Secawan Koko Kehidupan

Samsung Galaxy Tab lawan iPad 2?

2

Pernah tengok Superman lawan Batman dalam komik The Dark Knight Returns? Komik paling best pernah saya baca. Batman dapat menang nasib sebab Batman ditolong oleh Green Arrow dengan shoot kryptonite dekat Superman. Sama gaks dengan ni. iPad 2 ibarat dinosaur dengan ramai peminat dekat belakangnya sedangkan Samsung cuba lawan dengan menjadi semakin kecil dan ringan.

Bayangkan kalau henfon terlalu ringan sampai kita tak tahu pun dia tak terjauh daripada seluar kita.

Bayangkan.

Beli memahal, tapi hilang macam tu je.

Itu yang sedang berlaku sekarang. Samsung baru sahaja keluarkan Galaxy Tab 10.2 yang menjanjikan sesuatu yang lebih nipis daripada Apple (tapi berat sikit daripada versi 8.6).

Samsung semakin nipis, poket semakin nangis.

Apple pun satu. Tak habis2 nipiskan. Saya nak cukup nipis, tapi tak cukup sampailah saya rasa macam… ianya boleh dipecahkan begitu je. Maksud saya, tak payah lawan-lawan sama ada nipis atau berat berapa. Sekarang pun dah cukup ringan. Nasib baik takde orang buat laporan kata iPad 2 dia ilang sebab ianya terlalu ringan dan dia tak perasan bila dia hilang hartanya itu.

Ah damn, pedulik apa. Samsung punya baby harganya $629.99 dekat Amazon. iPad 2 pulak harganye $614.99, tak jauh beza dua ni. Harga Samsung dah lah lagi mahal, iPad 2 pulak nampak lagi cool berbanding Galaxy Tab. Apps banyak pulak tuh.

Ada contest ke antara Samsung dengan Apple ni? Macam no contest je. haha. Bawah ni beberapa gambar Samsung Galaxy Tab 2 yang korang patut tengok sekarang. Mana tahu kot-kot korang akan jatuh hati dengan Samsung lebih daripada Apple. Dengar kata Samsung guna Tegra 2 untuk performance lagi mantap. Nanti saya korek-korek maklumat dan bagitau semua pasal ni.

Lawa...

Nanti bila-bila ada masa saya boleh update post ni dengan macam-macam figures dan komen orang-orang cakap pasal bende nih.

2 Comments
  1. redwan says

    memang sempoi..tapi bila bleh beli ni?dok tgu lounching lambat sgt

  2. […] nampaknya HP gagal untuk membuat satu competitor yang cukup hebat untuk iPad 2 dan Galaxy Tab. Nampak susah untuk pemain baharu untuk menyerang dua gergasi besar […]

Leave A Reply

Your email address will not be published.