Antivirus Terbaik 2014: Apakah Antivirus Yang Sesuai?

DIKEMASKINI UNTUK TAHUN 2014.

Jika kita melihat semua antivirus yang ada di dalam pasaran, kita pasti akan berasa hairan: mana satu yang terbaik di antara pelbagai nama yang ada di pasaran?

Pasti ramai yang ingin tahu apakah antivirus terbaik tahun 2014 dan di sini saya ingin memberikan anda jawapannya.

Cuba kita lihat di Malaysia, apakah nama yang terkenal di sini? terdapat beberapa nama yang popular. Antaranya ialah: Kaspersky, BitDefender, Avira, AVG, Avast dan lain-lain lagi.

Jadi bagaimana kita nak tahu apakah antivirus yang terbaik?

Antivirus Terbaik 2014

TIADA.

Dalam hemat patik, tiada antivirus yang terbaik di dunia. Pada setiap suku tahun, ada sahaja antivirus yang memperbaiki algoritma pengesanannya dan ada yang keberkesanannya berkurangan setiap suku.

Jadi anda dapat lihat setiap satu mempunyai kekurangan dan kelebihan mereka masing-masing. Jika anda lihat post saya bagaimana untuk buang virus, anda akan tahu langkah demi langkah yang perlu anda lakukan untuk melindungi komputer anda.

Untuk meningkatkan kesalamatan komputer, perlu tiga perkara: antivirus, antimalware, dan firewall.

Antivirus Terbaik

Selain itu, perisian seperti Avast WebRep (diberi percuma dengan Avast), McAfee SiteAdvisor (boleh dimuat turun secara percuma) boleh membantu anda untuk mengelakkan diri anda daripada memasuki laman-laman web yang akan mendatangkan masalah kepada kesalamatan komputer anda pada masa akan datang.

Mana Satu Yang Menjadi Pilihan Hati Saya?

Jika anda tanya saya apakah antivirus terbaiki pilihan saya sekarang, saya ingin mengatakan bahawa saya akan memilih Avast. Ia merupakan perisian yang telah menjadi pilihan saya sejak tahun 2011.

Saya menyukai betapa mudahnya ia digunakan dan ia merupakan satu perisian yang jauh lebih baik dari segi graphical user interface daripada versi lebih awalnya iaitu versi 3.

Saya masih ingat lagi betapa menyampahnya saya semasa menggunakan Avast yang tidak user friendly dulu.

Sebelum saya mengenai antivirus Avast, saya menggunakan Avira kerana pada waktu itu ia terkenal dengan detection ratenya yang tinggi.

Tapi makin lama, makin kurang kehebatannya. Saya terpaksa memilih yang baharu.

Tetapi jika anda ingin membandingkan Avast dengan antivirus lain seperti Kaspersky dan BitDefender, saya ingin menyatakan bahawa jika anda ada duit untuk dilaburkan untuk keselamatan komputer anda, anda boleh mencuba BitDefender dan Kaspersky kerana untuk tahun ini, kedua-dua perisian itu adalah lebih ringan dan detection rate virus adalah pada tahap sama dengan Avast, dan mungkin ativirus berbayar tersebut lebih baik lagi.

Jadi anda ada dua pilihan sekarang ini:

1. Antivirus berbayar: gunakan Kaspersky Antivirus 2015 ataupun Bitdefender Anviritus Plus 2015.

2. Antivirus percuma: Avast Antivirus 2014.

Apa pilihan anda?

Letakkan dalam komen di bawah ya!

Diterbitkan oleh

Abdul Rahman

Seorang penulis, pembaca, programmer dan macam-macam lagi.

1 padangan di “Antivirus Terbaik 2014: Apakah Antivirus Yang Sesuai?”

  1. Memang amat penting ada antivirus pada setiap computer.

    Admin: saya terpaksa buang link anda kerana link yang anda bagi ialah dead link.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *