1,000,000 Buku, Muzik dan Movie Percuma Untuk Dimuat Turun

Tipu? Tak. Betul. Semuanya percuma.

Satu juta buku, muzik dan movie untuk anda muat turun. Dan tidak ada apa-apa halangan. Bagaimana? Melalui Internet Archive. Anda boleh menonton konsert, tengok movie dan macam-macam lagi melaluinya.

Internet Archive kini menawarkan lebih 1,000,000 torrents termasuk live konsert, koleksi filem Prelinger, koleksi buku audio librivox, filem, radio masa lama, banyak dan pelbagai jenis buku, dan semua gambar yan baharu di masukkan ke dalam koleksi Komuniti oleh patrn (dan lebih banyak lagi pada masa akan datang).

Untuk memuat turun torrent fail tersebut, hanya klik link torrent di bawah kotak download. Klien torrent anda seperti uTorrent dan Vuze boleh menggunakan fail torrent dan download fail yang ada di dalam Archive, termasuk fail yang original, yang berasal daripadanya dan fail metadata. Anda boleh pilih fail-fail yang anda nak atau tak nak di dalam kebanyakan klien BiTtorrent, membolehkan anda mengambil sebahagian atau semua barang di dalamnya.

Anda boleh melihatnya di The Internet Archive.

Diterbitkan oleh

Abdul Rahman

Seorang penulis, pembaca, programmer dan macam-macam lagi.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *