Apa Seorang Penari Boleh Ajar Anda Mengenai Kepimpinan

Anda ingat ahli politik dengan usahawan dah berjaya sahaja boleh ajar mengenai kepimpinan?

Anda salah.

Cuba anda lihat video di bawah:

Seorang ketua perlu mempunyai kekentalan untuk berdiri seorang diri dan nampak “bodoh” di hadapan orang. Tapi apa yang dibuat oleh ketua tersebut perlulah amat mudah untuk diikuti sehinggakan ada orang yang bergelar 1st follower (pengikut pertama) untuk mengikutinya. Pengikut pertama terpaksa memperbodohkan diri sendiri untuk mengikut ketua tersebut dan ianya adalah salah satu bentuk kepimpinan yang tidak ramai orang ambil kesah.

Dia perlu berusaha untuk mendapatkan pengikut kedua pemimpin tersebut.

Apabila pengikut pertama berjaya mendapat pengikut kedua, pengikut pertama telah melakukan tugasnya dengan baik. Dengan ini tindakan bodoh pemimpin tersebut menjadi satu gerakan. Ingat: pengikut tidak akan meniru pemimpin tetapi akan meniru pengikut yang lain. Apabila lebih ramai orang mengikut pemimpin tersebut, lebih ramai orang ingin meniru apa yang dilakukan oleh pengikut-pengikutnya.

Apabila semua orang ikut, tidak ada sebarang risiko untuk orang luar untuk masuk kerana semua orang dah masuk. Apabila ini berlaku, mereka yang tak masuk pula dianggap sebagai “outsider” dan akan dianggap pelik kerana tidak masuk.

Sebab itulah seorang pemimpin perlu memelihara pengikut awalnya supaya dia dapat memotivasikan diri pengikutnya untuk menarik lebih ramai orang. Daripada pengikut-pengikut yang sedikit itulah akan berusaha sehabis baik untuk mendapatkan pengikut lebih ramai.

Dan pengajaran yang ramai orang miss masa tengok video di atas ialah… kepimpinan terlalu dimuliakan. Sebenarnya pengikut pertama itulah yang menjadikan seorang pemimpin itu daripada orang gila kepada seorang pemimpin. Tanpa 1st follower itu, siapalah pemimpin itu.

Saya mendapat inspirasi untuk menulis post ini daripada seorang usahawan, Derek Sivers. Lawati blognya untuk lebih banyak suntikan motivasi.

Diterbitkan oleh

Abdul Rahman

Seorang penulis, pembaca, programmer dan macam-macam lagi.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *