Apa Alasan Anda?

Apa alasan yang anda gunakan untuk tidak kuat bekerja setiap hari? Ramai orang diluar sana tidak mempunyai nasib sama seperti anda. Sekurang-kurangnya anda mempunyai talian Internet dan komputer untuk mengakses laman web ini. Ada yang tidak ada kedua-dua itu. Mereka tidak tahu pun laman web ini wujud.

Jika anda ingin membina sumber pendapatan dari Internet, anda tidak patut menyerah kalah. Mungkin cubaan pertama, kedua, bahkan kesepuluh anda gagal, tetapi itu tidak bermakna anda harus mengangkat bendera putih. Ramai orang di dunia ini tidak mempunyai peluang seperti anda.

Mereka tidak tahu potensi yang Internet boleh berikan kepada mereka.

Mereka tidak tahu apa yang mereka boleh lakukan setiap hari untuk mengubah hidup mereka.

Kadang kala, kerajaan mereka sendiri yang menghalang mereka untuk bebas bergerak.

Dan ada juga yang sedang koma sekarang akibat daripada tindakan orang lain.

Setiap saat masa berlalu, ada sahaja yang menimpa masalah. Mungkin masalah yang kecil seperti tersalah letak kunci kereta atau masalah besar seperti anak baru sahaja disahkan menghidap kanser.

Anda mungkin juga menghadapi masalah yang sama.

Tetapi anda tahu, anda tahu bahawa anda mempunyai peluang untuk berjaya. Kerana anda sedar bahawa ada orang lain yang lebih malang daripada anda… tetapi berjaya.

Cuba lihat video di bawah.

Wanita di atas kehilangan sebelah kakinya. Beliau gemar untuk mengangkat berat. Apabila beliau hilang sebelah kakinya… adakah dia menangis-nangis, merintih-rintih kecelakaan yang menimpanya? Tidak, tidak sama sekali.

Beliau tahu, kalau dia membuat semua tu, itu hanya akan menjatuhkan dirinya, bukan membangun.

Setelah anda melihat video di atas, apa lagi alasan yang anda ada sekarang?

Buang semua alasan anda, capai impian anda.

Semoga kita semua berjaya.

– Mr B

Diterbitkan oleh

Abdul Rahman

Seorang penulis, pembaca, programmer dan macam-macam lagi.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *