para pembaca untuk membuka minda mengenai isu saman ekor dan janganlah kita terus menjadi ibarat seperti keldai yang ditarik tali oleh tuannya. Hanya mampu mengikut tapi tidak diberi peluang untuk memilih cara hidup sendiri. Semoga terdapat angin perubahan agar saman ekor terus lenyap dari bumi Malaysia tercinta ini.

Mahasiswa dan Hak Mengundi

Sedar atau tidak, ramai mahasiswa di Malaysia ini mengambil remeh tentang Pilihanraya di Malaysia. Mereka hanya menumpukan kehidupan di kampus tanpa mengetahui apa-apa mengenai isu semasa. Bagi golongan mahasiswa tersebut, apa yang berlaku mengenai isu semasa terutamanya dasar kerajaan tidak memberi kesan terhadap hidup mereka. Sebenarnya apa dinikmati oleh golongan mahasiswa pada masa ini adalah hasil daripada dasar-dasar kerajaan sebelum ini. Oleh itu, golongan mahasiswa perlu tahu siapa kerajaan dan cara untuk memilih kerajaan. Mengikut kenyataan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof  telah memberitahu kebanyakan orang Melayu tidak mendaftar sebagai pemilih dan golongan ini juga terdiri daripada mahasiswa.

Bagi pendapat penulis, setiap daripada kita yang bergelar mahasiswa telah mempunyai 2 hak. Antara hak yang pertama adalah hak mendapat kebebasan akademik dan hak kedua adalah untuk mengundi pemimpin atasan. Oleh sebab itu di mana-mana IPTA mahupun IPTS apabila untuk memilih barisan Majilis Perwakilan Pelajar(MPP) mereka akan menggunakan sistem undian seperti Pilihanraya. Namun walaupun sudah didedahkan sistem Pilihanraya ketika di Universiti, masih ramai mahasiswa yang memandang remeh tentang daftar pemilih. Kita sebagai mahasiswa sebenarnya harus sedar bertapa pentingnya pilhanraya kerana itu yang akan menentukan nasib kehidupan generasi akan datang.

Sambung membaca Mahasiswa dan Hak Mengundi