Secawan Koko Kehidupan

Cerita Di Satu Petang

0

Kepada si gemuk yang berlari di Titwangsa petang ni:

Awak, yang kaki nak angkat dari tanah pun susah sepanjang track.
Awak, yang pilih track paling jauh, walaupun ada yang lagi dekat.
Awak, yang kadang-kadang berhenti minum air, dan selalunya berhenti dua kali dalam satu lap sebab sakit dua-dua belah kaki.
Awak, yang tengok ke kaki setiap kali kita selisih jalan. Awak, yang peluh membasahi badan dan hanya dapat satu lap selepas berpuluh minit lari.

Ada satu benda yang patut awak tahu: Tak ramai orang boleh buat macam awak buat.

Setiap langkah kecil yang diambil, awak membawa berat lebih daripada dua kali saya yang memeluk tulang dan meronta untuk dilepaskan. Setiap lap yang awak lari, awak membayar hutang satu lagi snack tengah malam, satu lagi dessert, satu lagi aiskrim. Panas petang Kuala Lumpur tidak menghalang awak untuk memberhentikan larian awak. Ini bukan hari pertama awak, dan ini semestinya bukan hari terakhir awak.

Awak sudah memulakan perjalanan yang akan berterusan sepanjang hayat dan awak dah mulakan 12 hari sebelum Tahun Baru lagi.

Awak lari tanpa muzik, dan saya hanya boleh bayangkan sahaja apa yang awak katakan kepada diri awak sepanjang awak lari dengan jisim badan yang semakin kurang setiap lap awak ambil. Cepatlah, kaki. Senyap la, kaki. Sikit je lagi, kaki. Bodoh la kaki ni. Kalau awak mendongak ke atas dan tak tengok kaki awak bila kita selisih sekali lagi, awak akan tahu yang pandangan saya tidak bermaksud saya merendahkan awak.

Saya tidak ada apa-apa kecuali rasa hormat saya kepada awak. Awak boleh buat.

Leave A Reply

Your email address will not be published.