PATUT BACA: Panduan Peperiksaan Akauntan W41

Dapat panggilan untuk Peperiksaan Akauntan W41?

Anda berada di tempat yang betul.

Di dalam post ini anda akan mendapat pelbagai tip bagaimana untuk menjawab Peperiksaan Memasuki Perkhidmatan Awam oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia.

Tidak kira anda ingin menjawab peperiksaan untuk apa jawatan sekali pun, anda boleh menggunakan panduan ini sebagai panduan umum untuk membantu anda menjawab peperiksaan perkhidmatan awam. Sesuai untuk semua.

Semasa penulisan artikel ini, peperiksaan akautan gred W41 hampir menjelang tiba. Jika anda mahu bersiap sedia untuk peperiksaan itu, saya ucapkan selamat maju jaya dan diharap segala tip saya kongsikan di bawah dapat membantu anda.

Terdapat 4 SEKSYEN yang akan anda lalui di dalam peperiksaan ini.

Seksyen A: Pengetahuan Am Mengenai Malaysia dan Alam Sekeliling

Masa menjawab: 40 minit
Bilangan Soalan: 50 soalan

Peperiksaan Akauntan W41ada bahagian ini. Tujuan seksyen ini adalah untuk menguji daya kesedaran calon terhadap perkara yang berlaku di Malaysia dan dunia sekelilingnya. Calon dikehendaki mengetahui secara umum mengenai bidang perakaunan, ekonomi, kewangan, perdagangan, teknologi maklumat dan komunikasi, pentadbiran kerajaan dan sosial. Soalan-soalan akan ditarafkan adalah perlu diketahui oleh calon-calon yang mempunyai Ijazah dalam bidang perakaunan.

Di atas ialah contoh soalan pengetahuan am. Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas.
Di atas ialah contoh soalan pengetahuan am. Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas.

Seksyen B: Daya Menyelesaikan Masalah

Adakah anda boleh selesaikan masalah dalam peperiksaan akauntan ini?

Masa: 45 minit
Bilangan Soalan: 40 soalan

Dalam seksyen ini calon dikehendaki menyelesaikan masalah-masalah yang dikemukakan menggunakan. Ada tiga bahagian semuanya. Saya ulas ketiga-tiga bahagian di bawah.

(i) Kemahiran Logik

Dalam seksyen ini calon dikehendaki menggunakan pengetahuan, kemahiran berfikir serta kemahiran mengaplikasi maklumat-maklumat tersebut untuk memilih jawapan yang tepat dalam menyelesaikan masalah-masalah yang dikemukakan. Jika anda dapat berfikir dengan logik, senang untuk anda jawab soalan bahagian ini. Cuba lihat apa yang akan anda hadapi dalam peperiksaan akauntan W41 ini:

Di atas ialah contoh soalan kemahiran logik. Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas.
Di atas ialah contoh soalan kemahiran logik. Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas.
Di atas ialah contoh soalan kemahiran logik. Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas.
Di atas ialah contoh soalan kemahiran logik. Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas.

(ii) Kemahiran Menginterpretasi Data

Calon diberi beberapa soalan menyelesaikan masalah yang menggunakan perangkaan. Perangkaan yang diberi perlu dianalisa untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dikemukakan. Penggunaan graf, jadual dan sebagainya digalakkan agar mudah untuk calon memberi jawapan.

Di atas ialah contoh soalan menginterpretasi data yang akan anda jumpa dalam peperiksaan ini. Klik pada gambar untuk gambar lebih jelas.
Di atas ialah contoh soalan menginterpretasi data yang akan anda jumpa dalam peperiksaan ini. Klik pada gambar untuk gambar lebih jelas.

(iii) Konsep-konsep Matematik dan Perakaunan

Konsep Matematik yang digunakan termasuklah algebra dan geometri. Soalan-soalan akan ditarafkan adalah perlu diketahui oleh calon-calon dalam bidang perakaunan. Ini penting untuk bidang perakaunan. Cuba lihat contoh soalan di bawah.

Soalan yang bertanyakan konsep matematik untuk peperiksaan akauntan. Klik gambar untuk paparan lebih jelas.
Soalan yang bertanyakan konsep matematik untuk peperiksaan akauntan. Klik gambar untuk paparan lebih jelas.

Seksyen C: Esei Bahasa Melayu

Sekarang tiba seksyen menjawab esei peperiksaan SPA dalam bahasa Melayu.

Masa: 1 jam
Bilangan Soalan: 3 soalan. Hanya jawab 1 sahaja.
Panjang Esei: Bilangan perkataan adalah tidak dihadkan.

Dalam seksyen ini calon dikemukakan isu-isu yang menjemput pandangan tentang sesuatu masalah. Contohnya: “Langkah-langkah untuk menyelesaikan masalah jerebu di Malaysia.”

Penilaian adalah berdasarkan pendapat-pendapat calon yang disusun dengan jelas, teratur dan munasabah. Lebih jelas, lebih baik. Objektif utama adalah untuk mengukur daya kreativiti dan kebolehan calon dalam penguasaan Bahasa Melayu. Jika anda dapat mengulas idea anda dengan baik di dalam bahagian ini, anda akan mendapat pemarkahan yang baik.

Seksyen D: Esei Bahasa Inggeris

Masa: 1 jam
Bilangan Soalan: 3 soalan. Hanya jawab 1 sahaja.
Panjang Esei: Bilangan perkataan adalah tidak dihadkan.

Dalam seksyen ini calon dikemukakan isu-isu yang memerlukan pandangan tentang sesuatu masalah. Contohnya: “Impacts of Social Media in Malaysia.”. Anda perlu jawab soalan ini di dalam peperiksaan akauntan untuk menguji sama ada BI anda mencapai taraf yang telah ditetapkan.

Penilaian adalah berdasarkan pendapat-pendapat calon yang disusun dengan jelas, teratur dan munasabah. Objektif utama adalah untuk mengukur daya kreativiti dan kebolehan calon dalam penguasaan Bahasa Inggeris.

Adakah Anda Bersedia Menjawab Peperiksaan Akauntan Ini?

Untuk panduan lebih mendalam, anda boleh klik di sini untuk mendapatkannya. Untuk makluman anda, di atas ini panduan yang dikemaskini untuk peperiksaan akauntan dan akan dikemaskini untuk peperiksaan lain pada masa akan datang.

Sumber penulisan saya datang daripada SPA.



Diterbitkan oleh

Abdul Rahman

Seorang penulis, pembaca dan suka membuat sesuatu.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *