Secawan Koko Kehidupan

Ini Dia Susah Senang Kerja Kerajaan

1

Ingat kerja kerajaan senang ke? Ada macam-macam benda yang kena lalu bila kerja ni. Dalam post ini saya senaraikan dua belas susah senang apabila bekerja dengan kerajaan Malaysia.

1. Expectation yang tinggi oleh orang ramai

Ramai orang mempunyai satu standard yang tinggi dan bekerja dengan kerajaan bermakna orang mengharapkan yang terbaik dari anda.

Susah juga kalau expectation tinggi. Bila mereka tak dapat, mereka akan meluahkan ketidakpuasan hati mereka di laman sosial seperti Facebook.

2. Orang ramai menganggap bekerja dengan kerajaan itu selamat

Sangat susah untuk dipecat daripada sektor awam kecualilah anda seorang yang sangat-sangat malas dan tidur masa membuat kerja anda.

3. Ada yang menganggap pekerja kerajaan ini seperti “orang gaji” mereka

Ini juga berlaku. Mereka menganggap pekerja kerajaan ini macam orang gaji sahaja dan tidak melayan mereka sebaiknya.

Cuba tengok di kaunter-kaunter. Selalu sangat kita tengok pekerja kerajaan di kaunter dilayan dengan teruk.

4. Beban kerja seperti meningkat setiap tahun

Penduduk Malaysia meningkat saban tahun dan ini bermakna lebih ramai orang akan meminta servis daripada kerajaan setiap tahun.

Selagi rakyat Malaysia lahir, selagi itulah kerja akan bertambah setiap tahun.

5. Ada yang menganggap pekerja kerajaan sebagai malas

Ini berlaku kerana kadang-kadang nampak leka sahaja orang di pejabat-pejabat jabatan dan kementerian.

6. Kadang-kala orang menganggap pekerja kerajan seperti memakan gaji buta

Ini lagi satu tanggapan yang berlaku. Macam memakan gaji buta. Mereka seperti tidak ada kerja.

7. Jika yang bekerja sebagai guru, anak murid semakin manja. Mereka tidak boleh dipukul.

Kita dah lihat banyak kes yang berkaitan dengan hal ini. You sentuh anak I, I saman!

Penyataan seperti ini seperti sudah menjadi kebiasaan terutama di bandar-bandar. Mak bapak ada yang sensitif dengan guru sentuh anak mereka.

Siap sedia ya terutama sekali warga pendidik.

8. Bonus biasanya hanya mendapat sebanyak sebulan ataupun setengah bulan gaji

Umum pun tahu, kerajaan tidak mempunyai bonus sebanyak swasta. Kalau swasta itu biasa 2 atau 3 bulan, tetapi biasanya yang bekerja di sektor awam hanya mendapat sebulan ataupun setengah bulan gaji (dahulu, bonus pun jarang-jarang dapat).

9. Mendapat pelbagai elaun untuk meringankan beban pekerja

Biasanya pekerja kerajaan akan mendapat cost of living allowance di mana mereka mendapat sedikit imbuhan. Biasanya yang sanggup bekerja di pendalaman seperti Sabah dan Sarawak akan mendapat imbuhan yang lebih kerana kesanggupan untuk berjauhan dengan keluarga dan berbakti pada negara.

10. Manfaat kesihatan yang sangat murah

Kalau kerja kerajaan pelbagai manfaat kesihatan boleh dapat. Percuma biasanya.

Menurut International Living, Malaysia menjadi salah satu tempat yang murah dan berkualiti untuk kesihatan. Pekerja kerajaan biasanya akan dapat lebih kepakaran kerajaan. Swasta terpaksa membayar lebih.

11. Latihan dalam perkhdimatan

Pekerja kerajaan biasanya kena melakukan latihan dalam perkhidmatan. Ini seperti latihan untuk memantapkan diri mereka.

Selalunya latihan dalam perkhidmatan ini adalah gangguan yang dialu-alukan kecualilah apabila ia menganggu cuti-cuti.

Sekarang selalunya latihan dalam perkhidmatan ini dijalankan pada hari Sabtu atau Ahad.

12. Orang Selalu Memandang Negatif Dengan Pekerja Kerajaan

Salah satu perkara yang berlaku ialah orang suka memandang negatif terhadap mereka yang bekerja dengan kerajaan.

Ini selalu menyebabkan pekerja kerajaan rasa seperti tidak adil kerana ada juga pekerja yang membuat kerja mereka sehabis baik.

13. Orang ingat pekerja kerajaan suka rasuah

Ini adalah persepsi orang secara umum. Orang kerajaan suka makan rasuah terutama sekali untuk mereka yang dalam bidang penguatkuasaan. Polis, penguasa kastam, imigresen, selalunya akan dicop makan duit kopi.

Kita tahu sebenarnya itu adalah masalah terpencil. Ada orang yang korup tapi sebenarnya bukan semua orang tidak berintegriti.

Dekat Internet pun kita ada baca cerita pasal polis geram sangat dia pergi koyakkan duit yang orang cuba beri kepada dia semasa dia mahu menyaman orang itu.

Kalau anda nak jadi pekerja kerajaan anda kena ingat anda tidak akan menjadi kaya tetapi anda boleh hidup senang dengan manfaat-manfaat yang anda dapati. Anda kena pandailah uruskan wang kerana itulah yang akan menjamin kestabilan hidup anda.

Bagi anda, apa susah senang bekerja dengan kerajaan? Saya akan menambah dalam senarai ini dari semasa ke semasa berdasarkan input anda.

putrajaya

1 Comment
  1. om says

    Tak perlu bayar cukai pendapatan yang banyak. Ini kerana elaun2 kakitangan kerajaan not taxable. Elaun-elaun pekerja swasta pula taxable. Tak adil bukan?

Leave A Reply

Your email address will not be published.