5 Senaman Dengan Menggunakan Berat Badan Sahaja

Senaman yang efektif tidak semestinya mahal.

Badan kita boleh jadi gim kita. Kita boleh bersenam.

Penting untuk kita bersenam. Bila kita bersenam, kita akan menjadi lebih sihat. Terlalu banyak artikel di luar sana yang menyatakan pentingnya senaman ini. Hari ini, kita akan pergi dengan lebih lanjut dengan senaman percuma yang boleh anda buat di mana-mana asalkan anda mempunyai badan anda. Ada juga yang mungkin menggunakan kerusi. Anda boleh cuba gunakan persekitaran anda untuk semua ini. Kreativiti anda akan sangat membantu.

Senaman yang saya senaraikan di bawah hanya menggunakan berat badan anda sahaja. Nak kempis perut, nak senaman senang, semuanya ada. Saya juga buat senarai senaman tanpa kos sebelum ni.

Malangnya tidak banyak maklumat yang ada di dalam bahasa Melayu. Untuk memudahkan anda mencari maklumat di Internet mengenai senaman-senaman di bawah, saya berikan nama-nama senaman di bawah di dalam bahasa Inggeris.

Kalau anda nak lebih banyak tip macam mana untuk mempunyai hidup yang lebih cergas dan lebih sihat (dan turunkan beberapa kilogram!), anda boleh klik butang di bawah untuk mengetahui mengenai newsletter kami iaitu “Kesihatan @ Kokotiam”.

 

Klik Untuk Tips Percuma Kuruskan Badan & Bina Badan

 

1. Power Skip

Manfaat skipping:

  1. Kesihatan kardiorespiratori meningkat.
  2. Memperbaiki koordinasi
  3. Meningkatkan keseimbangan badan
  4. Membina tulang
  5. Membentuk peha

2. Stair Climb

Jadi apa manfaat menaiki tangga? Menaiki tangga boleh:

  1. Mempercepatkan penurunan berat badan
  2. Mengurangkan risiko sakit jantung, strok, kanser, obesiti dan diabetes type 2.
  3. Sistem musculoskeletal yang lebih kuat
  4. Kecergasan cardiovascular yang lebih baik

Apabila anda naik tangga, lebih berat anda… lebih banyak kalori yang akan anda bakar. Menaiki tangga memerlukan 8 hingga 9 kali tenaga berbanding duduk dan 7 kali ganda tenaga berbanding naik lif.

3. High Knees

http://www.youtube.com/watch?v=SJ4HJ0Y_Vrs

Manfaat High Knees:

  1. Meningkatkan Kuasa Kaki
  2. Meningkatkan Kekuatan Otot
  3. Manfaat Aerobik
  4. Meningkatkan Stamina dan Ketahanan
  5. Meningkatkan Keupayaan Melompat

4. Butt Kicks

Manfaat Butt Kicks:

Meningkatkan..

  1. Kekuatan dan keadaan quads, hamstring dan calves anda.
  2. kelajuan, agiliti, dan koordinasi anda

5. Alternate Leg Bounding

Manfaat paling utama untuk senaman ini ialah senaman ini boleh meningkatkan kelajuan anda. Senaman ini akan membina otot di bahagian pinggul, pangkal paha, pergelangan kaki dan quadriceps.

Cukup Senaman untuk Hari Ini?

Tu dia! Lima senaman yang menggunakan berat badan yang boleh anda buat. Banyak kan? Sebenarnya terdapat banyak cara untuk bersenam. Paling penting ialah kita kena menggunakan badan kita untuk bergerak. Lebih banyak kita bergerak, lebih banyak lemak akan dibakar dan lebih memudahkan anda untuk mendapatkan bentuk badan yang anda mahukan.

Anda juga akan lebih fleksibel dan sihat! Itu yang penting kan?

Apakah senaman yang akan anda cuba? Apa posts yang ingin anda lihat daripada kami?



Diterbitkan oleh

Abdul Rahman

Seorang penulis, pembaca dan suka membuat sesuatu.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *