Secawan Koko Kehidupan

Malaysia dan Inovasi

0

Inovasi ialah satu perkara yang akan membantu manusia untuk menyelesaikan masalah.

Ada penyakit? Buat inovasi untuk cari ubat penyakit tu. Mungkin cara baharu untuk melawan virus ataupun bakteria yang meragut nyawa orang.

Dalam banyak perkara kita boleh fikirkan inovasi ni.

Malangnya…

Berapa ramai orang yang berinovasi di dalam Malaysia? (Ayat yang agak fancy bagi saya)

Berapa ramai yang mempunyai keinginan yang mendalam untuk menjawab persoalan-persoalan di dalam fikiran mereka sehinggakan mereka mengambil masa mereka untuk menjawab persoalan itu?

Itu yang membezakan antara negara maju dengan kurang maju.

Semua negara di dalam dunia ini hanya berjaya apabila mereka mempunyai jumlah orang yang signifikan untuk memanfaatkan diri mereka.

Bekerja dan berinovasi. Mencari sesuatu untuk meningkatkan produktiviti dan menyelesaikan masalah.

Bila rakyatnya suka menyelesaikan masalah, itu akan membolehkan sesebuah negara itu maju ke hadapan.

Dan satu syarat asas untuk negara maju ialah rakyat negara itu mestilah bermotivasi untuk berinovasi.

Inovasi adalah salah satu tiang sesebuah negara. Tiang ekonomi. Tiang kemajuan. Apa yang ada di dalam negara itu boleh diperbaiki, dipermudah, dihebatkan. Itu yang menyebabkan negara itu semakin hebat. Personal contribution setiap rakyat adalah penting.

Mereka berusaha menyelesaikan masalah.

Inovasi membolehkan kita mencapai impian kita. Itu yang menjadikan Amerika Syarikat seperti sekarang ini.

Mereka mempunyai orang seperti Carnegie Mellon, John D Rockefeller, Henry Ford, J P Morgan, dan pelbagai lagi ikon usahawan zaman dahulu dan sekarng yang membentuk empayar Amerika Syarikat.

Berapa ramai rakyat Amerika yang menjadi pemenang Nobel?

Berapa ramai rakyat Malaysia yang menjadi pemenang Nobel?

Berapa ramai yang kita boleh bangga sebagai pemenang anugerah-anugerah berprestij dan jika dibandingkan dengan negara lain, bagaimanakah kedudukan kita?

Boleh tak kita buat dengan lebih baik?

Inovasi adalah salah satu enjin yang boleh mengubah hidup kita. Ramai orang gagal kerana mereka tidak mempunyai wawasan untuk membuat inovasi.

Terdapat banyak buku yang telah diterbitkan mengenai perkara ini. Kita perlu bergerak ke hadapan.

Kalau tak nak fikir untuk negara pun, cuba fikir untuk diri sendiri.

Mungkin dengan satu inovasi anda, anda boleh mengubah hidup anda menjadi lebih baik. Satu ciptaan sahaja. Satu rekaan. Satu perkara baharu. Yang memudahkan hidup orang. Yang menambah nilai pengguna ciptaan anda.

Dengan inovasi, anda boleh menempah nama untuk diri anda dan juga membina pengalaman diri anda sendiri.

Mana tahu dengan inovasi anda tu macam-macam pengalaman baru yang anda boleh jumpa.

Entah-entah satu hari nanti anda akan menjadi nama seperti Stephen Hawking, Henry Ford, dan ramai lagi orang yang telah membuat penemuan dan reka cipta yang mampu mengubah dunia yang kita tahu ni.

Apa masalah yang sedang anda cuba selesaikan hari ini?

Cuba Inovasi.

Leave A Reply

Your email address will not be published.