Secawan Koko Kehidupan

3 Tips Duduk Rumah Percuma Bagi Graduan

0

Graduan nak urus duit?

Biar betul.

Bagi seorang graduan, menguruskan wang adalah satu perkara yang amat sukar.

Dengan gaji sekitar RM2500 bagi pemegang ijazah,  jika tidak diuruskan dengan baik boleh dihabiskan dengan sia-sia sahaja.

Tanya sahaja mana-mana graduan kalau tak percaya.

Persoalannya, bagaimana dengan usia yang muda seorang graduan boleh memiliki sebuah rumah?

Hari ini, saya akan kongsikan tips membeli rumah dan bagaimana anda boleh membayar ansuran rumah tanpa menggunakan duit gaji.

Mustahil?

Tak mustahil. Kalau tahu caranya.

1. Ini Wajib: Disiplin Dalam Menyimpan

Bagi mendapatkan simpanan tunai yang banyak, anda perlu membuat simpanan semaksimum yang mungkin. Anda boleh gunakan tips yang saya kongsikan di dalam blog post lain mengenai cara simpan duit.

Untuk yang belum kahwin, bagus!

Ini bermakna anda tidak mempunyai sebarang komitmen penting melainkan menggunakan wang untuk tujuan peribadi.

Cuba anda buat simpanan sekurang-kurangnya RM1000 sebulan.

Bagi anda mustahil?

Tapi bayangkan, dalam masa kurang daripada setahun, simpanan dah boleh cecah lebih daripada RM10,000.

Apa yang perlu anda lakukan? Teruskan menyimpan sebanyak mana yang boleh.

Godaan banyak masa muda ni, tapi penting ni… simpan duit!

2. Cuba Cari Rumah Kos Rendah Flat/Apartment

Dengan berbekalkan wang simpanan tersebut, cuba tengok kawasan rumah flat atau apartment yang mempunyai nilai yang rendah.

Jika ada rumah yang masih mempunyai nilai yang rendah, anda boleh membuat pembelian dengan duit simpanan anda tersebut sebagai deposit.

Sebagai contoh, anda dapat membeli sebuah rumah kos rendah serendah RM80,000.

Jadi, kos deposit rumah anda ialah 10% daripada harga itu.

Anda perlu membayar ansuran kepada pihak bank sebanyak RM500+/- sebulan.

Tapi ingat, ia bergantung kepada kadar peratusan dan tempoh pinjaman daripada pihak bank.

Persoalannya, bagaimanakah anda boleh tinggal di rumah tersebut tanpa perlu mengeluarkan wang?

3. Cari Housemate

Biasanya rumah apartment atau flat ada 3 bilik.

Anda sewakannya 2 bilik kepada orang ramai.

Sebagai pemilik rumah, terpulanglah kepada anda sama ada mahu tinggal di bilik utama atau bilik yang lain.

Setiap bilik boleh disewakan angggaran RM280 mengikut tempat tersebut.

Tapi ingat: jangan letakkan harga terlalu tinggi atau terlalu rendah.

Anda kena tengok juga kemudahan yang anda sediakan seperti katil, almari, televisyen, mesin basuh, peti sejuk, ruang dapur dan sebagainya.

Biasanya lagi banyak kemudahan, lagi banyak boleh sewa.

Kalau penyewa bayar sewa RM280 setiap bilik, anda akan mendapat aliran tunai ke dalam akaun anda sebanyak RM560. Nampak tak?

Dah lah tak payah bayar, siap dapat untung lagi. Siapa yang untung dalam hal ini? Sudah tentulah anda!

RUMUSANNYA?

Anda boleh naikkan harga bergantung kepada apa yang anda sediakan.

Tapi sebelum tu, anda kena pastikan rumah yang dibeli tidak terlalu mahal berbanding harga pasaran.

Harap-harap dapatlah rumah yang harga bawah pasaran, kan? 🙂

Photo by The author’s photo album

Leave A Reply

Your email address will not be published.