7 Tip Untuk Berhenti Menghisap Rokok

bakar-duit

Ramai perokok secara senyap-senyap mahu berhenti merokok. Ada yang sudah mencuba dan anda yang sudah berhenti mencuba kerana rasa susah untuk berhenti.

Dalam post ini, saya akan bercerita kepada anda tip untuk berhenti menghisap rokok.

Untuk berhenti sesuatu yang kita dah biasa dah buat memang susah tetapi ingat… berhenti sebenarnya tak mustahil. Anda perlu kuat berusaha dan tidak menyerah bila anda rasa nak sangat hisap satu lagi rokok. Di bawah ialah beberapa tip yang anda boleh gunakan untuk berhenti merokok.

1. Tahu kenapa anda mahu berhenti

Apa sebabnya anda berhenti? Ada orang henti kerana melihat video menakutkan mengenai rokok. Ada yang tidak suka berasa semput dan ada juga yang penat terlalu bergantun dengan rokok.

Cuba anda lihat video ini. Sedikit menakutkan:

Kenapa anda nak berhenti? Tahukah sebab anda nak berhenti?

2. Uruskan stres anda

Biasanya orang akan merokok apabila mereka berasa stres. Anda perlu uruskan stres anda.

Banyakkan membaca buku-buku motivasi dan pengurusan stres. Antara buku yang admin suka ialah:

a. Think and Grow Rich – Napoleon Hill
b. Ahli Alkimia – Paulo Coelho
c. Losing My Virginity: Autobiography – Sir Richard Branson
d. Mastery – Robert Greene
e. Master Your Mind, Master Your Destiny – Adam Khoo

Yang paling penting ialah anda duduk selepas solat tutup mata dan bersyukur bahawa anda masih lagi bernafas dan boleh mencari rezeki lagi di dunia ini.

Anda masih sempat berhenti lagi.

3. Kenal pasti keadaan yang menyebabkan anda rasa mahu menghisap rokok

Apakah keadaan yang menyebabkan anda rasa seperti anda ingin merokok kembali? Anda perlu rangka keadaan di mana anda tidak perlu melalui keadaan itu.

4. Bersihkan rumah anda

Bau rokok boleh menyebabkan anda terasa untuk hisap lagi. Bersihkan rumah anda.

5. Makan buah-buahan dan sayur-sayuran

Kajian universiti Duke mendapati bahawa buah-buahan dan sayur-sayuran menyebabkan rokok rasa tak sedap. Ini mengurangkan rasa nak sangat anda kepada rokok.

6. Banyakkan bergerak

Aktiviti fizikal boleh mengurangkan rasa ingin kepada nikotin dan mengurangkan simptom awal (withdrawal symptoms). Anda juga jadi lagi sihat!

7. Cuba dan cuba lagi!

Apabila anda gagal dalam cubaan anda, cuba lagi! Jangan menyerah macam tu sahaja. Ingat kembali sebab anda ingin berhenti merokok!

Jika anda rasa tip-tip ini boleh membantu rakan anda yang mahu berhenti merokok, sila sharekan post ini kepada mereka. Mungkin ada tip yang boleh mereka gunakan.

Di bawah ini merupakan rujukan yang boleh anda baca mengenai rokok dan cara untuk berhenti.

Jangan risau kalau gagal. Cuba dan cuba lagi! Jika anda ada sebarang komen, anda boleh nyatakan di ruangan yang disediakan di bawah.

Gunakan tip berhenti merokok dalam post ini untuk membantu anda.

Diterbitkan oleh

Abdul Rahman

Seorang penulis, pembaca, programmer dan macam-macam lagi.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *