14 Perkara Budak 90-an Suka Buat Dulu

Teringat cerita dulu-dulu.

Kalau korang budak-budak yang lahir tahun 90 mesti dah biasa dengan benda-benda ni.

1. Kita kumpul Shakers. Tak tahu kenapa. Trend tiba-tiba datang. Shake shake untuk keluarkan lead.

Pensil Shaker yang kita asyik kumpul je.. Tak tahu kenapa.
Pensil Shaker yang kita asyik kumpul je.. Tak tahu kenapa.

2. Main Pemadam. Kita kumpul pemadam lepas tu lawan kawan kita. Biasanya yan menang dapat pemadam lawan.

Ni royale rumble lawan ramai-ramai... Biasanya lawan 1 v 1 sampai la semua lawan tengok siapa hebat...
Ni royale rumble lawan ramai-ramai… Biasanya lawan 1 v 1 sampai la semua lawan tengok siapa hebat…

3. Kita biasa main Digimon. Best main Digimon masa tu. Bawa ke sekolah senyap-senyap lepas tu lawan orang.

Biasanya kita main dua yang atas tu je.
Biasanya kita main dua yang atas tu je.

4.  Kita dulu main Tamiya. Ada kedai dengan track Tamiya sekali dekat kedai tu. (Sekarang ni boleh jumpa lagi dekat Batu Pahat — hari itu admin jumpa tepi jalan).

Semangat main Tamiya dulu...
Semangat main Tamiya dulu…

5. Kita kumpul kad Pokemon. Selalunya kawan-kawan Cina yang selalu kumpul kad Pokemon ni. (Dulu siap ada hoax lagi yang kata pokemon tu nama yang Yahudi bagi. Entah siapa la mula cakap)

Kumpul jangan tak kumpul kad-kad.. Nanti nak lawan!
Kumpul jangan tak kumpul kad-kad.. Nanti nak lawan!

6. Yo-yo. Kita tak main komputer game (kecuali Counter Strike) tapi kita main yo-yo.  Yo-yo kira hip la dulu…

Ni la yang yo yo yang ramai main dulu... Bumble Bee.. Royale Bumble Bee kot tak silap...
Ni la yang yo yo yang ramai main dulu… Bumble Bee.. Royale Bumble Bee kot tak silap…

7. Kita main gasing! Main dekat padang biasanya permainan ni.

Mesti teringin nak pangkah orang.. Siapa keluar garisan dia kalah...
Mesti teringin nak pangkah orang.. Siapa keluar garisan dia kalah…

8. Penutup Botol. Biasanya masa tunggu cikgu masuk, kita main penutup botol yang kita kumpul. Coca Cola, 7 Up, dan macam-macam lagi… janji dapat penutup botol tu. (Mesti botol kaca, kalau tak, tak dapat yang macam dekat bawah ni!)

penutup-botol

9. Batu Seremban. Budak perempuan pula main batu seremban (ada juga lelaki yang cuba join… selalunya kalah juga dengan budak perempuan).

batu-seremban
Susah laki nak main ni…

10. Dekat longkang main berudu. Tengok berudu setengah jam dan cuba tangkap. (Dulu bersih juga longkang walaupun di Kuala Lumpur).

Admin biasanya tengok je tak tangkap benda alah ni...
Admin biasanya tengok je tak tangkap benda alah ni…

11. Kad Tepuk. Ada yang takde kerja akan kumpul kad. Kad tu macam-macam ada. Ada gambar Masked Rider ada gambar Dragon Ball dan macam-macam lagi. Lawan 10, 20 ke tengok la berapa sampai tak boleh tepuk kad tu.

kad-tepuk
Tepuk sampai merah tapak tangan…

12. Lompat Tali Getah. Ni perempuan selalu main. Laki main selalu sangkut sebab nak loncat tak pandai.

Lompat jangan tak lompat...
Lompat jangan tak lompat…

13. Main Tiang. Ada dekat tengah-tengah lepas tu kena cop orang yang dekat tiang. Tak ingat nama game ni. Biasanya main lepas habis sekolah (tu lah tempat paling banyak tiang kan?)

Ha cam ni la main tiang...
Ha cam ni la main tiang…

14. Lawan Pen. Ha lawan pen. Sape jatuh pen dia kat bawah dia kalah. Tak semestinya lawan pen je. Boleh je guna pensil tekan ataupun apa-apa yang bersesuaian.

Eh gambar cam orang besar pula. Haha.
Eh gambar cam orang besar pula. Haha.

Itu 14 benda yang admin ingat masa admin kecil dulu. Dulu admin macam budak-budak lain juga suka main. Sekarang ni banyak tengok isu semasa yang macam-macam… Menakutkan.

Korang dulu-dulu macam mana pula? Suka main apa masa sekolah dulu?

Diterbitkan oleh

Abdul Rahman

Seorang penulis, pembaca, programmer dan macam-macam lagi.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *