2 Benda Yang Boleh Tarik Trafik Ke Blog Anda

Oh trafik.

Perkara yan ramai orang suka dan ramai tak dapat. Kenapa? Sebab susah nak cari trafik sekarang.

Dulu kala, guna WordPress, pastikan on-page SEO bagus, Google senang-senang sahaja bagi ranking yang baik dalam enjin cariannya. Untuk kebanyakan kata kunci. Tak semua macam tu. Kata kunci seperti “insurance”, “legal advice”, “mesothelioma” adalah beberapa kata kunci yang memerlukan usaha yang lebih kreatif.

Sekarang, dengan Panda updates, Penguin updates, susah dah nak tarik trafik terutamanya dari enjin carian. Kebanyakan cara untuk buat backlinks yang “normal” seperti forum profile, web 2.0 profile sudah tidak berkesan seperti dahulu.

Ramai juga orang marah-marah sebab bisnes mereka lesap begitu sahaja lepas Google updates semua ni. Jadi, sebagai usahawan yang peka dengan perubahan, anda pasti tidak akan biarkan tukul dari Google menjatuhkan blog anda daripada posisi sekarang ke posisi entah nombor berapa kan?

Jadi, apa yang anda boleh buat ialah dengan meletakkan content yang boleh menarik orang untuk subscribe blog anda dan “menikmati” apa yang ada di blog anda.

Content tidak diciptakan sama rata

Tak semua content dicipta sama kualitinya. Ada yang ditulis dengan bagus, ada yang ditulis dengan sambil lewa. Ada juga yang relevan dengan kita dan ada pula yang tidak.

Tapi walau apa jenis post pun… apa jenis post yang mendapat trafik?

Bagi saya, ada dua jenis post yang boleh dapat trafik. Yang banyak. Yang pertama ialah…

Post Berbentuk Tutorial

Tutorial adalah sesuatu yang mengajarkan sesuatu. Sebab utama ia mendapat trafik banyak ialah kerana orang sentiasa mencari bagaimana untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Apakah tema blog anda? Tulislah post yang dapat membantu orang yang datang ke blog anda menyelesaikan sesuatu masalah.

Macam blog ini, saya cuba membantu usahawan untuk mendapatkan trafik dan menjadikan pelawat kepada pembeli.

Dengan kata lain, saya cuba menjawab soalan bagaimana untuk mendapatkan trafik.

Dan juga bagaimana untuk mendapatkan jualan di Internet.

Post Berbentuk Berita

Post berbentuk berita ialah post yang berkaitan dengan isu semasa. Isu semasa ialah satu topik besar. Ia akan membolehkan blog anda mendapat kejutan trafik kerana ramai sangat orang datang pada satu masa. Sebagai contoh, dulu, masa awal-awal puasa, kawan saya di Kokotiam menulis mengenai waktu imsak.

Banyak betul orang cari pasal waktu imsak masa 2, 3 hari pertama puasa. Sekarang pun ada sikit-sikit lagi. Memang banyaklah trafik masa post. Selepas ini, anda mungkin boleh tulis mengenai Dato’ Lee Chong Wei vs Lin Dan di final Olimpik 2012. (Harap-harap Dato’ Lee Chong Wei menang lah nanti!)

Pada hari Valentin pula, anda boleh tulis mengenai haramnya hari Valentin atau announce apa-apa berkaitan dengan Valentine. Mungkin ada diskaun ke, tempat menarik ke, atau tip ke.

Perasan bagaimana tip juga boleh termasuk dalam berita? Apabila ia dikaitkan dengan isu-isu semasa. Kedua-dua jenis post ini senang dapat trafik di Google… kerana Google akan bagi percuma kepada anda.

Kalau anda suka post ini, kongsi-kongsilah dengan kawan di Facebook, Twitter atau Google Plus! 😀

Diterbitkan oleh

Abdul Rahman

Seorang penulis, pembaca, programmer dan macam-macam lagi.

7 padangan di “2 Benda Yang Boleh Tarik Trafik Ke Blog Anda”

  1. blog Ai lebih kepada kisah hidup Ai.. tapi boleh jadi motivasi kepada yang baca.. Ai tak nak kejar traffic dengan gosip.. sebab tak nak kumpul dosa..

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *