Analisis Malaysia vs Thailand AFF Suzuki Cup 2014

Apa yang saya katakan sebelum ini di dalam post mengenai pasukan Malaysia tidak banyak lari. Malaysia akhirnya kecundang di tangan Thailand dengan keputusan tipis 2-3.

Pada minit-minit akhir Thailand berjaya mendahului Malaysia.

Perlawanan yang sengit dengan percubaan yang sangat menarik oleh Amri Yahya menyebabkan kita semua terpaku di hadapan tv inginkan satu keajaiban daripada percubaan daripada pemain kelahiran Tanjung Karang, Selangor itu.

Malang sekali, pertahanan Malaysia dirobek oleh pihak lawan setiap kali Malaysia cuba mendahului.

Bolos satu demi satu sehingga menyebabkan kita kecewa setelah 90 minit perlawanan yang saya kira ramai orang mengharapkan kemenangan oleh pemain negara kita ini.

Sekarang ini di dalam Piala AFF Suzuki 2014 ini, Malaysia hanya ada satu mata sahaja dan Malaysia mesti menang perlawanan seterusnya untuk membawa diri ke peringkat seterusnya.

Adakah harapan kita untuk melihat Malaysia ke hadapan akan menjadi kenyataan? Ataupun Malaysia akan mengecewakan kita?

X Factor adalah penentu. Minda mereka. Apabila mereka leka, kita akan melihat pemain kita membuka satu demi satu ruang di bahagian pertahanan. Mungkin chemistry antara pemain kurang? Saya tidak pasti. Yang saya pasti ialah ramai orang mengharapkan Malaysia menang.

Kami rakyat Malaysia inginkan pemain menarik nafas dalam-dalam dan mengeluarkan segala kekuatan yang mereka ada dan segala pengalaman mereka… dan meletakkan segala-galanya untuk menang. Kerja keras di atas padang. Minda fokus.

Lebih dapat membaca pergerakan pihak lawan. Dan sering melengkapi.

Mungkin analisis ini lebih sesuai dikatakan rintihan hati peminat bola tempatan yang jarang sekali dapat melihat pasukan bola kita dapat pergi jauh.

Sekurang-kurangnya orang Malaysia semua ni akan lupakan seribu satu perkara yang membezakan mereka dan ingat ada juga benda yang boleh Malaysia banggakan.

Perlawanan seterusnya kita akan melihat Malaysia berlawan dengan Singapura di dalam AFF Suzuki Cup 2014 ini.

Apa yang akan jadi?

Siapa yang Dollah Salleh akan turunkan sebagai kesebelasan utama dan apakah yang akan dia buat untuk menutup kelemahan-kelemahan pemain negara kita.

Kita akan lihat nanti bagaimana mereka membawa diri mereka nanti.

Kami rakyat Malaysia berharap, menyokong dan berdoa untuk kejayaan Harimau Malaya nanti.



Diterbitkan oleh

Abdul Rahman

Seorang penulis, pembaca, programmer dan macam-macam lagi.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *