Secawan Koko Kehidupan

Tentang Untung Yang Anda Kena Tahu

0

Untuk mendapat untung, anda perlu tahu kos setiap klik dan apa yang anda dapat setiap jualan.

Ia bukan mengenai mendapat jualan semata-mata… tetapi berapa banyak untung setiap jualan itu.

Anda mesti kira setiap satu kos klik (CPC) dan berapa banyak klik anda perlu untuk mendapat satu jualan.

Lepas anda dah tahu kos setiap klik dan berapa banyak yang anda perlukan untuk membuat satu jualan, anda akan mengetahui sama ada akan untung atau rugi.

Tak masuk lagi kos-kos barang.

Sebagai contoh, ambil satu keyword: ways to make money fast. Anda perlu membayar $3.22 untuk satu klik. Jika anda gunakan keyword ini dan 10% daripada orang klik itu membeli, untuk produk yang memberi komisyen sebanyak $42.20 anda akan mendapat pulangan $9.8 untuk setiap klik. Itu satu pulangan yang agak banyak.

Dan jangan lupa pula mengenai komisyen yang anda terima.

Biasanya lagi mahal produk, lagi banyak komisyen yang akan anda terima. Walaupun peratusnya mungkin rendah. Dan ini automatik bermaksud produk tu lagi susah nak jual kerana harganya yang mencekik darah.

Walau betapa bagus pun anda sebagai seorang penulis, anda biasanya akan gembira mendapat conversion rate sebanyak 7%.

Kebanyakan pemasar yang tegar akan menggunakan opt-in untuk mendapatkan trafik supaya pada masa hadapan, mereka boleh menjual sesuatu kepada mereka.

Adakah mereka akan dipercayai pada masa hadapan? Terdapat banyak pesaing di dalam pasaran buat duit ini. Ia memerlukan hati besi (tak, hati titanium lebih tepat) untuk mendapat peluang anda di dalam niche ini.

Dan untuk melihat diri anda menjadi ‘raja’ di dalam pasaran buat duit di internet adalah sesuatu yang hampir mustahil. Terlalu ramai orang di dalam pasaran ini mengaku mereka adalah guru… dan untuk membuat duit di dalam niche ini susahnya… melampau!

Tapi sekarang ni banyak betul guru… Konsultan… dan macam-macam lagi label untuk orang menjual barang-barang mereka.

Agama pun kadang-kadang dipertunggangkan untuk melariskan produk.

Ada sesiapa nak jual telur ayam yang dibacakan Al-Qur’an?

Ataupun memang dah ada orang buat macam tu?

Entahlah.

Tapi yang saya pasti ialah… Anda tak nak buang duit anda ke atas sesuatu yang tidak memberikan apa-apa pulangan.

Leave A Reply

Your email address will not be published.