3 Cara Menentukan Sewa Rumah

0

Sebagai pemilik rumah, pasti akan berhadapan dengan masalah dalam menetapkan kadar sewa rumah. Jika letakkan pada harga yang tinggi, bimbang tiada penyewa pula. Maka dalam artikel ini, kami akan berkongsi dengan anda tentang tip-tip menetapkan kadar sewa rumah. Tidak terlalu mahal, tetapi tidak pula terlalu murah. Apa yang paling penting, jika kita memudahkan urusan orang lain, tidak mustahil urusan kita juga akan dipermudahkan Insha Allah.

#1 Iklan Dummy

Dummy bermaksud palsu. Bagaimana caranya kita mahu menggunakan iklan dummy dalam menetapkan kadar sewa rumah? Begini, langkah yang pertama adalah meletakkan iklan di Mudah.my tentang rumah yang kita mahu sewakan. Jangan lupa sertakan sekali nombor telefon kita sebagai penyewa. Nombor telefon juga harus berbeza pada setiap iklan. Kita boleh meletakkan 3 iklan pada harga yang berlainan. Sebagai contoh :

  • Iklan Pertama : RM900
  • Iklan Kedua : RM850
  • Iklan Ketiga : RM700

Apabila iklan sudah diluluskan, kita tunggu panggilan daripada bakal penyewa. Kita bandingkan adakah harga sewa pada iklan pertama mempunyai panggilan yang banyak atau pada iklan yang lain.

Jika ramai yang berminat pada iklan yang dipaparkan, jangan sewakan dahulu atau tolak bakal penyewa. Tetapi katakan pada mereka, kita akan hubungi mereka jika rumah sudah available. Kaedah ini adalah supaya kita boleh membuat kajian perbandingan di antara ketiga-tiga iklan tersebut. Pada masa yang masa juga, kita sudah memiliki nombor telefon bakal penyewa.

#2 Observasi

Tidak cukup setakat iklan di internet sahaja, sebagai pemilik rumah kita boleh melakukan observasi iaitu pemerhatian di kawasan sekeliling. Boleh mengajukan pertanyaan tentang jiran-jiran, pemilik kedai tentang kadar purata sewa di kawasan tersebut. Kumpul data dan lakukan kajian perbandingan. Jika kita mendapati terdapat rumah yang disewa agak tinggi, boleh lakukan kajian terhadap situasi ini. Adakah pemilik rumah menyediakan perabot atau sebaliknya. Ini penting agar kadar sewa yang diletakkan tidak terlalu tinggi.

#3 Melepasi Kadar Pinjaman

Apabila matlamat kita mahu mendapatkan lebihan aliran tunai, kita perlu memastikan bahawa kadar sewa harus melepasi kadar ansuran kepada pihak bank. Jika tidak, kita terpaksa menanggung sedikit kerugian. Tetapi jika rumah tersebut sudah menjadi hak milik kita sepenuhnya, maka kita boleh an kadar sewa mengikut kesesuaian asalkan ia berpatutan.

Kesimpulan

Dalam menetapkan kadar sewa janganlah kita terlalu mengejar keuntungan semata-mata. Abang Ensem pakar hartanah pernah bercerita, beliau menurunkan kadar sewa bulanan rumah terhadap penyewanya  atas dasar kemanusiaan. Hal ini kerana penyewanya tidak mempunyai pendapatan yang tinggi, tetapi tidak pernah culas dalam membayar sewa.

Leave A Reply

Your email address will not be published.