Secawan Koko Kehidupan

25 Tips Buat Resume Yang Baik

0

Salah satu sebab kenapa anda tidak mendapat panggilan SELEPAS menghantar resume ialah resume anda tidak menepati ciri-ciri yang dikehendaki oleh pihak sumber manusia syarikat berkenaan.

Di dalam post ini, saya akan berkongsikan 19 25 tips buat resume yang saya harap boleh membantu anda membuat resume yang lebih baik dan mendapat berita gembira daripada syarikat-syarikat yang menerima resume anda.

Jom mula sekarang.

1. Tahu tujuan resume anda

Sesetengah orang menulis resume dengan tujuan untuk mendapatkan kerja. Kesannya ialah mereka mempunyai resume yang membosankan dan nampak seperti seorang yang sangat terdesak untuk dapatkan kerja.

Tips buat resume ni ramai tak tahu.

Sebenarnya, objektif resume anda ialah HANYA untuk mendapatkan temuduga, dan temuduga itu yang akan mendapatkan anda kerja yang anda mahukan (harap-harap!)

2. Buktikan kualiti dan kekuatan anda

Daripada membuat senarai panjang dan membosankan dengan semua kualiti anda (seperti berdisiplin, kreatif dan penyelesai masalah) cuba anda kaitkan kualiti anda dengan hidup dan pengalaman kerja.

Dalam erti kata lain, anda perlu membuktikan kualiti dan kekuatan anda, kalau tak nampak seperti anda cuba melebih-lebih sahaja.

3. Pastikan anda menggunakan kata kunci yang betul

Kebanyakan syarikat walaupun syarikat kecil sudah mempunyai database digital untuk mencari calon. Ini bermakna jabatan HR akan mencari berdasarkan kata kunci tertentu.

Kalau resume anda tidak mempunyai kata kunci yang berkait dengan pekerjaan tu, anda akan kalah SEBELUM permainan bermula.

Biasanya kata kunci ini ialah kata nama. Cuba tengok penerangan kerja dan iklan kerja berkaitan untuk mendapatkan klu apa yang majikan nak cari.

Ni tips buat resume yang baik supaya anda dapat bermain dalam enjin carian pekerjaan seperti JobStreet tu.

4. Gunakan tajuk yang menarik mata majikan

Suka atau tak, majikan akan membuat keputusan tentang resume anda dalam masa 5 saat. Dalam masa yang singkat ini, aspek paling penting ialah tajuk yang anda gunakan di dalam resume jadi pastikan tajuk tu menarik perhatian mereka.

Cuba buat tajuk resume paling deskriptif dan berikan bakal majikan idea yang bagus untuk pekerjaan lampau anda. Sebagai contoh:

Tajuk teruk: Perakaunan
Tajuk bagus: Pengurusan A/R dan A/P dan Penjagaan Rekod (tajuk kedua ini lebih deskriptif kan?)

5. Proofread resume adna

Susah untuk tekankan betapa pentingnya menyemak kembali resume yang telah dibuat. Satu ejaan salah dan peluang untuk anda akan hilang. Proofread sekali sahaja tak cukup.

Buatlah beberapa kali atau sebanyak mana yang mungkin sampai nampak sempurna. Kalau anda tak tahu macam mana nak proof, anda boleh cari dan baca tips untuk proofread resume anda.

Nampak saya “tersalah” eja atas tu? Ketara kan?

Tips buat resume ni selalu sangat ramai orang ignore sedangkan ini boleh make atau break resume anda.

6. Gunakan “peluru”

Tidak ada majikan yang ada masa untuk membaca perenggan panjang. Pastikan anda gunakan bullet poin ayat yang pendek untuk menerangkan pengalaman anda, latar belakang pendidikan anda dan objektif profesional anda.

  • Berjaya membentuk…
  • Terlibat dalam…

Itu dua bullet point atau peluru yang boleh anda gunakan sebagai pemula deskripsi pencapaian anda.

7. Mana anda nak pergi?

Dengan meletakkan gol profesional, anda boleh membantu majikan untuk tahu ke mana anda tuju dan bagaimana anda nak pergi ke sana.

Anda tak perlukan satu seksyen khas di dalam resume anda untuk objektif profesional tetapi secara umumnya resume anda mestilah mempunyai aura gol itu. Soalan sama ada anda mahu menyerlahkan kerjaya anda adalah satu polemik antara pengurus HR, jadi paling baik ialah ikut hati anda.

Kalau anda nak senaraikan di situ, pastikan ianya tidak begitu umum.

8. Letakkan maklumat paling penting di atas

Poin ini penting untuk susuan resume dan juga dalam setiap seksyen itu sendiri. Kebanyakannya pengalaman kerja anda yang lalu adalah paling penting, jadi letakkan di atas. Apabila menerangkan tentang pengalaman atau skil, senaraikan yang paling penting dahulu.

Susunan ni penting. Tips buat resume ni tak ramai yang buat. Selalunya penting tak penting diletakkan macam tu je. Ikut turutan… penting atas. Yang kurang penting, letakkan kat bawah.

9. Pentingkan tipografi

Pertama sekali pastikan font anda cukup besar. Kalau kecil ialah 11 poin, tapi 12 tu biasa lah. Jangan gunakan huruf besar di merata-rata tempat, dan ingat yang gol anda ialah untuk menyampaikan mesej secepat dan sejelas yang mungkin. Arial dan Times adalah dua pilihan yang baik.

10. Jangan masukkan maklumat yang “buat lawak”

Ramai yang meletakkan ayat seperti “Available for Interview” ataupun “References available upon request.” Bila anda menghantar resume kepada sesuatu syarikat, itu sendiri bermakna anda bersedia untuk sesi temuduga dan anda akan memberikan reference jika diminta.

Kalau boleh elakkan perkara yang boleh menyebabkan orang yang membaca resume anda itu seperti tidak tahu.

11. Terangkan manfaat skil anda

Dengan hanya menyatakan sesuatu tidak akan menarik perhatian seorang majikan.

Jika anda boleh menerangkan manfaat kepada syarikatnya dan boleh kaitkan dengan satu kesan yang boleh nampak, anda boleh meningkatkan lagi peluang anda untuk mendapat temuduga.

12. Elakkan elemen negatif

Jangan masukkan maklumat yang nampak negatif di hadapan penemuduga. Ini termasuk resume dan temuduga.

Sebagai contoh, tak perlulah masukkan benda yang anda benci semasa di syarikat sebelum ini.

13. Masukkan pencapaian juga

Resume yang mempunyai senarai panjang tanggungjawab adalah membosankan dan tidak efisien dalam menjual diri anda sendiri. Daripada senaraikan tanggungjawab sahaja, cuba terangkan pencapaian profesional di dalam kerja itu.

(Dalam resume saya, saya akan senaraikan sedikit tanggungjawab saya dan terangkan juga pencapaian di dalam skop kerja itu).

Tips buat resume ni agak killer. Pembaca tahu betul-betul apa yang anda buat dalam kerja anda. Jadi dia akan berminat nak tahu apa yang anda dah buat.

Alhamdulillah, banyak juga temuduga yang saya dapat.

14. Guna nombor

Guna nombor. Dengan kata lain, jadi lebih spesifik.

Kalau anda nak terangkan pencapaian profesional dahulu kala, lagi bagus untuk pastikan semuanya mantap.

Nombor adalah kawan anda di sini. Jangan cakap anda tingkatkan pendapatan bahagian anda sahaja, cakap juga anda telah meningkatkannya sebanyak RM100 ribu ataupun 78% ataupun nombor yang spesifik tu.

15. Satu resume untuk setiap satu majikan

Salah satu kesalahan yang orang buat ialah membuat satu resume standard dan menghantarnya kepada semua syarikat yang ada kekosongan. Memang akan jimatkan masa tetapi biasanya akan mengurangkan peluang untuk mendapat temuduga (dan dalam realitinya akan membuang masa). Sesuaikan resume mengikut majikan. Sama juga dengan cover letter anda.

