10 Perkara Tentang Kehidupan

Hidup. Apa yang kita perlu tahu tentang hidup?

Dalam post ini saya kongsi 10 perkara yang anda perlu tahu tentang kehidupan ini.

Cuba tengok. Setuju tak dengan poin-poin yang saya berikan di bawah?

1. Anda kena sedar tidak siapa peduli, dan kalau diorang peduli, anda tak patut kisah apa yang mereka peduli.

Dapat kereta baru?

Tiada siapa yang peduli.

Ada yang akan tengok tapi seminggu dua je.  Mereka ingin tahu.

Lepas tu dalam tiga minggu ia hanya salah satu daripada beribu-ribu kereta di luar sana yang ada di jalan raya dan di depan rumah di sana sini.

Kemudian, kereta tu pun akan jadi satu lagi kereta yang anda pandu.

Ada perhiasan baru?

Pergi ke restoran mahal? Pergi percutian eksotik?

Tiada siapa yang peduli. Jangan tentukan kebahagiaan anda berdasarkan apa yang orang kisah.

Dan jika mereka kisah, selalunya mereka mahu merasa ataupun cemburu dengan anda.

2. Sesetengah orang akan memecahkan peraturan nombor satu.

Kadang-kadang ada orang yang betul-betul mengambil kisah diri anda.

Betul-betul mengambil berat tentang diri anda.

Orang yang betul-betul ambil berat tentang diri anda akan mendengar kata-kata anda sepenuh hati mereka dan pada waktu itu anda tahu setiap saat dirinya adalah bersama dengan anda.

3. Luangkan masa anda dengan orang yang memecahkan peraturan ni.

Kahwin dengan dorang.

Kawan dengan mereka. Bekerja dengan mereka. Luangkan hujung minggu dengan mereka.

Walau betapa obsesnya anda dengan kuasa, anda tidak boleh membuatkan seseorang itu kisah – jadi rapatkan diri anda dengan orang yang betul-betul peduli dengan diri anda.

4. Duit itu murah.

Maksud saya, banyak duit ada di dunia ni.

Bertrillion-lion duit dekat dunia ni, dan nilainya dibuat dan diletakkan di atas kertas tu. Jangan membentuk hidup anda semata-mata untuk dapatkan duit tu.

Ada orang tu semangat kerja kuat dan bejimat habis-habisan sampai dapat simpanan enam angka.. Dan dia betul-betul dapat… lepas tu dia mati disebabkan kanser.

Mesti suami baru isterinya tu kagum dengan semangat dia tu.

5. Duit itu mahal.

Maksud saya, memang susah untuk anda dapatkan duit – dan tak tahu bila orang akan buat hal dengan anda – jadi, jangan bodoh bila guna duit tu.

Elak daripada hutang atas aset yang semakin lama semakin kurang nilainya. Dan jangan dapatkan hutang semata-mata untuk berlagak (tengok peraturan nombor satu di atas). Hutang adalah salah satu perkara yang satu hari nanti anda akan dapat, tapi janganlah membuta terimanya dalam kehidupan – hutang melambangkan ketidakseimbangan dan kalau dilihat dari sudut lain, seperti tidak mahu menguruskan kewangan sendiri dengan betul. Resignation of control.

Kadang kala hutang belajar tak dapat dielakkan (kalau boleh dielakkan), tetapi kalau dah ambil ijazah tu, pastikan ijazah itu ialah pelaburan dan bukannya liabiliti.

Saya kasihan tengok orang berhutang berpuluh ribu untuk mengambil ijazah tetapi tak tahu apa sebenarnya nak buat dalam hidup.

Cuba tengok cara hidup orang. Bagaimana orang lain hidup. Kalau ada duit, cuba merantau. Tengok. Cuba tengok beza hidup orang di tempat anda lawati tu.

Daripada situ anda boleh bayangkan sedikit bagaimana anda nak struktur hidup anda.

6. Belajar seni kuno bernama retorik.

Retorik, walau apa pun yang anda kata, adalah apa yang membuatkan dunia ni bergerak – sebab retoriklah yang menyebabkan orang membuat keputusan.

Kalau anda faham bagaimana ia berfungsi, sambil semua takut dengan suara yang kuat ataupun berapi, anda dapat nampak di sebalik komunikasi itu dan lihat apa yang menggerakkan orang untuk bertindak.

Bukan sahaja anda akan membentuk imuniti kepada pelbagai komersial, pemasaran, dan penjual, anda juga akan membentuk ucapan anda sendiri untuk mempengaruhi orang lain.

Apabila anda tahu bagaimana untuk bercakap untuk mengubah minda seseorang, untuk memupuk keyakinan orang lain, untuk senyapkan ketakutan di dalam seorang budak, anda tahu mengenai kuasa ini.

7. Anda bertanggungjawab kepada semua, tetapi anda bertanggungjawab untuk diri anda sendiri.

Saya percaya kita semua bertanggungjawab untuk sesuatu.

Saya juga percaya yang kita perlu hidup kita merangkumi sesuatu yang lebih besar daripada kita di mana kita berkemampuan untuk membantu orang lain, ataupun menjadi suara untuk mereka yang tidak bersuara.

Semasa anda membaca post ini, ada orang di luar sana yang mempunyai tanggungjawab lebih besar daripada anda, yang menanggung lebih banyak kesukaran dan terpaksa menghadapi banyak perkara semata-mata untuk terus hidup.

Mereka memerlukan sokongan, dorongan dan sentuhan untuk terus tabah dan menguatkan diri mereka.

Tapi jangan lupa anda bertanggungjawab untuk diri anda sendiri.

Tiada siapa yang akan mencari kejayaan untuk anda, dan tiada siapa yang akan mendapatkan kegembiraan anda. Kegembiraan anda sebenarnya datang dari dalam.

8. Belajar tengok sesuatu dalam suatu sistem.

Apabila anda memahami dunia di sekeliling anda sebagai satu sistem yang besar dan bersangkut paut antara satu sama lain, anda akan mendapati bahawa untuk memahami sesuatu perkara itu menjadi semakin mudah.

Anda akan mendapati bahawa hidup ini bukannya satu magik ataupun sesuatu yang kabur… Tetapi hanyalah satu reaksi daripada pelbagai pemboleh ubah di dalam hidup ini.

Bila kita lihat dunia seperti satu sistem, semakin sukar untuk kita dibuli di dalam dunia ini.

9. Fikirkan tentang situasi “Black Swan”. Situasi yang tak terjangka.

Kadang kala bila keadaan menjadi huru-hara, pelan yang terperinci pun boleh gagal.

Dan kalau anda hidup tanpa margin dalam kewangan, emosi ataupun lain-lain, senang sahaja untuk anda terperangkap dengan keadaan semasa.

Ya… Ambil risiko, tapi pastikan ada pelan kedua.

Saya rasa orang yang cakap Pelan B ialah pelan untuk orang lemah mesti tak pernah hidup kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Anda perlu buat apa yang perlu untuk pastikan anda boleh terus hidup.

10. Anda perlukan dan tidak perlukan orang lain.

Anda perlukan orang lain kerana anda perlu berada di dalam satu komuniti.

Terdapat sebab kenapa kita sentiasa ada kawan. Walau apa pun teori anda mengenai manusia, memang sukar untuk dinafikan bahawa kita dibina untuk berada dalam satu komuniti dan ‘kita’ mampu lebih banyak daripada ‘saya’.

Tapi anda tak perlukan orang lain untuk membuatkan hidup anda lebih bermakna.

Anda yang tentukan makna hidup anda. Kalau anda rasakan hidup anda tidak bermakna, jangan give up!

Hidup ini sesuatu perjalanan yang panjang tanpa kita tahu bila akan tamat hidup kita.

Bila anda biarkan orang lain tentukan hidup anda, anda akan mendapati bahawa sebenarnya yang anda lebih tahu mengenai hidup anda lebih daripada dia tahu mengenai diri anda.

Kalau anda rasakan seseorang itu penting dalam hidup anda… Pandangannya… Perasaannya… Kehidupannya… Anda akan tahu. Pada waktu itu anda akan tahu dengan siapa patut anda luangkan masa bersama.

11. Sentiasa berikan lebih daripada apa yang boleh.

Diterbitkan oleh

Abdul Rahman

Seorang penulis, pembaca, programmer dan macam-macam lagi.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *