Apa Patut Kita Ajar Pada Budak-Budak Tentang Hutang

Pendidikan kewangan ialah satu perkara yang sangat penting terutama sekali semasa kanak-kanak sedang membesar.

Semasa kecillah mereka belajar pelbagai konsep pelbagai wang yang akan membentuk cara mereka membuat keputusan pada masa hadapan.

Salah satu konsep paling penting ialah hutang.

Bagaimana kita mahu mengajar mengenai hutang kepada budak kecil?

Susah juga kerana kebanyakan kanak-anak tidak didedahkan tentang hutang sejak kecil lagi.

Apa yang anda belajar selama berpuluh-puluh tahun mahu disesuaikan dengan intelek seorang budak.

Saya ada sesuatu yang dapat membantu anda mengajar mengenai kewangan dan hutang kepada anak anda.

Ianya satu blog post. Blog post yang mengajar tentang hutang pada kanak-kanak.

Anda boleh klik link tu untuk membacanya tapi jangan klik dulu!

Sebenarnya blog post itu ialah skrip yang digunakan oleh encik Joe Mihalic untuk mengajar kanak-kanak di dalam satu kelas mengenai hutang. Anda dapat membaca slide yang digunakan oleh encik Joe dan penerangan yang digunakan oleh beliau untuk menerangkan kepada kanak-kanak mengenai hutang.

Untuk lebih memudahkan anda, saya telah mengambil masa untuk mengalih bahasa daripada Bahasa Inggeris kepada Bahasa Melayu dan anda boleh membacanya di bawah.

Mungkin anda boleh ajar anak anda tentang hutang selepas ini! 😀

Tanpa berceloteh lebih panjang, kita mulakan…

slide1

Ini ialah topik untuk orang dewasa. Ini salah satu topik yang mengajar bagaimana dunia berfungsi. Apabila saya membesar, saya selalu nak tahu macam mana dunia berfungsi. Allan mahu anda semua terdedah dengan pemikiran ini. Dia nak anda tahu bagaimana dunia berfungsi. Hari ini, anda semua akan melihat sepintas lalu bagaimana dunia ini berfungsi dan kita akan bercakap mengenai satu topik yang sangat dewasa iaitu duit.

slide2

Apa tu perspektif? Perspektif ini pandangan kita. Apabila kita berumur setahun, pandangan kita macam orang berumur setahun. Masa tu kita hanya kisah pasal tidur makan dan lampin yang bersih. Pada masa tu kita tak berminat dengan isu semasa, berita dunia atau perkara besar macam tu.

Perspektif kita bila kita berumur 12 hingga 18 tahun jauh berbeza dengan perspektif kita masa berumur setahun. Pengalaman kita, pembacaan kita, apa yang kita tengok di TV, apa yang kita dengar dari ibu bapa dan cikgu. Semuanya kan mengubah kita semasa kita hidup. Hari ini, saya ingin mengubah perspektif anda dan mengajak anda untuk memikirkan tentang beberapa perkara dengan cara yang lain.

slide3

Anda dah tahu fakta ini. Ini bukan rahsia. Bagaimana anda tahu kejayaan itu penting dalam masyarakat kita? Salah satu cara untuk menjawab persoalan itu ialah menanyakan diri anda sendiri bagaimana anda ditekan untuk buat dengan baik. Gred? Sukan? Setiap kali ibu bapa anda menanyaka kepada anda bagaimana prestasi anda dalam ujian, mereka bertanya sama ada anda berjaya. Kenapa? Sebab berjaya tu penting. Setiap kali ibu bapa anda bersorak untuk anda semasa bersukan, mereka bersorok untuk kejayaan anda kerana kejayaan itu penting.

Setiap kali ibu bapa nda bertanya tentang prestasi anda, mereka bertanya tentang kejayaan anda, dan mereka menghantar signal kepada anda bahawa kejayaan itu penting.

slide4

Kita secara automatik menganggap seseorang itu berjaya apabila mereka mempunyai pelbagai gajet yang cool.

slide5

Apa itu automatik? Automatik sesuatu yang kita buat tanpa perlu berfikir. Perspektif datang secara automatik. Kita ambil pengalaman kita dan apa yang kita dengar daripada ibu bapa kita dan pengiklanan dan TV dan movie dan kita mula membuat pertimbangan secara automatik tentang seseorang.

slide6

Di atas ialah iklan untuk jam yang sangat mahal. Iklan ini membentuk perspektif anda yang seseorang itu berjaya apabila dia mempunyai benda-benda yang  cool.

Syarikat yang buat iklan ini tak kesah sama ada anda berjaya atau tidak untuk jam ini. Mereka cuma nak anda beli jam ni, dan gunakan Eli Manning (orang dalam gambar) untuk menjadikannya menarik.

Iklan-iklan sebegini yang mengaitkan orang berjaya dengan barang mahal sebegini di merata-rata tempat. Kita sering diserang iklan-iklan sebegini. Melihat iklan-iklan sebegini membuatkan anda memikirkan orang berjaya mempunyai benda-benda sebegini; ia membentuk perspektif anda.

slide7

Mari kita anggap mereka dua ni kembar. Kita panggil dia Bob dan Ted. Siapa yang nampak lagi berjaya? Siapa yang macam ada semua jawapannya? Siapa yang lebih berjaya? Cuba anggap mereka ni kawan abah korang dan mereka datang ke rumah dari semasa ke semasa. Siapa yang anda nak tolong jawab soalan-soalan anda? Siapa yang anda mahukan sebagai cikgu?

slide8

Perspektif kebanyakan orang tentang berjaya ialah orang yang mempunyai barang-barang yang cool bermakana pemilik benda-benda itu berjaya.

Lagi satu perspektif yang biasa orang ada ialah bila kita ada semua benda dalam gambar ni akan membuatkan kita gembira.

slide9

Kenapa kita fikir macam tu? Di sini ialah iklan untuk sistem permainan yang membentuk perspektif ada yang orang akan gembira bila mempunyai benda yang cool.

Iklan ini seperti berkata: budak-budak ini gembira kerana mereka bermain WiiSports. Adakah anda nak gembira? Anda patut beli WiiSports.

Iklan-iklan sebegini menunjukkan orang gembira melakukan sesuatu sebenarnya ialah manifestasi sesebuah syarikat ingin menjual sesuatu kepada anda dan iklan seperti ini ada di merata-rata tempat. Melihat semuanya membuatkan anda terfikir adakah iklan sebegini betul-betul akan membuatkan anda gembira.

slide10

Hasil daripada apa yang kita dengar daripada orang dewasa dan apa yang kita lihat di TV dan dalam pengiklanan di sekeliling kita, kita mempunyai satu perspektif: untuk berjaya, yang sememangnya penting, akan membawa kepada benda yang cool, dan itu akan membawa kepada kegembiraan.

Ada sesiapa di sini yang tidak bersetuju dengan logik penyataan ini? Bunyi macam munasabah je kan?

slide11

Sekarang jom bayangkan semua orang dalam bilik ini ialah orang dewasa. Anda berumur 18 tahun. Anda belum berjaya lagi, tapi macam semua orang, anda pun nak gembira. Anda nak tunjukkan kepada orang yang anda berjaya – anda nak memberikan aura itu, mempunyai imej itu. Tapi anda tidak ada duit. Apa yang patut anda buat?

slide12

Senang, anda boleh pinjam duit untuk beli benda-benda cool.

slide13

Adakah susah untuk meminjam duit? Tidak sama sekali. Bank suka pinjamkan duit kepada orang. Anda tak perlu bayar cepat-cepat. Bank terima pembayaran untuk tempoh masa berbulan-bulan ataupun bertahun-tahun. Banyak caranya nak pinjam duit. Pernah sesiapa pinjam duit dari mak ayah? Lebih kurang macam tu lah…

slide14

Apabila saya 26 tahun, saya ingin nampak berjaya, dan saya nak gembira. Jadi saya keluar dan beli rumah, perabot untuk rumah tu, beberapa kereta dan motosikal. Saya nampak berjaya tak?

slide15

Saya hutang pada bank $90k, dan itu tak termasuk gadai janji lagi. Saya membuat satu topeng untuk diri saya yang menyatakan bahawa saya berjaya. Saya tipu anda semua. Anda menganggap saya berjaya, tapi saya berhutang banyak duit dengan bank. Saya sebenarnya tak buat apa-apa pun yang melayakkan diri saya dengan semua ini. Saya tidak membayar semua ini dengan duit saya.

slide16

Mana satu antara dua lelaki ini berjaya? Bob, yang berhutang bank sebanya $1 juta untuk mmbayar semua benda tu? Ataupun Ted, yang sudah membayar habis rumahnya dan keretanya dan ada $500 ribu di dalam bank?

Pengiklanan di dalam masyarakat, apa yang kita lihat di movie, TV, dan pelbagai lain telah melatih anda untuk melihat sesiapa dengan benda cool itu berjaya, sedangkan dalam realiti, mereka mungkin terperangkap di dalam gunung hutang.

slide17

Ini soalan lebih umum. Kenapa kita mendefinisikan kejayaan dengan skop terlalu kecil? Sebab itulah cara kita diajar. Kita sepatutnya mendapatkan kerja yan bagus dan jadi sangat bagus dalam kerja itu dan mengumpul banyak barang dan jadi gembira.

Nak tahu apa yang menarik? Ada satu kumpulan yang bernama Alcoholis Anonymous yang direka untuk membantu kaki minum untuk pulih daripada ketagihan mereka. Ada kumpulan sokongan pemulihan untuk setiap jenis ketagihan. Tapi tidak ada kumpulan pemulihan kekayaan, untuk orang yang setiap fikirannya ditelan oleh kemahuan untuk menjadi lebih kaya dan lebih kaya lagi. Kenapa tidak? Sebab masyarakat kita sudah menerima ketagihan sebegitu. Kita fikir itu perkara yang positif. Jadi orang yang mendapat penyakit ini sebenarnya dipuji dan diangkat oleh masyarakat untuk ketamakan mereka daripada diubati kerana sakit mereka.

Jom ajar sesuatu yang berlainan pada diri kita. Jika semangat kita buat sesuatu yang positif di dunia ini sama seperti semangat kita kumpul barang, agaknya dalam dunia bagaimana yang akan kita hidup?

Macam mana anda melihat kejayaan?

slide18

Mana satu kembar yang anda rasa lebih gembira? Bob, yang sebenarnya hidup daripada satu cek ke satu cek untuk membayar rumahnya yang besar dan kereta tu? Dia tahu yang kalau dia diberhentikan kerja, dia akan hilang rumah dan kereta itu. Rasanya lena tak dia tidur setiap malam> Atau Ted lebih gembira? Dia boleh berhenti kerja dia esok dan pergi bercuti selama lima tahun dan menikmati kebebasannya.

slide19

Ini soalan umum untuk anda: bagaimana anda mendefinisikan kegembiraan? Kajian demi kajian telah menunjukkan pemenang loteri akan berasa girang apabila mereka menang loteri tetapi mereka akan kembali kepada keadaan asal mereka. Cuba fikir hadiah yang anda dapat. Anda mungkin sangat gembira membuka hadiah anda. Ingat bagaimana anda bermain atau menggunakan hadiah anda untuk kali pertama? Mana semua hadiah-hadiah tu? Adakah anda segembira anda menggunakannya pada kali pertama anda dapat tu?

Tidak ada benda yang boleh membuatkan orang gembira selama-lamanya.

Bagaimana anda melihat kegmbiraan?

slide20

Jawapannya ialah TIDAK. Masuk rumah besar memang seronok. Untuk sebulan. Kemudian saya terbiasa. Membawa kereta mahal memang seronok untuk beberapa minggu, kemudian saya dah biasa. Sama juga dengan motosikal. Saya membeli semua ini dengan memikirkan bahawa semua ini akan membuatkan saya lebih gembira, dan memang saya makin gembira tapi tidak kekal.

slide21

Kebenarannya ialah duit tidak membeli kegembiraan. Dan meminjam duit untuk membeli benda untuk gembira…?

slide22

Itu akan membuatkan anda tidak keruan. Berhutang duit pada bank memang ibarat dipenjarakan. Anda tidak mempunyai banyak pilihan apabila anda berhutang kepada bank. Jika anda tidak membayar kepada bank duit yang anda hutang tu, mereka akan ambil benda anda. Dan apabila mereka dah takde benda nak ambil dari anda, mereka akan ambil sebahagian besar gaji anda dan beri anda lebihan yang sikit je tinggal tu.

Saya sedar saya mempunyai pilihan yang terhad apabila saya berhutang bank sebanyak $90,000. Saya rasa terperangkap. Saya ada IOU yang banyak ni. Rasa macam ada pilihan sedikit sahaja. Jika saya hilang kerja saya, saya akan ada masalah besar sehingga saya jumpa satu lagi kerja. Saya hidup untuk kerja, tapi sebenarnya saya mahu kerja untuk hidup.

slide23

Saya tersedar tentang perkara ini. Perspektif saya kepada kejayaan dan kegemiraan berubah. Saya membuat keputusan saya tidak kisah apa orang fikir tentang saya. Saya membuat keputusan saya tak mengharapkan benda cool buat saya gembira. Saya menjual kereta yang ada dan motosikalnya. Saya berkongsi rumah saya. Saya berhenti membeli sesuatu untuk tujuh bulan berturut-turut. Saya mbuat keputusan untuk mencipta kegembiraan saya.

slide24

Perspektif pada level 1 adalah sangat basic.

slide25

Perspektif level 2 lebih maju dengan menerima bahaw kejayaan sebenar diperlukan untuk memiliki benda tanpa perlu hutang-hutang yang membebankan.

slide26

Perspektif level 3 adalah lajutan kepada level 2 kerana ia menunjukkan kerja kuat diperlukan sebagai ramuan untuk berjaya yang akan membawa kepada benda-benda cool.

slide27

Perspektif Level 4 bergerak ke hadapan lagi yang menunjukkan benda-benda cool ni tidak membawa kepada kegembiraan. Kita bertanggungjawab untuk kegembiraan kita.

slide28

Perspektif Level 5 ialah perspektif paling advanced. Kerjas keras membawa kepada kejayaan, tapi tidak semestinya kejayaan dalam kewangan atau kerjaya, tapi kejayaan yang anda definisikan dengan cara anda sendiri. Ini sebenarnya tidak mempromosikan “cool stuf”, tetapi benda biasa seperti kerana benda-benda cool bukannya pengakhir permainan bernama duit ni, tetapi sebagai pemangkin semangat.

Lima peraturan perspektif level 5 ialah:

  1. Cintai diri anda sendiri. Jangan ukur nilai diri anda dengan apa yang anda miliki.
  2. Cipta kegembiraan anda. Jangan harapkan benda untuk bagi anda gembira.
  3. Katakan tidak pada IOU. Hidup semampu yang boleh. Jangan pinjam duit untuk beli benda cool.
  4. Jadi bebas. Simpan duit untuk dana kecemasan anda dan untuk bersara.
  5. Buat sesuatu yang memberi impak. Definisikan kejayaan dengan cara anda sendiri

slide29

Jose Mujica ialah pemimpin level 5. Inilah lelaki yang boleh ada satu rumah agam dan 42 orang gaji. Tapi dia hidup dalam rumah kecil dan seekor anjing. Dia tidak kisah orang nampak dia sebagai seorang yang tak berjaya. Dia tahu rumah besar dan orang gaji tidak membuatkan dia gembira.

Kebanyakan orang tak tengok pun dekat Jose.

Ada sesiapa yang tak fikir Jose nampak gembira? Saya rasa dia nampak berpuas hati, yang lebih bagus daripada gembira.

slide30

Saya sudah berkongsi perspektif saya dengan orang di blog saya. Ini sebahagian daripada emel yang saya terima daripada pelawat dan saya rasa anda akan rasakann ianya menarik.

——–

Fuh! Panjang juga! Di atas ialah skrip yang digunakan oleh Joe Mihalic untuk mengajar kepada kanak-kanak tentang hutang. Saya telah membuat beberapa penyesuaian untuk menyesuaikan apa yang ditulis beliau dengan negara ini. Apa pendapat anda? Bagaimana anda mengajar anak anda tentang hutang?

Diterbitkan oleh

Abdul Rahman

Seorang penulis, pembaca, programmer dan macam-macam lagi.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *