Senarai Kad Kredit Terbaik 2017 di Malaysia

Kad kredit ialah pedang bermata dua.

Ia boleh membantu anda semasa susah, dan juga menyusahkan anda sampai anda betul-betul susah.

Untuk mereka yang betul-betul memerlukannya, ia boleh membantu untuk membayar bil ketika tidak ada wang. Itulah gunanya kad ini. Yang penting ialah orang yang menggunakan kad ini tahu menguruskan kewangannya sendiri.

Apa Manfaatnya?

Setiap kad dicipta berbeza. Tetapi secara umumnya, anda boleh melihat tawaran setiap syarikat kewangan menawarkan salah satu ataupun beberapa manfaat ini di dalam tawaran mereka:

Sambung membaca Senarai Kad Kredit Terbaik 2017 di Malaysia

Dividen Tabung Haji Setiap Tahun

Berapa sebenarnya yang anda dapat dengan Tabung Haji setiap tahun?

Boleh tahan banyak sebenarnya yang anda dapat.

Tak percaya?

Di bawah anda boleh tengok senarai dividen Tabung Haji dari tahun 1994 sehingga tahun 2015 ini. Mungkin tak Dividen Tabung Haji 2015 anda akan lebih banyak? Saya akan update post ini dari semasa ke semasa untuk memuatkan maklumat terbaharu mengenai dividen Tabung Haji.

Dividen tahun 2016 akan diumumkan pada 2017 nanti.

1994: 9.5%

Sambung membaca Dividen Tabung Haji Setiap Tahun

Anda Dah Tengok Nasihat Pelaburan Ini?

Ini adalah satu post yang tersangat panjang. Tapi akhirnya berbaloi kalau anda baca: anda akan belajar mengenai pelaburan. Apa itu pelaburan. Dan cara untuk melabur.

Perkara paling bijak yang kita boleh buat untuk mendapatkan ilmu pelaburan yang hebat ialah melihat, mendengar dan MENGAPLIKASIKAN nasihat daripada orang yang berjaya dalam menguruskan pelaburan mereka.

Di dalam post ini, saya akan huraikan beberapa topik penting yang boleh membantu anda untuk membuat pilihan pelaburan yang bijak.

Sambung membaca Anda Dah Tengok Nasihat Pelaburan Ini?

Cara Cipta Carta Bajet Untuk Potong Belanja & Jimat Duit

Menggunakan program komputer untuk mengukur prestasi bajet anda sesuatu yang menagihkan. Anda akan rasa gembira dan puas hati bila anda dapat tambah jumlah baru di bahagian “pendapatan” di dalam bajet itu. Dan paling seronok ialah bila anda tengok pendapatan dan penjimatan anda bertambah bila anda mengurangkan perbelanjaan.

Tapi macam mana kalau anda perlu bayar bil akan datang dan anda betul-betul pokai?

Takpe, jangan panik. Carta bajet ini boleh bantu anda untuk memotong perbelanjaan tanpa anda hilang rumah.

Sambung membaca Cara Cipta Carta Bajet Untuk Potong Belanja & Jimat Duit

Apa Patut Kita Ajar Pada Budak-Budak Tentang Hutang

Pendidikan kewangan ialah satu perkara yang sangat penting terutama sekali semasa kanak-kanak sedang membesar.

Semasa kecillah mereka belajar pelbagai konsep pelbagai wang yang akan membentuk cara mereka membuat keputusan pada masa hadapan.

Salah satu konsep paling penting ialah hutang.

Bagaimana kita mahu mengajar mengenai hutang kepada budak kecil?

Sambung membaca Apa Patut Kita Ajar Pada Budak-Budak Tentang Hutang