Secawan Koko Kehidupan

10 Manfaat Bersenam Yang Tak Ramai Yang Sangka

0

Sebenarnya kan… ada banyak manfaat bersenam ni. Cuba anda tengok senarai saya buat ni. Jangan gelak ye.

1. Senang Tarik Perhatian (Laki Ataupun Perempuan)

Apa yang perempuan suka? Laki yang tough. Macho. Sado. Itu yang perempuan suka. Takdelah tahap sampai gigit bibir macam cerita omputeh, tapi faham-faham je lah kan? Hihi.

Perempuan kalau bersenam sihat berketul-ketul pun lelaki suka. Tapi janganlah lebih-lebih sangat Bentuk biar cukup-cukup gitu.

2. Dapat Rasa Perut Berketul-ketul

Ni manfaat bersenam yang tak boleh bla. Sekarang cuba pegang perut. Mesti rasa lembut je. Tak padu. Tak mantap. Bila dah bersenam ni, boleh rasa macam mana perut kurang lemak ni. Bila cocok-cocok tak lah terjerlus jari-jari tu diselaputi lemak haha. (Penulis pun sedang berusaha sampai tahap ni!)

3. Rasa Konfiden Memanjang

Bila dah bersenam, kita mula rasa satu perubahan. Perubahan ini sebenarnya berlaku sebab anda tak duduk-duduk sahaja. Anda kejar rutin senaman anda tu.

Anda rasa macam dunia ni semua anda boleh capai!

4. Orang Takut Dengan Anda

Bila nampak badan anda berketul-ketul, dengan six-packnya… orang akan rasa sedikit terancam. Itu perkara biasa — sama seperti bila anda nampak orang yang badan besar dan tinggi, anda akan rasa sedikit terancam bersama dengan orang sebegitu.

5. Anda Boleh Jadi Makin Gembira

Ini manfaat bersenam yang mungkin anda paling suka.

Otak anda akan mengeluarkan satu bahan kimia iaitu dopamine yang memainkan peranan dalam kegembiraan. Dopamine ni ialah neurotransmitter di dalam otak dan diperlukan untuk perasaan nikmat dan gembira.

Jadi bila anda senam.. lari… jalan… angkat berat… manfaatnya ialah… anda rasa makin gembira 😀

6. Suka Tengok Badan Sendiri Dekat Cermin

Perasan tak kalau anda ada dah makin katang (baru mula senam pun ada mesti selalu berdiri depan cermin kan?), cermin akan menjadi teman sejati.

Sejam atau dua jam, anda ke cermin. Nak tengok perbezaannya. Sebenarnya kesannya lambat. Kadang-kadang seminggu baru nampak sedikit.

7. Ada Tenaga Nak Buat Kerja

Ini faham lah kan? Otot makin besar, paru-paru boleh terima lebih banyak oksigen, jantung boleh pam darah dengan lebih efisien… dan macam-macam lagi.

Makin bertenaga anda. Mungkin masa sesi malam dengan isteri/suami pun bertenaga jugak nanti.

8. Peluh Sendiri Jadi Macam “Dadah”

Ha… ni kalau dah selalu bersenam akan faham. Bau peluh tu dah jadi macam meditasi. Rasa nak keluarkan peluh… macam makin menguatkan kemahuan untuk terus dan terus bersenam.

9. Rasa Nak Jaga Badan Betul-betul

Bila dah mula nampak bentuk badan semakin hebat, mulalah kita simpan azam untuk jaga badan. Nampak lemak sikit terlebih dekat perut, ada semangat nak kuatkan usaha.

manfaat-bersenam-otak
Macam-macam idea keluar dari kepala nanti. Gambar dari USNews.

10. Rasa Lagi Senang Nak Belajar Benda Baharu

Ni saya rasa satu lagi manfaat penting.. untuk otak anda. Darah dapat mengalir dengan lebih senang. Kolestrol pun tak dapat nak halang sangat peredaran darah.

Otak pun cergas… dan cerdas.

Kalau anda nak lebih banyak tip macam mana untuk mempunyai hidup yang lebih cergas dan lebih sihat (dan turunkan beberapa kilogram!), anda boleh klik link di bawah untuk mengetahui mengenai newsletter kami iaitu “Kesihatan @ Kokotiam”.

 

 

Tips Percuma Kuruskan Badan dan Bina Badan

 

 

Manfaat Bersenam Tak Tamat Sampai Situ Sahaja

Sebenarnya banyak lagi manfaat untuk bersenam. Cuma penat nak tulis malam buta ni. Kalau anda belum pernah bersenam, inilah masanya.

Mula dengan aktiviti ringan. Buat hari-hari. Variasikan senaman. Dan lihat perubahan sedikit demi sedikit berlaku dalam diri anda 🙂

Leave A Reply

Your email address will not be published.