Baru-baru ini syarikat pencarian kerja Career Builder telah menyenaraikan 17 terma paling teruk boleh anda gunakan di dalam resume anda… dan 14 terma yang boleh anda gunakan di dalamnya.
Di bawah ini ialah senarai terma terburuk yang boleh anda letak di dalam resume anda:
- Best of breed: 38 peratus
- Go-getter: 27 peratus
- Think outside of the box: 26 peratus
- Synergy: 22 peratus
- Go-to person: 22 peratus
- Thought leadership: 16 peratus
- Value add: 16 peratus
- Results-driven: 16 peratus
- Team player: 15 peratus
- Bottom-line: 14 peratus
- Hard worker: 13 peratus
- Strategic thinker: 12 peratus
- Dynamic: 12 peratus
- Self-motivated: 12 peratus
- Detail-oriented: 11 peratus
- Proactively: 11 peratus
- Track record: 10 peratus
Di bawah ini pula ialah senarai terma terbaik boleh anda letakkan dalam resume anda:
- Achieved: 52 peratus
- Improved: 48 peratus
- Trained/Mentored: 47 peratus
- Managed: 44 peratus
- Created: 43 peratus
- Resolved: 40 peratus
- Volunteered: 35 peratus
- Influenced: 29 peratus
- Increased/Decreased: 28 peratus
- Ideas: 27 peratus
- Negotiated: 25 peratus
- Launched: 24 peratus
- Revenue/Profits: 23 peratus
- Under budget: 16 peratus
- Won: 13 peratus
“Apa pihak HR tengok di dalam resume anda?”
3 tip dari kami
1. Pengalaman bekerja. Pihak HR melihat sama ada anda mempunyai pengalaman berkaitan dengan jawatan yang anda minta. Jika anda tidak mempunyai pengalaman di dalam bidang yang anda minta, kemungkinan untuk anda mendapat kerja itu adalah tipis. Kelonggaran biasanya diberi jika syarikat tersebut mahu menggaji graduan yang baru sahaja habis belajar.
2. Skil komunikasi. Jika anda boleh menyampaikan maklumat dengan jelas, mereka senang untuk bekerjasama dengan anda. Anda hidup di dalam satu pasukan dan bukannya lone wolf.
3. Porfolio anda. Mereka mahu melihat apakah sumbangan anda di dalam syarikat yang anda sertai sebelum anda meminta dari syarikat yang anda ada sekarang. Biasanya anda boleh menyimpan portfolio anda di atas talian. Jika anda mempunyai hasil penulisan, kajian atau kerja yang anda banggakan, buat salinan untuk diri anda sendiri. Salinan tersebut boleh anda gunakan semasa temuduga nanti.
Kalau nak lagi banyak tips kerjaya, boleh klik butang di bawah.
Klik Kalau Nak Tips Cari Kerja
Itu hanyalah sebahagian daripada tip yang boleh kami sajikan kepada anda. Jika anda mempunyai sebarang tip tambahan yang ingin anda kongsikan bersama kami, anda boleh kongsikan di dalam bahagian komen yang kami sediakan di bawah 🙂
Sumber senarai terma: Career Builder
Nice sharing.. Thanks…
Bismillah
Bagus tips menyediakan resume dengan bagus dan tepat serta bersedia dalam temuduga.
Semoga post ni dapat membantu dalam mendapatkan kerja untuk cik Farah! 🙂