Kisah Peperiksaan Online Exam PTD

Peperiksaan PTD sekarang ini akan diadakan secara online. Peperiksaan yang diadakan di dewan dan anda perlu pergi ke sana sudah tidak wujud.

Sekarang, apa yang anda perlu sediakan ialah pastikan anda bersedia untuk peperiksaan online ini. Sesi peperiksaan kali ini akan diadakan pada waktu malam.

Kalau boleh, guna internet laju. Malam-malam orang selalu guna Internet jadi mungkin sesak sedikit line Internet seluruh Malaysia. Cuba cari tempat yang boleh tawarkannya. Anda boleh cuba tengok di siber kafe sama ada Internet laju ataupun tidak.

Statistik yang saya ada mengenai peperiksaan PTD ini ialah, ramai orang gagal. Lebih tepat lagi, 70%. Sangat banyak. Jadi anda perlu betul-betul bersedia kalau anda nak dapatkan tempat sebagai salah seorang pegawai tadbir dan diplomatik.

Seperti yang anda tahu, syarat minimum untuk mendapat panggilan peperiksaan ini ialah hanya untuk mereka yang mempunyai ijazah sarjana muda dengan kepujian yang diiktiraf oleh MQA.

(Kalau anda dah dapat panggilan maksudnya universiti anda tu sudah diiktiraf la)

lepas-exam
Muka sebelum exam serius je… Muka lepas exam nanti happy je haha.

Terdapat tiga bahagian untuk peperiksaan ini.

  • Bahagian A mengenai Pengetahuan Am PTD tentang Malaysia dan dunia
  • Bahagian B pula mengenai cara menyelesaikan masalah logik dan matematik PTD
  • dan bahagian C ialah ujian psikometrik PTD iaitu mereka akan mentafsir personaliti calon sama ada layak ataupun tidak sebagai pegawai PTD

Terdapat beberapa sebab yang menyebabkan calon-calon untuk exam PTD ini gagal dan di dalam minggu ini sehingga tarikh peperiksaan, saya akan berkongsikan contoh-contoh soalan dan jawapan yang anda boleh gunakan untuk menjawab peperiksaan yang akan diadakan pada 1 November 2014 ini.

Apakah jenis soalan yang ingin anda tahu dengan lebih lanjut sekarang ini?

Soalan matematik? Soalan pengetahuan am? Ataupun soalan psikometrik?

Untuk dapatkan update contoh soalan, tentang panduan PTD, dan lain-lain berkaitan peperiksaan pegawai tadbir dan diplomatik ni, anda boleh klik butang di bawah dan saya akan sampaikan maklumat melalui emel anda.

Langgan Emel Tips PTD Dari Kami

 

Saya akan membuat hebahan mengenai satu panduan yang pada saya akan membantu anda. Panduan ini telah membantu ramai calon sejak tahun 2009 lagi.

rujukan-peperiksaan-ptd-2014

Saya harap apabila anda mendapat maklumat demi maklumat daripada kami, anda akan dapat memahami soalan dan dapat menjawab soalan dengan lebih mudah.

Semoga berjaya!



Diterbitkan oleh

Abdul Rahman

Seorang penulis, pembaca dan suka membuat sesuatu.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *