Secawan Koko Kehidupan

Apa Nak Buat Kalau Resume Kerja Ditolak

0

Anda baru sahaja menghabiskan tiga tahun di universiti dan apabila anda menghantar resume dan CV anda ke syarikat-syarikat yang anda tahu… semuanya ditolak. Tidak ada jawapan balas daripada mereka.

Jadi bagaimana?

Apa sebenarnya terjadi?

Ini tidak bernama resume anda teruk. Mungkin syarikat yang anda minta itu sudah memenuhi kuota pelatih (internship) mereka ataupun mencari skill yang sangat spesifik seperti machine learning (skill ini sangat jarang dijumpai di Malaysia dan semakin sedikit orang dengan skil itu, semakin mahal orang itu).

Resume Anda

Ini ada satu kisah. Kita panggil dia Ali. Ali yang telah memohon kerja pada 75 syarikat daripada 4 pameran kerjaya dan di Internet. macam banyak tetapi dia bersemangat kerana pada masa itu semua orang mahukan pekerjaan.

Malangnya tidak ada sesiapa yang memberi respon.

Ali tak rasa apa-apa (tapi kena rejek tu memang sakitlah!) tapi sebab dia tidak ada pengalaman, dia fahamlah juga kenapa dia tak dapat kerja. Tiada pengalaman. Kemudian pada bulan Oktober, dia hantar lagi.

Dan tak dapat satu pun respon. (Ya, sangat banyak resume sudah dihantar!)

Setelah itu dia melakukan beberapa perkara:

  1. Meminta seniornya memberi maklum balas mengenai resumenya. Ini penting untuk melihat apa yang recruiter cari. Salah satu perkara yang dia dengar ialah walaupun resume dia cantik terpapar, tetapi dia tidak mempunyai pengalaman.
  2. Membuat projek peribadi. Disebabkan dia dalam bidang IT, senang untuk dia buat ini. (Jika anda bukan dalam bidang IT, anda boleh cuba membuat blog kerana blog juga boleh menjadi resume anda.
  3. Berlatih menjual diri. Ini mengelakkan daripada Ali (dan anda) untuk berasa cemas dan tidak lagi cakap “Assalamualaikum… jadi… syarikat ni sedang mencari pekerja?”.
  4. Berlatih untuk temuduga. Ali lebih yakin bercakap dengan recruiter dan jurutera apabila dia tahu apa yang dia nak cakap. Dua daripada syarikat yang ditemuduga juga bertanyakan soalan teknikal pada waktu itu juga.

Tidak mendengar jawapan daripada syarikat tidak bermakna resume anda teruk. Terdapat banyak faktor sebenarnya. Mungkin anda perlu tambahkan pengalaman. Mungkin sukar dibaca dan recruiter tak tengok sekali lagi. Minta orang tolong kritik resume anda.

kerja-untuk-bayar-hutang

Masa Anda Mencari Kerja

Syarikat biasanya mencari pekerja untuk posisi yang kosong beberapa bulan sebelum posisi itu kosong. Mereka mahu bersedia dengan segala keadaan. Anda perlu proaktif. Beberapa perkara yang Ali lakukan untuk mendapatkan kerja yang dia ada sekarang ialah:

  1. Minta orang lain ataupun senior anda untuk baca resume anda untuk mendapatkan maklum balas daripada mereka.
  2. Buat projek peribadi seperti blog ataupun sistem ataupun pelbagai perkara di luar sana. Jadikan itu portfolio anda.
  3. Cuba dapatkan referral daripada bekas pekerja atau pekerja yang boleh memberi jaminan atas skil yang anda ada.
  4. Cuba cari di merata-rata tempat dan jangan hanya pada portal pekerjaan sahaja. Di Facebook page ataupun grup sekolah anda, di pesta kerjaya, dan sebagainya.

Mencari syarikat-syarikat untuk memohon adalah seperti mencari peluang, seperti membuat kajian! Jangan berhenti dan jangan menyerah! 😀

Kalau nak lebih banyak tips kerjaya, boleh klik butang di bawah.

Dapatkan Tips Kerjaya Yang Boleh Pakai (Kebanyakannya)

 

Di dalam gambar di atas anda boleh melihat tip-tip untuk membuat resume. Lihat apa yang anda tertinggal.
Di dalam gambar di atas anda boleh melihat tip-tip untuk membuat resume. Lihat apa yang anda tertinggal.

Leave A Reply

Your email address will not be published.