Anda Rasa Nak Bunuh Diri?

Pernah tak ada perasaan nak bunuh diri?

Macam rasa dunia ni dah cukup menghukum diri. Macam rasa cukuplah apa yang dunia bagi selama ni.

Kadang-kadang nak tamatkan hidup ni bukan pasal ada apa-apa pun tapi sebab teringin rasa nak mati.

Masa untuk tamatkan diri.

Statistik menunjukkan bahawa, 40 orang cuba membunuh diri… Setiap saat.

Entah berapa ramai daripadanya itu adalah statistik adalah orang Malaysia.

Banyak sebenarnya sebab kenapa orang ingin membunuh diri mereka sendiri.

Antara sebabnya ialah hati dipatahkan, tak dapat memaafkan diri sendiri tentang kesalahan dulu-dulu, pelaburan melebur, kematian orang tersayang, dan juga mereka yang mengalami kemurungan (depression).

sebab-bunuh-diri

Jangan bunuh diri anda. Ada perkara lagi yang boleh anda buat dalam dunia ni.

Cuba tengok siling rumah anda. Cuba fikir.

Kalau mati rasanya apa penamat kita? Kalau anda percaya kepada Tuhan, anda akan disoal.

“Kenapa kamu bunuh diri?”

Apa yang nak anda nak jawab?

“Hidup saya susah sangat saya tak dapat terima yang hidup saya susah sangat jadi saya tamatkan hidup saya.”

Kita duduk dalam negara yang orang sanggup berdayung dalam bot kecil untuk datang dan mencari rezeki.

Di dalam dunia ini ada yang hidup lagi susah daripada kita.

Walaupun sekarang anda berada dalam neraka dunia… anda perlu teruskan hidup anda.

kalau anda tidak percayakan kehidupan lepas mati, maknanya lepas anda bunuh diri, anda akan… Tamat selama-lamanya.

Tidak ada selepas ini untuk anda.

Guna masa yang ada dalam dunia ni untuk selesaikan masalah anda.

Mungkin tak ambil masa sehari. Mungkin tak ambil masa sebulan. Mungkin bertahun-tahun baru selesai masalah.

Yang penting ialah hidup anda sangat berharga.  Harga untuk nyawa anda itu terletak di dalam tangan anda sendiri. Anda tentukan harganya.

Dan kalau anda tanya saya, saya akan jawab, “saya percaya yang awak boleh ubah hidup awak menjadi lebih baik.”

Dalam kedua-dua keadaan, anda berada dalam satu keadaan yang tidak baik.

Pengakhiran anda di dunia ini hanyalah permulaan kepada hidup yang lebih teruk selepas itu ataupun penamat hidup anda untuk selama-lamanya dan anda tidak boleh lagi mengulangi hidup ini.

Sebab utama orang bunuh diri sebab mereka rasa sangat susah. Susah sangat hidup ni.

Rasa gelap sangat hidup. Tiada lampu di tepi jalan yang menemani.

Rasa banyak gila masalah yang tengah hadapi pada masa tu. Tak dapat nak terbayangkan sakitnya tu.

Macam… dah, cukuplah sampai sini hidup ni. Baik tamatkan je.

Tak tahu nak luahkan dekat siapa semua yang terpendam ni.

Rasa kecil je.

Macam… tertutup segala-galanya.

Takde pintu keluar.

Pintu tu, anda sendiri yang kena buka.

Kita bukan macam binatang je. Kita ada otak. Kita boleh fikir. Kita macam satu tahap lagi tinggi daripada binatang tu.

Kalau binatang, dia akan fikir cara untuk hidup.

Dan untuk kita, kita kena berhentikan otak kita yang tahapnya lagi tinggi daripada binatang dan gunakan naluri mamalia yang ada dalam kita.

SURVIVE.

HIDUP.

Yalah, hidup ini memang susah. Tipulah ada orang hidup takde masalah. Lagi terkenal orang tu, lagi macam-macam masalah. Tak percaya tengok Shahila. Buat apa-apa pun ada je yang mengata.

Apa yang anda kena buat kalau rasa tertekan gila-gila?

Anda kena luahkan perasaan.

Luahkan perasaan bukan bermakna anda seorang yang lemah tetapi anda tidak mahu fikiran anda terlalu banyak masalah sehingga tidak dapat berfikir secara objektif.

Boleh tulis segala kegeraman anda atas kertas dan campak kertas tu. Ataupun senam kuat-kuat. Ataupun buat push-up banyak-banyak.

Tulis dekat atas kertas segala-galanya yang anda nak cakap dan lepaskannya atas kertas tu. Kemudian, gumpal kertas tu and then baling dekat dinding.

Dan buat aktiviti fizikal sikit. Jangan tumbuk dinding, takut tangan retak. Tapi boleh lari. Joging ke. Apa-apa yang fizikal. Nak lepaskan semua perasaan geram tu.

Kalau ada kawan, boleh cerita semua masalah ni dekat kawan. Tapi make sure yang boleh dipercayai je!

Bila dah lega rasa geram dan rasa nak bunuh diri tu… baru boleh fikir dengan waras sedikit.

Untuk selesaikan sesuatu masalah, kita perlu menjadi objektif. Objektif dalam selesaikan masalah.

Bunuh diri tidak akan selesaikan masalah.

Dan anda akan merugikan diri anda sendiri. Cuba cakap dengan seseorang mengenai masalah anda.

Jika anda betul-betul rasa anda keseorangan dan tidak tahu nak hubungi siapa, cuba hubungi kami dengan menggunakan halaman hubungi kami yang disediakan.

Kami di sini bukannya ustaz.

Kami tidak akan menghukum anda. Kami di sini cuba membantu dan bukannya ustaz segera. Dan bagi kami, rasa ingin membunuh ini adalah satu luahan apabila terlalu banyak masalah dipendam di dalam hati.

Kalau anda nak tahu mengenai hukum membunuh diri, anda boleh cari di laman web lain. Di sini, kalau anda nak bunuh diri ke apa, hubungi kami. Kami akan cuba bantu dengar masalah anda. Menjadi teman apabila anda dalam kegelapan.



Diterbitkan oleh

Abdul Rahman

Seorang penulis, pembaca dan suka membuat sesuatu.

38 padangan di “Anda Rasa Nak Bunuh Diri?”

  1. I rasa hidup I ni tersgt sempit dan ingin mencari jalan keluar dan ingin nak g mekah mencari apa2 kerja utk rezeki halal dan utk ketenangan diri di masjidil haram..I tak punya matlamat apa2 lagi dan tak punya keluarga sempurna dan tak mampu nak bayar hutang bulanan dgn pendapatan yg sedikit..I nak minta tolong dptkan peluang pekerjaan tapi tak tahu nak cerita bagaimana..I ada byk masalah keluarga rumahtangga tak berjaya dan punya anak seorang pun tidak mengasihi I ni..I rasa keciwa dgn anak dan rumahtangga..tolong bantu saya

  2. Saya hampir mengalami masalah kemurungan sekarang. Sudah 2 kali putus tunang dan terbeban dengan hutang yang banyak akibat kena tipu. Saya jadi hilan punca dan tak berdaya nak meneruskan kehidupan. Tolong bantu saya ;(

  3. Saya seorg bdk berusia 18 tahun hampir 5 tahun saya mengalami depressions, at first sye ingat sye akan okay… Makin lme depression sye tu makin menganggu… Sehingga sye hampir putus asa dan nk bunuh diri… Sye ni tak ramai kwn, dn time skolh sye sering di buli.. Sehingga sye rse phobia nak tegur smua org dn nk bersosial…. Sye hanya mmpu senyum dn sabar je… Sye sgt sdih melihat diri sye, sye lngsung tak ade keyakinan utk brhdpn dgn smua org… Kdg² sye rse takut dgn masa depan… Sye takut masa depan sye jdi lbih truk dari skrg… Sye tkut klau² sye akn trus jdi gile dn tak normal… Sye prnh banyak kali cederakan diri sye dn hampir bunuh diri… Sbb terlalu tak tahan dengan smua sakit yg sye alami.. Begitu perit sye rse… And sometimes sye rse lebih baik saya mati daripada terus susahkan org…

  4. Umur saya 16 tahun. Saya pun pernah rasa nak bunuh diri sebab family saya bagi banyak tekanan. Saya bodoh tak pandai, mak saya asyik ungkit je, saya tahu saya tak pandai tapi saya dah cuba sedaya upaya, diorang ingat saya tak cuba ke? Saya dah banyak kali cuba tenangkan diri saya tapi tak berguna. Saya tahu saya ni bukan budak macam lain pandai kurus lawa cam lain tapi saya pun ada perasaan. Benda yang paling menyakitkan yang mak saya cakap abang abang saya lagi bagus daripada saya. Sejak tu saya buat keputusan saya ni anak tak berguna tapi antara dua abang saya, saya sayang sangat dekat abang pertama saya tapi rasa sayang kat abang pertama saya berkurangan since abang saya gaduh dengan mak saya pasal saya, pernah sekali tu abang saya balik and cakap dekat saya ” baik kau belajar elok elok kalau tak mama salahkan aku ” memang dia cuba tegur saya tapi ayat tu asyik ada dalam kepala saya. Dia tak pernah tanya saya , saya ni okay ke saya ni tu ke ni ke yang dia cuma nak tahu pasal belajar. Diorang tak tahu apa yang saya lalui. Saya tahu mama saya paling sayangkan diorang tapi saya nak buat macam mana dah saya lahir kat dunia ni. Kalau tahu tanak sayang saya kenapa gatal sangat nak buat. Saya kalau boleh tanak lahir kat dunia takyah hidup takyah fikir apa apa lagi. Tapi saya tahu bunuh diri tu berdosa tapi saya pernah berdoa yang saya nak hilang ingatan dan tak ingat ingat pasal kejadian ni tapi tak terjadi atau koma berbulan bulan sebab bila koma takyah fikir apa apa saya tak tahu kalau awak boleh tolong saya tapi hati saya sangat sakit sangat. Sebenarnya ada banyak lagi cerita tapi sampai sini saja terima kasih sebab sudi mendengar.

    1. Dik dulu akak pun macam tu. mak akak kata bukan-bukan kat akak. Sekurang-kurangnya mak adik marah ambil berat dengan adik. Dulu mak akak buat dek je. Tapi sekarang ni semakin waktu berlalu mak akak da okey pasal pelajaran ni sebab semakin umur meningkat naik kita akan tahu bahawa betapa pentingnya pelajaran untuk diri kita. Ibu nak terbaik untuk kita jadi jangan patah semangat belajar rajin-rajin kalau tak nak ibu cakap macam-macam.

  5. banyak kali penah rase nak bunuh diri and tak tahu nak luahkan dekat sape. saye ni jenis yang tak percaye dekat orang. nak luahkan dekat family, malu. cukupla saye da susahkan hidup mereka. saya sangat2 tertekan sekarang ni?

  6. Kadang nak mengadu gan kwn tapi … sye memang ade kemurungan hari2 sye cube bunuh diri. Tapi x berjaye mcm mane nak wat. Nak cerite kisah kite. Xyah la memang x kan ade org dgr. Bosan yg gile.. otak aku pon mcm xbetul d buat nyer ade keluarge x pedulikan

  7. Saya selalu fikir nak tamatkan hidup ni..sebab rasa sedih yang teramat..saya rasa tak seorang pun yang faham saya,selalu nak cari salah saya buat saya tertekan..saya perempuan umur dah nak masuk 30 tahun kerja pun tak stabil..belum ada teman hidup Dan bila fikir semua ni memang rasa tension sangat..family pun selalu tekan saya..kawan?entahla dah lama tak contact dan susah nak cari yg betul2 baik Dan memahami.sekarang saya selalu murung .ya Allah sedihnya….tolong bantu saya.

  8. Aku rasa nak tamatkan kisah hidup ini. Sepanjang 29 tahun hidup aku, ini adalah masalah paling berat aku alami. Aku hilang semua, aku dipaksa berpisah dgn anak & isteri. Aku terpaksa jual perniagaan aku sebab hilang fokus. Keluarga aku anggap kemurungan aku alami boleh selesai bila aku bangkit esok pagi. Kawan2 aku menjauhkan diri atas masalah aku hadapi. Sedangkan aku takde mintak duit atau apa2. Mungkin diorang bergembira atas kegagalan aku alami. Sbb diorang ni kenalan aku membesar.

    Lagi perit aku tak rasa tuhan nak tolong aku, sesunguhnya aku xberupaya terima ujian ini. Hikmah atau hasil dari ujian ini pon aku xnampak. Yang aku nampak bunuh diri adalah pilihan terakhir.

    Cukup alasan aku untuk bunuh diri, sebab kehadiran aku tak diperlukan lagi kat muka bumi ni.

  9. I wish that I’m dead now. My life is meaningless. I hate myself. I have to stay at home to takecare of my disabled brother. I have to dropped out from my degree because of my parents. Yet they blame me for being useless. I feel that they take advantage on me being their daughter. I wish that Allah could save me from this hell.

  10. semua manusia ada masalah termauk orang yang mengkaunselingkan orang. Mungkin masalah dia lebih besar. Memang dunia tidak adil. Kalau anda memberitahu masalah peribadi anda kepada orang sekeliling pun, percayalah bahawa mereka takkan faham melainkan mereka pernah berada di situasi yang sama dengan anda tapi satu sahaja kebaikannya. Anda akan berasa tenang. Biasa yang sering mengalami masalah depresi ini dalam golongan introvert. Saya pun kategori ini memang kesian. Percayalah saya dulu bukan introvert. Actually,I want to be me not the fake me!.

  11. saya nak tanya kalau tercakap nak bunuh diri. kena mengucap balik ke? saya taknak masuk neraka. time sy ckp tu sy tgh mrh

  12. Saya dilahirkan dalam keluarga yang mempunyai ibu ayah yang suka bergaduh , dan saya selalu merasa diri saya lain dari adik beradik yang lain ,yang paling ketara adalah kelembutan saya yang selalu menjadi bahan ejekan ,dari kecil saya suka berkawan dengan perempuan ,kerana bagi saya mereka lebih memahami saya dan saya selesa berkawan dengan mereka , sekali sekala saya akan membeli barang permainan perempuan kerana saya suka bermain dengan mereka .
    Sehingga saya masuk kesekolah rendah ,saya sudah merasa malu untuk bermain dengan perempuan ,jadi saya hanya bermain dengan kawan-kawan lelaki sahaja ,memang saya tak menafikan ,sepanjang bersekolah tiada pada yang menyakitkan hati hanya sekali sekala ada kawan-kawan yang suka membuli , saya boleh dikatakan manja dengan mak ayah dan adik beradik ,saya tidak lah tidak pandai dalam pelajaran .tetapi kekadang ada kawan yang mengejek akan kelembutan saya ini,semasa kecil ,abg saya suka melakukan perkara tidak senonoh terhadap saya ,boleh dikatakan kerap kali saya mengadu akan perangai abg saya ,tetapi mereka hanya ketawa dan mengatakan perkara itu biasa . Perkara yang paling tidak elok dalam keluarga saya adalah abg-abg saya suka menonton video lucah ,dan sejak kecil saya sudah terdedah pada perkara itu , kekadang abg saya mengambil kesempatan ,menyebabkan saya menjadi takut pada mereka .
    Apabila saya menjejaki alam sekolah menengah ,saya tidak duduk diasrama ,saya tinggal dirumah ,kerap kali mak ayah saya bergaduh ,saya kekadang saya menjadi bosan dan tidak peduli akan perkara itu ,tetapi tipulah klau itu tidak memberi kesan pada pembesaran dan pemikiran saya , pada suatu ketika ayah saya berkahwin lain dan perkara itu memberi tekanan yang besar pada mak saya, sehingga mak saya menjadi tidak betul ,dan sejak itu saya tidak dapat kasih sayang ibu ,dan ayah saya menjadi sebab perkara itu terjadi ,sejak itu saya menyisihkan ayah saya dari hidup ,tetapi ayah saya tetap setia menjalakan tanggungjawab nya pada saya .
    Apabila saya diejek oleh rakan lelaki yang suka melebel saya lembut saya semakin tidak suka untuk bergaul ,dan saya lebih selesa dirumah ,duduk didalam bilik ,kekadang saya akan melakukan onani kerana terlalu senang untuk melakukan nya didalam bilik .
    Sesuatu yang saya perasan adalah saya tertarik pada kaum sejenis ,dan saya tertarik pada abg saya sendiri ,kekadang saya cuba untuk mengintai abg saya mandi bagi melempiaskan nafsu ini .apabila disekolah saya cuba untuk bercinta dengan kaum wanita ,tetapi itu tidak lah begitu serius kerana saya bukan 100%tertarik ,cuma itu adalah perasan fitrah lelaki .
    Apabila saya berpindah sekolah berasrama ,gelodak nafsu songsang ini semakin menjadi ,apabila ada rakan yang suka tidur disebelah Setiap hari ,entah bagai mana ,perasaan sayang wujud kerana perkara ini ,tetapi saya tidak pernah melakukan perbuatan tidak elok sepanjang saya diasrama.
    Diwaktu universiti ,saya menjadi semakin mudah untuk mengekses laman porno ,dan porno yang selalu menjadi tontonan adalah gay ,saya suka melihat lelaki-lelaki berbadan sasa dan saya begitu teransang sehingga setiap kali menonton saya akan beronani .saya boleh dikatakan edicted pada video lucah gay dan yang paling teruk adalah jiwa saya semakin tertarik pada kaum sejenis , kehidupandi universiti menjadikan saya semakin teruk ,dan berkawan dengan rakan-rakan yang mempunyai perasaan yang sama menjadikan saya begitu selesa , tapi walaubagaimana pun ,agama adalah batas untuk saya melakukan perkara yang dilaknati itu ,walaupun jiwa menginginkannya ,saya tetap disanggup dan takut .ada beberapa kali rakan yang mengambil kesempatan ,tetapi jiwa saya tidak tertarik ,kerana mereka juga lembut sepert saya ,saya hanya tertarik pada lelaki yang keras sahaja .
    Ketika berjaya menghabiskan ijazah ,saya mula berkerja dan ketika itu saya semakin menjadi-jadi suka kan lelaki ,pada suatu malam pernah saya terjebak dengan aktiviti tidak senonoh ,tetapi saya tidak merasa seronok melakukan nya ,adakah saya lelaki sejati , cuma perasaan ini tetap tertarik pada kaumsejenis ,saya merasa tertekan ,kerana saya tidak dapat mengelak dari nafsu songsang ini ,tetapi saya takut untuk melakukan nya .sudah banyak kali saya tertarik dengan kaum sejinis ,dan persahabatan hanya bertahan sementara sahaja .
    pada suatu ketika ,saya merasa begitu tertekan ,dan terasa begitu keseorangan ,saya ingin mempunyai kekasih ,tetapi saya tidak begitu tertarik dengan wanita ,saya ingin kekasih lelaki yang boleh menjaga dan menyangi saya ,malang nya saya takut untuk melakukan perkara yangditegah agama dan masyarakat . Oleh kerana itu saya bertekad untuk berkawin.
    Saya berkahwin bukan kerana cinta ,tapi atas desakan jiwa yang terlalu bosan dengan hidup berseorangan , saya inginkan teman ,dan akhir nya saya berjaya berkahwin ,sepanjang perkahwinan ,kehidupan terlalu sukar ,saya cuba untuk menyintai isteri tetapi saya tahu jauhdi sudut hati ,saya tetap menyukai kaumsejenis , hanya pada. Allah saya berserah .akhirnya saya dikurniakan rzeki dan saya hanya mahu menjadi bapa dan suami yang baik untuk isteri dan anak-anak. Oleh itu ,berdoa lah dan mohon pertolongan dari Allah ,hanya Allah sahaja tempat mengadu .

    1. Sabar dik… banyak-banyak sabar ya… mungkin pendedahan awal adik dengan bahan porno itulah yang menyebabkan adik rasa begitu. Tapi rasanya ada jalan keluar. Di laman web ini sebagai contoh, saya ada tulis bagaimana untuk menghentikan diri daripada melihat bahan lucah. Itu first step. Ia mungkin tidak menghalang adik untuk merasai sesuatu kepada kaum sejenis, tetapi itu langkah pertama yang adik boleh buat. InsyaAllah adik boleh improvize yourself. 🙂

  13. Sya nie mcm ntahlh org kate bdn sya nie kurus dh Tapi sya tgok bdn sya nmpk lain..bdn sya x nmpk kurus pdahal family sya kate bdn sya tnggal tulang…
    Tpi sya still nmpk laen..smpaikn sya nk mkn pon ssh…xbrani nk mkn byk sbb tkot bdn jdi laen…sya stresss tkot bnda tuu gnggu pljrn smpaikn sya trpikir x tau nk wat ape kt dnia nie..
    Mcm dh x de ape dh… Sya ingtkn diri sya kne ingt Allah Tapi sya smpai skang stresss wlaupon sya mkn sehari skali Tapi still takot…hampir stiap mase sya akn tgok bdn sya…kt skolah pon sya akn tgok bdn sya… 🙁 🙁

    1. Smpaikn sya trpikir cam nk bnuh diri Tapi sya ttp ingt Allah..
      Tpi… 🙁 🙁

  14. aku dilahirkan dalam keluarga yang kaya mungin? ayah aku kerja offshore n yes he give me everything tapi ak tetap rase nak mati! sebab aku ni dikongkong yang amat! sampaikan nk join study group pun tak boleh. dari kecik smpai 19 tahun ni aku ni duduk je bawak ketiak mak ayah ak. result spm ak gempak gile dan aku dpt tawaran ke matrik n uitm tp ak msuk form 6 sebab mak ayah ak x bg masuk u. yes form 6 lgsg ak xmnat. aku rse mmg dah give up pun skrg. ayah aku dulu ckp habiskan fform6 ni dulu dan lepaskan tu dia akan bagi je aku pegi mane2. masalah aku mintak izin pergi khemah pun x lepas. shit kan. ntah ape yg die takut sgt. tolonglah! ye dari sudut harta n semua tu aku dpt. die bagi semua. ape yg aku takde. ape yg aku x pernah makan. semuanye dah! tp tetap jugak rase nak mati! skrg ni ak focus form 6 biar result gempak n pegi u jauh dari rumah. kalau tak raye ke emergency jgn harap lah aku nak balik rumah tu lagi! eh babi benci!!!!! erghhhhhhh elok ak mati aje. sampaikan aku malu dgn kwn2 aku dah 19 pun x boleh lepak dgn kawan. usahkan lepak study group pun jgn mimpi lah. aku cume nak keluar dr rumah ni. cume tu. kenapa x blh bg. kdg2 tu rase jugak sia2 je ak study mcm nk mampos tp bukan boleh pergi mane2 pun. tapi itulah. apelagi aku boleh buat. study jelah n berharap ayah aku lepaskan aku. tapi itulah. aku nak dduk asrama pun x bg. kadang aku rase jadi anak yatim piatu lagi bagus. ntahlah. dah besar ni mcm2 aku pikir. ntahlahhhhhhhhhhhhh

  15. saya hilang kerja dan sangat terganggu minda…ingin habiskan nyawa pasal tak dapat hadapi keluarga, ibu, isteri, anak, saudara mara dan kawan-kawan.

    saya berusia 47 tahun dan hilang segala harapan dan pedoman hidup.

    macam mana cara terbaik habiskan nyawa…

    1. Jangan habiskan nyawa. Ingat: diorang perlukan tuan sekarang ni.

      Kena guna kesusahan hidup ini jadi minyak untuk maju ke hadapan. Cuba cari cara nak buat duit. Cari kerja baru dulu. Kemudian, kalau tak cukup kerja tu, cari cara untuk buat kerja satu lagi pada waktu malam.

      (Saya tulis blog bila ada masa, dapatlah duit sedikit daripada iklan-iklan yang tuan nampak dalam blog ni.)

      1. Saya dapat kerja sementra kontrak tapi byk tekanan kat tempat kerja. Saya rasa tak boleh buat. Kena belajar balik semua. Saya tak sanggup. Saya minta saya jadi buta atau jadi stroke agar boleh terus duduk kat rumah. Atau mati sahaja. Amalan agama makin luntur. Tak yakin lagi boleh sembuh.

  16. saya merupakan mangsa keganasan rumah tangga..ade kerjaya tapi kesilapan besar saya percaya pada nya…sehingga buat pinjaman buat rumah semua atas wang saya..sehingga saya dibebani hutang..yg terpaksa saya tanggung seorg..akhirnya saya mengambil jalan bterakhir berpisah setelah saya dibelasah dgn teruk..sehingga bermalam di hospital..saya mohon diceraikan jika saya tarik balik kes…setelah bercerai pelbagao dugaan yg perlu saya hadapi..saya menjadi stress sehingga saya tidak memiliki apa..apa semua dirampas..kerana tanah milik dia..saya menjadi lebih tertekan lagi saya bawa diri ke pulau pinang utk memulakan hidup baru..pelbagai dugaan menimpa satu persatu..perasaan bunuh diri memuncak..tak terdaya utk mengharungi lagi…dan hilang arah tujuan..tak tahu bagaimana ingin keluar dr masalah ini…sekarang saya terpaksa hantar anak ke mak dan ayah saya..saya merasakan hidup saya musnah..dan diberikan dugaan yg saya tak mampu harungi…

  17. tak tahu nak cerita sya dah sekali nak bunuh diri tapi dselamatkan isteri sya harap yg kedua berjaya
    masalah kelurga saya tak tahu hala tuju mungkin hari esok hari terbaik pilihan sya aku tiada pilihan habis sudah air mata

  18. saya tak tau la nak ckp apa . nak bunuh diri tapi takut dosa . saya ni dah la miskin. tak pndai lagi , spm teruk . terpaksa ambil swasta sebb minat seni .tpi saya masih tak nak sbg belajar sbb saya nak duduk rumah ja . tpi bebanan org tua bikin sya tak tau nak ke mna lagi dan kisah hitam saya selalu bermain di minda ketika saya berada di skola menengah, sya selalu dihina, diejek, membuatkan saya tidak fokus dan malas dtg skola. mereka ejek saya berbadan besar , setelah saya ikut semua acara skola bdn sya makin kurus tetapi sinaran matahari memberi kesan kepada kulit saya dan start la muka sya lagi yg bermasalah . sampai saya tak confident nak keluar bilik nak jumpa kwn . mak saya tak ambil peduli , yg dia tau dia mesti cntk dan terus tegur bukan2 . abg2 kwn2 sya semua ckp bukan2 bikin sya stress . smpai bf pun nak break . saya kemurung yg teramat, smpai spm 2krdt je sebab terganggu . skrg ni nak masuk kolej la apa la . stop saya tak tahan

  19. Saya sebenarnya seram nak tulis ni. sebab tahu dosa..
    Saya ade lah niat nak bunuh diri kadang2.. terasa penat sangat2. tersangat2..
    Saya x nak cerita masalah saya .. Cuma nak bagitahu mereka yg rase penat seprti saya tu.. Kalau korang rase penat sangat2 sampai keluar air mata . korang tidur je. Tidur ni la yg membuatkan kita rehat . walaupon untuk sementara.
    Same2 kita berusaha dan berdoa kepada Allah agar masalah kita dipermudahkan.

  20. Ak taknak bunuh diri, tapi ak rasa nak mati. Pelik kan? Lebih tepat lagi, ak x nak wujud dalam dunia ni. If there’s a button that i can push that will erase any trace of my existance, i’ll gladly push it. Itu la gambaran paling tepat ak boleh jelaskan untuk perasaan ak skrg ni. Ak sudah menamatkan pengajian ijazah ak pada tahun 2013 lg. Tapi sampai skrg ak x dpt kerja tetap. Mungkin ini salah satu sebab kemurungan yang ak hadapi sekarang ni. Skrg dah tahun 2016, tak lama lagi 2017. Makin x laku sijil ijazah ak. Orang2 sekeliling ak x begitu supportive dgn situasi ak. Granted mgkn diorang xtau sbnrnye perasaan ak. Ak slalu buat muka happy dan ceria. Tapi ak tau semua tu tipu. Ak xnak mereka tau betapa brokennye ak skrg ni. Kadang2 topeng happy yg ak duk pakai ni terasa macam nak retak. Ak jd cpt sentap. Rasa nak marah x tentu pasal. Tp ak pendamkan je semua tu. Makin lama ak makin hilang arah tuju. Langtung tiada motivation. Macam baik ak x wujud je. Whats the point. Ak xde kerja tetap, ak xde pasangan untuk bkongsi suka duka, kawan2 yg sekejap ada sekejap xde, family yg slalu bgaduh, hutang keliling pinggang, duit nk beli rmh n keta xdak sbb keje pn tak skrg. Ak rasa hidup ni gelap sgt2 skrg ni. Dan ak xrasa ia akan jadi lebih baik. Yang paling ak benci dgn diri ak skrg bila ak marah2 n salahkan tuhan. Ak tau setiap yg blaku pasti ad hikmahnye. Tp kenapa ak still lg di takuk sama seperti 3 tahun lps. Apa hikmahnya disitu? Ap salah aku? Kenapa aku? Ak terasa spt tuhan langsung tidak mempedulikan ak. Ak tau solat ak x cukup, mengaji pn merangkak. Ak cuba utk berubah, tp hidup ak still sama mcm dulu gak. Begitu gelap ak rasa. Ak depressed sgt2. Ak buntu. Ak xtau nak buat apa. Bila ak luah skit prsn kat org, mesti diorang akan ckp cari la kerja, ap susah. Yang ni ak plg sentap. Diorang xtau ak hari2 duk carik. Bukan duk goyang kaki. P inetview sana sini, tp xdpt2 tu yg duk buat ak depress sgt2. Pastu mula la duk bising tanya nak buat apa kalau da x kerja ni. Panas btol ak. Kalau ak tau nk buat ape xde la ak depress skrg ni. Dulu2 bila terasa depressed boleh cari kawan2. At least terubat skit luka. Tp skrg ni kawan2 pn susah nk jmpa. Masing2 da bz. Yg da kawin lg la xda masa. Nak harap family, ayah da xde. Mak pulak asyik pentingkn adik2. Abg2 pulak sibuk ngan keluarga sdr. Terasa sungguh perit bila tpaksa hadapi semua ni sorang2. Ak x larat. Ak x cukup kuat. Alangkah baiknya kalau maut menjemputku.

  21. bagus jugak ade ruang macamni kan? yela xsmue org nak@ rajin nak pegi jmpe pakar psikologi. dpt jugak la buat sesi luahan kt sini. kt mlysia ni xde ke tempat nk kmpulkan org bemasalah ,depression ke yg free. so senang la kan ade group yg mmhmi. ruang mcmni jgk mmbntu org yg depression rse mcm nak mati ,mcm aku. luar nampak okay je seronok . dalam hati, hancur.tuhan je tau. tuhan je nampak. rse fake betul diri sndri. tepksa jd fake sebb xnk org tau betapa sakitnye jiwa. betuah badan org yg jalan hidup die mudah je.

  22. korang nk mati kan… bagi aku hati .. aku nk hidup… aku cume tunggu mase je nii…

    korang cums tak yakin je dengan hidup korang.. nk tau lepas hujan ade pelangi kan.. macam tu la dengan ujian yg Allah bagii..

    dalam al quran pun 2 kali Allah cakap lepas kesusahan ade kesenangan

    penah tak korang doa kat Allah supaya kuatkan hati dan tabah hadapi semua ujian.. penah kan ? … Allah hanta ujian semua tu sebab korang yang mintak kan… sbb dengan ujian tu laa.. korang akan jadi kuat

    yang korang perlu sekarang nii.. rapat kan diri dengan Pencipta kita .. Allah

    mmg la korang ingat aku ni main cakap jee.. tak rase lagii semua ujian yg korang hadapi.. aku tahu mmg susah yg teramat… tapi dangan kembali kepada Allah korang akan jumpe ape yang korang nk selama nii

  23. Saya dah nak bunuh diri ni. Saya dah tak tahan menyusahkan orang sekeliing saya lagi. Dah abis benda saya buat semua tak memjadi. Dah makan bertahun dah. Sekarang dah kena kejar ngan along. Kesian tgk anak anak. Dah mintak tolong ngan orang orang besar tapi tak di endahkan. Dah takda jalan dah rasa saya. Maafkan saya.

  24. Saya nak mati pasal kecewa hidup. Saya sudah depression 1 tahun dan tak nampak jalan utk keluar. Anak masih belajar dan saya takut saya tak dapat nak bagi kasih sayang utk mereka berjaya. Solat dan iman makin luntur dan yakin pada Allah makin menipis. Saya rasa dunia tempat yang susah nak hidup. Teknologi dan maksiat terlalu banyak di dunia ini dan kita kalah dengan leka dunia. Bantu saya. Saya tak ada harapan pulih.

  25. Ketika aku tgh betul2 stress rasa nak bunuh diri, aku terjumpa page ni. Akhirnya baru aku sedar masalah aku mungkin tak seberapa jika nk dibandingkan dgn orang lain.

    Aku adalah kambing hitam dlm keluarga aku, dunia aku pn mmg kelam dr kecil sbb mak aku suka menyumpah yg buruk2. Aku pelajar yg cemerlang, dh sehabis usaha aku buat utk bg mak ayah gembira dan berbangga tp tetap buruk aku yg mereka nampak. Alang orang kata aku jahat, biar aku jahat betul. Aku tersasar jauh dan makin hanyut. Tanpa sesiapa yg sudi hulurkn tangan utk bantu. Sampai satu masa, aku rasa tak tertahan beban yang aku tanggung, aku pohon pd Allah hadirkanlah seseorang hamba Allah yg dpt bantu aku keluar. Alhamdulillah, Allah perkenankn doa aku ketika itu.

    Apa yg aku fikirkan, masa yg sudah berlalu memang tak mampu kita ubah. Menangis air mata darah pn, semua itu sudah berlaku. Kuasa bkn di tangan kita. Tapi, perbaikilah apa yg ada sekarang. Yg di depan mata. Memang dugaan sgt berat. Berbalik pd kisah aku, aku baru dpt tahu yg aku disihir. Gangguan dtg merosakkn fikiran dan hati aku. Byk kali aku rs seperti nak mati, rs useless, kisah2 dulu merobek2 hati aku. Ditambah dgn kewujudan manusia2 yg mungkin rs mereka serba sempurna, yg merasakan belum pernah diuji lagi oleh Allah. Yg menguatkn aku sehingga kini adalah rahmat dan anugerah Allah yg di depan mata. Doakan aku tak tewas dgn permainan syaitan. Doa utk kalian juga. Mudah-mudahan..

  26. Waktu aku stress, aku tak cuba untuk bunuh diri. Tapi aku cuba utk sakitkan diri sendiri.

    Sebab luka nilah cara aq tunjuk kesedihan aku pada org terdekat. Tapi aq tau xde sapa yg pernah perasan. Pernah tumbuk tgn di dinding sampai lebam, pernah minum bahan kimia (yg xbahaya sgt) sampai muntah n keracunan dan pernah lukakan diri sendiri guna gunting. Kalau ikutkan banyak lagi yang aku dah buat. dan tau tak apa perasaan aku lepas buat macam tu? mungkin orang lain rasa menyesal, tapi aku rasa puas. Puas sebab dapat lukakan diri sendiri.

    Nak kata tekanan dari hidup, jangan cakaplah. Kalau tak, takde aku sanggup lukakan diri sendiri. Aku jenis kalau ada org, aku extrovert. Aku buat org gelak sebab org kata aku mmg org yg kelakar. Biarlah org tak tau apa yg aku lalui. Biarlah sakit aku, perit aku, aku dendam sendiri. its okey, klu sakit aku ni dapat gembirakan hati org laen lagi lagi my family dan kawan. Aku cuba untuk positif selepas ini. Mungkin sakitkan diri itu might be happen again sbb sudah menjadi habit, but still aq cuba utk lebih dekatkan diri pada Allah selepas ini.

    You know, dunia ni sementara. Boleh kan kau endahkan semua masalah tu, kita fokus pada akhirat. Sebab kehidupan kita yang sebenarnya adalah di akhirat kelak. Kenapa nak bunuh diri, tau kan bunuh diri pengakhirannya di mana. Berdoa la? Semoga ujian ni dapat masukkan kau ke Syurga. Berdoa la? Semoga aku dapat kegembiraan yg sebenar di Syurga. Dengan itu, kau akan rasa masalah dunia ni adalah kerdil bagi kau. Syurga itu tak ternilai, bukan sembarangan org Allah nak bagi. Dan orang orangnya adalah yang sering diberi ujian oleh Allah. Hey, itu maknanya Allah syg kita. Dia nak kita masuk Syurga dengan diberi ujian yg berat itu. Dan kita balas ujian itu dengan sabar dn berusaha utk jadi hambaNya yg lebih baik lagi, ok?

    🙂

    1. dari kecik adik beradik aku selalu bagi kata kata negatif pada aku. sampai satu tahap aku tak percaya pada semua orang. aku Rebel. aku xkan cakap dengan orang sekeliling. susah untuk aku senyum. kawan x ramai. hubungan ombang ambing. sebab aku simpan. jadi dendam orang sekeliling judge tak tentu hala. aku sunyi. sebenarnya aku suka bercakap. suka buat lawak. tapi takde sape tahu apa dalam isi hati aku. dan aku susah nak percaya orang. dari kecik aku dah terlalu berdikari sampai sekarang aku rasa tak perlu minta pendapat/pertolongan orang lain. harini aku fikir nak bunuh diri. tapi aku realise, selama berpuluh tahun aku hidup, ni ke jalan nye?
      rasa terpendam ni jadikan aku seorang yang pemarah, pendendam. jadikan semua hubungan aku punah. stress kan?
      tapi satu je aku fikir mak bapak aku je. aku je sorang yang tinggal untuk jaga they all. kalau aku mati sape nak teman dorang?
      aku mengaku aku baru belajar untuk dekatkan diri pada Allah. itu lebih tenang. dan aku yakin syaitan tu menyesatkan ramai manusia.. aku taknak orang yang ikut syaitan.. tapi kadang kadang aku kalah juga dengann bisikan syaitan. betullah, bila release mcmni kurang sikit rasa sakit kat dada ni.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *