Kenapa Orang Islam Senang Sangat Percaya?

Perasan tak macam mana mudahnya orang Islam percaya sesuatu khabar angin?

Terutama sekali kalau ada kaitan dengan agama?

Kalau ada kaitan dengan keajaiban lagi lah. Mereka yang bersikap skeptik akan dilabel kufur dan menidakkan kekuatan Allah.

Seperti bertanya itu satu kesalahan yang besar.

Adakah Bertanya Itu Satu Kesalahan Dalam Agama Islam?

 Ramai orang akan bertanya soalan. Tapi ramai tidak berani bertanya di hadapan kerana takut dilabel kafir, tidak beriman dan sebagainya di Internet.

Jadi yang mempunyai syak wasangka akan senyap.

Sehinggalah ada artikel yang menyangkal “keajaiban” tersebut.

Sejak bila Islam jadi agama keajaiban?

Bukankah Islam merupakan agama yang menggalakkan keilmuan.

Mesti cari ilmu.

Tapi… if it’s on Facebook, it must be true!

Itu yang dipegang oleh orang Islam.

Satu lagi.

Adakah Semua Gambar Yang Dikongsi Mengenai Palestin Semuanya Betul?

Lagi satu masalah yang berlaku ialah banyak gambar yang dikongsi adalah gambar daripada perang di tempat yang lain.

Gambar tersebut memang menimbulkan simpati dan ribuan orang share gambar tersebut dan komen-komen berapi muncul yang cakap mati pada Israel. Jahanamlah Israel dan sebagainya.

Malangnya, gambar yang digunakan itu tipu.

Gambar daripada Lubnan, Syria dan tempat-tempat lain yang sedang berperang sekarang ini.

Orang Islam biasanya melabel Israel menipu dan sebagainya tetapi akhirnya orang Islam sendiri menipu orang Islam sendiri… bukan untuk menang tetapi untuk populariti. Mereka berlawan siapa yang paling banyak perkongsian dan meningkatkan penglibatan mereka dengan fans mereka.

Orang Islam mudah sangat percaya.

Ini adalah satu masalah yang sangat besar. Ini sebenarnya menunjukkan kemalasan intelektual untuk mengetahui sesuatu dengan lebih mendalam… untuk menjarakkan diri daripada masalah itu dan cuba melihat sesuatu isu daripada dekat dan juga jauh.

Orang Islam juga biasanya akan memberi kuasa untuk orang lain melakukan pemikiran untuk mereka dan menyebabkan orang Islam berada pada status quo.

Status quo inilah pada hemat saya yang menyebabkan negara-negara Islam tidak semaju negara bukan Islam. Status quo inilah yang menyebabkan ramai orang bermain dengan iPhone terbaru mereka sambil melepak di kedai mamak mengutuk kekejaman rejim zionis sambil bermain Facebook.

Dan mereka percaya pelbagai perkara yang ada di Facebook itu.

Jangan mudah percaya. Selidik isu itu. Gambar itu. Jangan malas cari maklumat. Jangan “share happy” seperti “trigger happy” yang menembak orang sesuka hati.

Kita perlu jadi lebih daripada itu.



Diterbitkan oleh

Abdul Rahman

Seorang penulis, pembaca dan suka membuat sesuatu.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *