10 Tip Temuduga Kerja Untuk Peluang Lebih Cerah

Kalau anda ingin mendapatkan pekerjaan, temuduga ialah salah satu proses yang akan anda lalui.

Ramai orang gagal di dalam proses ini kerana mereka tidak bersedia dengan baik.

Mari kita ubah nasib kita supaya lebih senang untuk bersedia untuk temuduga nati.

Tip Temuduga No. 1:

Kesilapan paling besar yang dilakukan oleh calon ialah mereka tidak kenal siapakah majikan mereka.

Apabila anda datang ke temuduga, majikan menganggap anda telah mencari maklumat mengenai syarikat itu – apa syarikat tu buat, apa core business syarikat tersebut, adakah syarikat tersebut mempunyai cawangan, siapakah CEO syarikat, polisi apa yang ada di syarikat, dan lain-lain.

Dalam dunia Internet sekarang, kebanyakan maklumat tentang sesebuah syarikat senang didapati.

Kalau anda tiba-tiba cakap, “maafkan saya, apa yang syarikat ni buat ya?”…

Anda automatik gagal.

Nampak sangat malas. Sebagai seorang calon, anda perlu menunjukkan minat untuk kerja tersebut dan organisasi tersebut.

Kalau betul anda dah dapat temuduga tu, anda boleh cuba ambil masa beberapa jam untuk membuat carian google tentang bakal majikan anda tu. Tanya kawan-kawan anda. Tanya pensyarah anda. Cari maklumat mengenai syarikat tersebut.

Tip Temuduga No. 2:

“Berapa gaji?”.

Itu BUKAN SOALAN PERTAMA anda.

Jangan tanya tentang cuti atau bonus sebelum anda berbincang bagaimana anda boleh menyumbang kepada syarikat. Ada beberapa calon yang “pandai sangat” yang soalan pertamanya ialah “berapa gaji” – temuduga itu tidak berjalan dengan lama.

Soalan lagi teruk ialah: boleh saya dapat pendahuluan gaji?

Tip Temuduga No. 3:

Datang awal untuk temuduga tersebut. Kalau boleh, datang 10-15 minit awal. Siapa yang datang awal memberi tanggapan bahawa dia seorang yang berdisiplin dan bersemangat.

Pendapat peribadi saya ialah, lambat untuk temuduga ialah big NO NO. Calon yang datang lambat pada pandangan saya akan hilang 50% markah sebelum temuduga bermula. Walau apa pun alasannya.

Alasan seperti “susah nak jumpa ofis” atau “trafik sangat teruk” adalah alasan yang basi dan tidak diterima.

Jika anda tidak biasa dengan temuduga, lakukan lawatan beberapa hari sebelum atau pergi ke tempat temuduga sejam sebelum temuduga.

Apabila anda lewat, anda tidak tenang, dan anda akan senang panik, berpeluh dan anda lupa apa yang anda nak katakan. Dan penemuduga akan menganggap anda tidak berdisiplin.

Tip Temuduga No. 4:

Anda boleh bertanya kepada penemuduga soalan. Kebanyakan penemuduga suka calon yang aktif semasa sesi temuduga dan bertanya soalan yang bernas.

Anda boleh bertanya soalan seperti “saya membaca dari laman web anda bahawa anda ada banyak projek di Sarawak. Mungkin ke untuk saya mendapat peluang bekerja di dalam projek-projek tersebut?” atau “apakah polisi syarikat tentang pembangunan profesional yang berterusan?”

Jangan tanya soalan bodoh seperti “berapa banyak Cina/Melayu bekerja di sini?” atau “boleh ke saya bawa kucing saya ke ofis setiap hari” ataupun apa nama penyambut tetamu yang cute tu?”

Tip Temuduga No. 5:

Jangan berkeras untuk membawa atyah atau ibu anda ke dalam bilik temuduga. Okay untuk anda meminta ibu bapa, pakcik, nenek dan lain-lain menghantar ke tempat temuduga tetapi kalau boleh, minta mereka tunggu di luar.

Anda tak nampak hebat kalau anda beritahu penemuduga anda “mak saya tengah tunggu di luar”. Anda mungkin secara tak sengaja menghantar mesej yang anda masih lagi budak, masih lagi duduk di bawah ketiak mak anda.

Tip Temuduga No. 6:

Anda berada di situ untuk temuduga kerja. Pakai pakaian yang bersesuaian.

Dengan membuat kajian ke atas syarikat itu, anda dapat mempelajari tentang budaya kerja syarikat tersebut dan memakai pakaian dengan betul. Jika ragu-ragu, over dress daripada under dress.

Tip Temuduga No. 7:

Jangan kutuk universiti anda, pensyarah anda, majikan anda sebelum ini, isteri anda, kucing anda, kerajaan, industri dan lain-lain.

Jangan mengutuk tentang apa-apa pun. Jadi bertamadun sikit. Apabila anda kutuk pasal sesuatu, anda tidak meninggalkan tanggapan yang baik.

Penemuduga mungkin fikir kalau dia ni asyik bising pasal majikan sebelum ini, mungkin dia akan buat benda yang sama apabila dia meninggalkan syarikat ini”.

Tip Temuduga No. 8:

Berterima kasih kepada penemuduga pada akhir temuduga. Berterima kasih kepada setiausaha penemuduga apabila anda beransur keluar.

Terima kasih kepada penyambut tetamu itu apabila anda keluar. Jangan tersinggung apabila penemuduga kasar atau kurang ajar dengan anda.

Kadang kala, mereka sedang melihat perangai anda. Sesetengah syarikat akan melihat bagaimana anda berinteraksi dengan staf ataupun penyambut tetamu untuk memahami karakter anda. Cuba baik dengan semua orang.

Tip Temuduga No. 9:

Hampir semua penemuduga akan bertanya “ceritakan tentang diri anda”. Pelan dan bersedia untuk soalan ini. Ceritakan fakta yang menunjukkan kekuatan anda dan tunjukkan kelayakan anda untuk kerja tersebut.

Tidak ada alasan untuk buat dengan teruk bahagian ini – ini soalan yang anda boleh sediakan diri anda.

(Anda tak perlulah beritahu yang anda sakit perut selama 8 hari berturut-turut kecuali kalau anda minta kerja untuk tutup lubang bontot anda)

Tip Temuduga No. 10:

Jangan merayu-rayu untuk kerja tu. Tunjukkan yang anda berminat. Tunjukkan anda layak untuk kerja tu. Jangan, JANGAN, merayu-rayu untuk kerja tu.

Ha, tu sahaja tip untuk pergi temuduga. Ada apa-apa tip tambahan yang nak dikongsi? Komen di bawah!

penemuduga

(Post ini diinspirasikan daripada tip-tip yang dikongsi oleh Monyet King)

Kalau anda inginkan lebih banyak tips kerjaya, klik butang di bawah.

Klik Untuk Dapatkan Lagi Banyak Tips Kerja

 

Diterbitkan oleh

Abdul Rahman

Seorang penulis, pembaca, programmer dan macam-macam lagi.

6 padangan di “10 Tip Temuduga Kerja Untuk Peluang Lebih Cerah”

  1. Salam sejahtera semua,To Lina Chan,Mungkin sebaagi langkah berjaga-jaga,saya rasa elok jugak kalau kita faxkan/hantarkan dulu surat setuju lantikan tersebut ke nombor seperti yang diberitahu dan pada hari melapor diri, ketiga-tiga borang tersebut kita bawa bersama-sama.To Torres,1. Berkenaan tarikh pada surat pelawaan lantikan, tercatat tarikh 16 Oktober 2009. Sepertimana di dalam surat ada nyatakan…“Tuan/Puan dikehendaki memenuhi dan menandatangani surat setuju terima SPA.6A yang dilampirkan 2 minggu mulai tarikh surat ini dikeluarkan…”.Maknanya, 30 Oktober 2009 adalah tarikh akhir untuk tempoh 2 minggu tersebut.Pemahaman saya pada mulanya adalah seperti Torres untuk tarikh surat setuju terima lantikan tapi setelah menelefon Bhgn Pengambilan, saya telah dijelaskan seperti yang tertera di atas.Mungkin ada di kalangan rakan-rakan yang ada idea berkenaan pasal hal ni?2. Tentang medical check up, saya rase xde masalah rasenye kalau kita buat di swasta. Asalkan Doktor yang Bertauliah tersebut memenuhi segala perincian sepertimana yang telah ditetapkandalam borang medical check up untuk kemasukan ke perkhidmatan awam tersebut. Mungkin ada di kalangan rakan-rakan yang ada idea berkenaan pasal hal ni?

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *