Secawan Koko Kehidupan

Senang Ke Nak Buat Duit di Internet? Ini Realitinya.

1

Ramai orang nak buat duit di Internet. Buat duit macam senang sahaja. Orang semua cakap macam ada dua perkara sahaja yang diperlukan untk buat duit di Internet iaitu…

  1. Komputer
  2. Internet

Maaflah, saya tak nak sedihkan anda, tetapi nak menjana pendapatan di Internet memerlukan lebih daripada tu.

Ya! Lebih daripada itu!

Kenapa sesetengah orang berjaya di Internet?

Sebab mereka ada tiga perkara ini:

  1. Trafik
  2. Tawaran
  3. Conversion

Tiga perkara ini ialah perkara paling penting di dalam perniagaan. Kalau mereka tidak ada ketiga-tiga perkara ini, sukar untuk dia buat duit di Internet. Mungkin, mustahil untuk dia buat duit di Internet. Ini sebabnya.

Trafik – memberikan anda pelawat

Tawaran – Sama ada produk anda sendiri atau produk orang atau anda nak orang buat sesuatu untuk anda.

Conversion – Pelawat itu mengambil tindakan yang anda mahukan.

Apabila ada ketiga-tiga ini, anda boleh buat duit di Internet. Kalau tidak ada salah satu daripada tiga ni? Hm… macam susah je? Terutama sekali kalau anda tak mampu suruh dia buat apa yang anda nak dia buat (tidak ada conversion)

Shortcut! Shortcut! Jalan senang kaya!

Jadi macam mana dengan skim klik-klik dapat duit?

Em, maaf kerana saya kecewakan anda… tetapi MUSTAHIL nak dapat duit dengan hanya klik butang!

Kecualilah kalau nak tipu orang!

Bagaimana? Dengan memberitahu orang lain supaya memasukkan duit di dalam akaun anda dan lepas tu, suruh dia pula buat benda yang sama.

Kalau begitu, anda hanya perlu mulut yang manis dan ayat memujuk yang superpower sahaja untuk buat duit. Oh, itu pun perlukan… ketiga-tiga di atas!

Tapi all kidding aside

Memang susah nak buat duit di Internet.

Hakikatnya, kekayaan bukanlah senang mana…

Cuba bayangkan ni. Anda dapat lihat sedikit je orang yang menonjol membuat duit di Internet. Kenapa? Kerana tak ramai orang berjaya. Ramai orang gugup untuk mencuba. Mereka rasa kejayaan itu… susah. Jadi mereka hanya beli, beli dan beli sahaja produk tanpa mencuba.

Tidak salah untuk beli produk, tapi anda perlu gunakan apa yang ada dalam produk tu! Baru boleh berjaya 😀

Dengan kata lain, jangan takut. Memang susah… tapi realitinya, anda boleh buat duit di Inernet.

Ingat, kejayaan hanya untuk mereka yang mengejarnya!

🙂

1 Comment
  1. Zulhilmi Zainudin says

    Ilmu harus cukup. Sekurang-kurangnya yang asas. 😉

Leave A Reply

Your email address will not be published.