16. Kenal pasti masalah majikan

Satu permulaan yang baik untuk memperincikan resume untuk majikan tertentu ialah mengenalpasti masalah yang ada. Cuba faham pasaran syarikat yang anda apply tu dan kenal pasti apa kesukaran yang akan anda hadapi. Kemudian letakkan dalam resume bagaimana anda dan skil anda boleh selesaikan masalah yang dihadapi oleh majikan tersebut.

17. Elakkan diskriminasi usia

Haram untuk mendiskriminasi orang kerana umurnya tetapi ada majikan yang ambil kisah tentang umur. Kenapa nak ambil risiko? Selagi tak diminta, jangan letakkan umur di dalam resume.

18. Tak perlu senaraikan semua pengalaman kerja

Kalau ada pengalaman kerja yang anda tak bangga, ataupun tak relevan dengan peluang sekarang, anda tak payah letak. Kalau anda cakap anda pernah jual burger masa berumur 18 tahun tak membantu anda untuk mendapatkan posisi seorang eksekutif. (Tapi mungkin boleh untuk jurujual).

19. Guna apa yang ada

Kalau tak pernah ada pengalaman kerja, masukkan je kerja masa cuti semester ataupun kerja amal. Kalau tidak dapat lagi ijazah, beritahu nama ijazah dan bila akan dapat dapat. Selagi poin ini relevan dengan kerja, tak kisah sama ada dah dapat ataupun tak. (Jangan menipu sudah!)

20. Jual diri

Sentiasa ingat yang anda sedang menjual diri anda. Selagi anda tak melampau memasarkan diri anda (dalam konten, reka bentuk, cara penyampaian dan lain-lain), “penjualan diri” anda akan memberikan anda kelebihan berbanding calon-calon lain.

21. Jangan masukkan maklumat tidak berkaitan

Makluamt tidak berkaitan seperti parti politik sokongan, agama dan orientasi seksual tidak akan membantu dan mungkin boleh mengurangkan peluang untuk anda mendapatkan temuduga. Elakkan benda sebegini.

22. Gunakan Encik (Mr) atau Cik (Ms) bila sesuai

Kalau nama tu seakan-akan perempuan ataupun seakan-akan lelaki, pastikan anda memasukkan Encik ataupun Cik di hadapan nama supaya majikan tak hairan dengan jantina anda (terutama sekali yang namanya tiada bin atau binti dan a/l atau a/p).

23. TOLONG, jangan menipu

Macam benda mudah, tapi anda mesti rasa nak gelak je tahu berapa ramai orang menipu dalam resume mereka. Walau penipuan kecil patut dielakkan. Selain daripada salah, kebanyakan jabatan HR buat background check dan bila anda kantoi, habislah kredibiliti anda.

Bila tipu… musnah harapan anda.

Tips buat resume ni jangan anda ketepikan!

24. Fikirkan tentang gaji tu semasa buat resume

Imej yang anda tunjukkan dalam resume mesti sama taraf dengan gaji dan tanggungjawab yang anda pohon itu.

25. Analisa iklan kekosongan kerja

Anda akan dapat pelbagai maklumat di dalam iklan kerja. Analisa bukan sahaja iklan itu, tetapi juga daripada syarikat dalam segmen yang sama dan menawarkan kedudukan yang berkaitan. Anda patut mengenalpasti profil pekerja yang mereka cari dan bagaimana maklumat itu patut ditunjukkan di dalam resume itu.

26. Dapatkan orang lain untuk membaca resume anda

Walaupun anda rasa resume anda nampak pelik, satu idea yang bagus untuk anda mendapat pendapat kedua mengenainya. Biasanya kita akan buta dengan kesilapan kita sendiri, jadi, pandangan orang lain merupakan satu idea yang baik untuk menentukan kualiti keseluruhan resume anda dan memberi cadangan yang membina.

Untuk dapatkan lebih banyak tips buat resume dan kerjaya, anda boleh klik butang di bawah. Saya pasti anda akan suka e-mel yang saya hantar ke dalam inbox anda nanti. 🙂

Dapatkan Tips Kerjaya Yang Boleh Pakai!

 

Leave A Reply

Your email address will not be published.