Anda Sakit Hati Harga Minyak RON95 Naik?

Ramai orang sakit apabila harga minyak RON95 naik.

Ramai orang memarahi kerajaan kerana menaikkan harga.

“Kerajaan jahat!”

“Lepas pilihan raya semua naik!”

Rasanya semua orang tahu janji itu senang, nak tunaikan itu susah.

Siapa suruh percaya ahli politik?

Kiri atau kanan, sama sahaja. Mereka adalah AHLI POLITIK.

Dan apa yang keluar dari mulut mereka kebiasaannya tidak dapat disahkan kepastiannya (kecuali kalau memang fakta)

Tapi di sini saya tidak ingin mengatakan tentang salah atau betul.

Tapi bila kita tahu kita semakin tersepit, kita perlu berusaha lebih dan tidak membazir seperti dahulu.

Kurangkan beli belah.

Kurangkan makan luar.

Jangan manjakan anak anda dengan barang.

Cari jalan untuk lepaskan stres tanpa keluar duit.

Jangan pergi beli tiket bola.

Jangan beli perabot baru (kecuali dah rosak).

Jangan cat rumah baru.

Jangan pergi bercuti.

Anda kena fikirkan cara bagaimana anda boleh terus hidup di dalam dunia yang tidak adil ini.

By the way, kalau anda perasan, semua orang kata dunia ni tak adil, tapi bila semua orang kata hidup ini tidak adil, maksudnya, semua orang dapat sesuatu yang mereka tak nak, jadi, dengan kata lain, adillah tu semua tak dapat semua yang mereka nak!

Jangan buat benda yang tidak produktif seperti merusuh. Itu hanya menguntungkan ahli politik. Apa yang anda boleh buat ialah anda cari lebih banyak duit. Di blog ini pun ada cara macam mana nak buat duit bila minyak dah naik ni.

Jangan obses dengan masalah minyak ni tapi obses kepada solusi masalah ini. Bagaimana anda boleh memastikan kenaikan ini tidak memberi impak yang terlalu banyak untuk anda.

Jadi positif walau masalah sebanyak mana pun. Satu perkara yang saya perasan ialah di luar sana pasti ada seseorang yang lebih susah hidupnya dari saya.

Apabila saya marah atau geram dengan sesuatu masalah, saya akan ingatkan diri saya yang saya masih lagi berada di sini dan boleh lagi menaip sesuatu kepada pembaca blog ini.

Saya pernah baca di satu laman berita ada yang di luar sana yang tidak tahu pun apa itu internet. Mereka tidak tahu apa itu peluang yang ada di dalam talian ini.

Anda? Jika anda berada di blog ini, pasti anda pernah dengar peluang buat duit di Internet.

Ada yang tidak tahu mengenainya.

Ada juga yang tidak ada rumah. Sewa rumah pun tak mampu.

Ada yang tinggal di bawah jambatan.

Ada yang kena penyakit yang tak dapat diubati.

Macam-macam yang boleh dikatakan sangat-sangat menakutkan kalau kita sendiri yang kena.

Syukur jika anda tidak ada masalah sebanyak tu.

Kalau anda masih muda lagi, ambil iktibar ini. Jangan percayakan ahli politik tetapi percayalah pada diri anda bahawa anda boleh hidup TANPA ahli politik menyusahkan hidup anda.

Kalau anda nak sangat kawal harga minyak, cubalah jadi perdana menteri! Mungkin anda boleh turunkan harga minyak!

Diterbitkan oleh

Abdul Rahman

Seorang penulis, pembaca, programmer dan macam-macam lagi.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *