3 Tips Duduk Rumah Percuma Bagi Graduan

Graduan nak urus duit?

Biar betul.

Bagi seorang graduan, menguruskan wang adalah satu perkara yang amat sukar.

Dengan gaji sekitar RM2500 bagi pemegang ijazah,  jika tidak diuruskan dengan baik boleh dihabiskan dengan sia-sia sahaja.

Tanya sahaja mana-mana graduan kalau tak percaya.

Persoalannya, bagaimana dengan usia yang muda seorang graduan boleh memiliki sebuah rumah?

Sambung membaca 3 Tips Duduk Rumah Percuma Bagi Graduan

6 Fakta Pemilik Kad Kredit Perlu Tahu

Walaupun macam-macam dikatakan mengenai kad kredit, sebenarnya kad ini boleh membuat pembelian dan membayar bil-bil anda lebih mudah.

Menggunakan kad kredit juga boleh meningkatkan skor kredit anda. Tapi kena ingat:  kegagalan untuk menguruskan kad kredit boleh menyebabkan banyak perbelanjaan yang tidak perlu.

Jika anda terdorong untuk membeli benda yang anda tidak boleh betul-betul mampu hanya kerana anda boleh menggunakan kad, lagi bagus kalau anda tinggalkan kad tersebut di rumah apabila anda pergi membeli-belah.

Apabila anda mempunyai kecemasan, dan bergantung kepada dana kecemasan untuk mengelakkan mengenakan perbelanjaan yang tidak dirancang pada kad anda.

Sambung membaca 6 Fakta Pemilik Kad Kredit Perlu Tahu

Apa Boleh Buat Kalau Beban Hutang Rasa Besar Sangat

Atas sebab-sebab tertentu, anda mempunyai beban hutang yang banyak.

Mungkin disebabkan anda perlu menanggung keluarga. Ataupun menanggung hutang lampau dan juga orang lain.

Tak tertanggung rasanya.

Apa yang boleh anda lakukan?

Jom kita tengok apa yang boleh anda lakukan.

Sambung membaca Apa Boleh Buat Kalau Beban Hutang Rasa Besar Sangat

9 Soalan Kena Fikir Sebelum Buat Pinjaman Peribadi

Kita biasa dengar, “duit bukan segala-galanya, tapi segala-galanya memerlukan duit”.

Bagi saya memang itulah realiti dunia sekarang. Kadang-kadang kita terpaksa meminjam untuk merealisasikan impian-impian kita.

Kadang-kadang pinjam bukan sebab impian pun tapi atas sebab-sebab tertentu. Untuk memudahkan anda membuat keputusan, di dalam ini saya sediakan beberapa soalan.

Cuba fikirkan. Adakah patut untuk anda mengambil pinjaman peribadi?

Sambung membaca 9 Soalan Kena Fikir Sebelum Buat Pinjaman Peribadi

Kenapa Beli Kereta Buruk Daripada Kereta Mahal

Ramai orang nak beli kereta. Terutama sekali yang mahal-mahal. Ramai yang dok berangan kereta Mini Cooper, BMW, Merc, dan macam-macam lagi.

Tapi daripada segi kewangan, bagus ke sebenarnya kereta berjenama ni? Di bawah ini saya kongsikan satu artikel yang ditulis oleh Faizul Ridzuan yang saya percaya boleh membantu anda untuk membuat pilihan dalam membeli kereta baru ataupun tunggu dulu sehingga kewangan anda betul-betul cukup selesa.

Dipersilakan baca…

KERETA – MUSUH KEWANGAN NO.1 & PUNCA UTAMA KENAPA RAMAI ORANG SEMPIT DUIT???

Sambung membaca Kenapa Beli Kereta Buruk Daripada Kereta Mahal