Apa itu Bitcoin dan Bagaimana Untuk Untung Dengannya?

Bitcoin merupakan cryptocurrency (matawang kripto) yang dicipta untuk menyelesaikan masalah orang tengah.

Dengannnya, anda akan menggunakan konsep yang dipanggil sebagai distributed ledger yang bukannya melalui bank pusat seperti wang konvensional tetapi satu hash yang diketahui oleh semua orang.

Ada 2 cara biasa untuk mendapatkannya. Pertama ialah dengan membelinya melalui beberapa tempat pertukaran wang konvensional kepada wang kripto ini.

Kedua ialah dengan menggalinya (mining) dengan komputer.

Hah? Boleh “gali” benda dalam komputer ke?

Yep. Boleh.

Cuba tengok infografik mudah di bawah ni.

Di dalam artikel ini, saya akan menjawab soalan-soalan umum yang orang ramai ada iaitu… Apa itu Bitcoin?

Anda akan tahu bagaimana untuk menggunakannya.

Artikel ini ditulis dalam bentuk Questions and Answers (Q&A). Soalan dan jawapan. Kita mulakan sekarang.

Q: Apa yang menyebabkan orang tertarik dengan cyrptocurrency ini?

Nilai. Nilainya melebihi daripada wang-wang konvensional di luar sana.

Mungkin lebih tepat pada waktu ini ialah persepsi nilai yang orang berikan kepada Bitcoin itu.

Contohnya 1 dolar Amerika bersamaan dengan RM4.55 semasa saya menulis artikel ini.

Tapi pada ketika ini, 1 BTC (Bitcoin) adalah berharga USD1,200. Cuba darabkan berapa banyak harganya di dalam ringgit Malaysia.

Q: Kenapa ramai orang rugi bila melabur di dalamnya?

Ramai orang rugi kerana terdapat ramai “usasawan” yang cuba mengaut keuntungan cepat dengan menjanjikan bahawa nak untung dengan Bitcoin ni mudah. Cuma perlu sertai program yang mereka buat dan orang yang sertai akan mendapat keuntungan.

Kenapa ada skim yang kata nak dapat 1 BTC itu senang nak dapat? Hanya masuk je program dia confirm boleh dapat 1 BTC dengan cepat?

Saya mempunyai rakan yang mempunyai beberapa komputer khusus untuk menggali Bitcoin, tapi nak dapat 1 BTC pun susah. Dah berhari-hari jalankan komputer khas dia tu, baru dapat 0.0000xx je.

Itu pun disebabkan dia early adopter. Orang awal dalam menyedari potensinya.

Seperti yang kita tahu, penyataan tersebut sangatlah tidak benar.

Q: Bagaimana untuk mengelakkan diri daripada rugi dalam pelaburan Bitcoin?

Salah satu cara yang boleh anda lakukan untuk mengelakkan diri daripada rugi dalam Bitcoin ialah:

1. Dengan mengikuti perkembangan dari semasa ke semasa mengenai.

Bila anda tahu perkembangannya, takde lah anda pelik bila nilainya naik. Ataupun turun.

Mungkin ada teknologi baharu untuk membantunya?

Mungkin ada perkembangan standard industri perbankan yang membolehkannya digunakan di kedai biasa.

Anda kena ikut perkembangannya kalau tak nak kena tipu.

2. Aktif mendedahkan diri anda dengan artikel seperti ini yang akan menceritakan kepada anda secara komprehensif apakah itu Bitcoin

Biasa kan dengar pepatah yang cakap, ilmu itu kuasa. Kuasa kepada siapa yang ada ilmu tersebut.

Kalau anda mendalami apa itu blockchainBitcoin, dan cryptocurrency, susah untuk orang tipu anda.

3. … dan bagaimana anda boleh melibatkan diri anda dengannya.

Siapa awal, dia la yang paling untung. Dia boleh kaut sebanyak yang mungkin sebelum orang lain tahu.

Q: Adakah pelaburan ini selamat?

Bagi saya adalah sistem wang yang agnostik. Ia tidak kisah siapa anda, dan bagaimana anda mendapatkannya asalkan anda mempunyai hash yang betul untuk dimasukkan ke dalam lejar tersebut.

Adakah matawang kripto ini hanya datang dan pergi seperti satu hype ataupun ia akan wujud selama-lamanya?

Menarik kan pertanyaan ini? Nampak gayanya macam lama. Tapi ada yang kata ini hanyalah gembar-gembur yang akan tamat nanti.

Jika anda ada apa-apa soalan mengenai apa itu Bitcoin dan cara ia berfungsi, anda boleh tanya di bahagian komen di bawah. (Jika anda masuk ke laman web ini menggunakan Google, anda mungkin akan membaca artikel ini dalam bentuk ringkas. Klik di sini untuk pergi ke blog penuh Kokotiam untuk menulis komen di dalamnya.

Artikel ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Senarai Pelepasan Cukai Pendapatan 2017

Adoi… kenapalah kita kena bayar cukai kan?

Ramai orang mesti fikir sebegitu.

Tapi nak tak nak, walau apa pun pegangan politik anda, cukai adalah sesuatu yang perlu dan tak dapat dielak.

Bak kata Einstein, mati dan cukai je lah dua benda yang takkan berubah dalam dunia ini. Pasti ada.

Jadi, dalam post ni saya nak perincikan senarai pelepasan cukai pendapatan yang boleh anda dapat untuk taksiran tahun 2017 ini.

  
Individu dan saudara tanggunganRM9,000
Individu kelainan upaya (tambahan)RM6,000
Isteri / suami / bayaran alimoni kepada bekas isteriRM3,000
Isteri / suami kelainan upayaRM3,500
Belanja rawatan perubatan, keperluan khas dan penjaga untuk ibu bapaRM5,000
Belanja membeli alat sokongan asas untuk individu kelainan upaya (diri sendiri, pasangan, anak atau ibu bapa)RM6,000
Belanja perubatan penyakit serius atau kronik (termasuk belanja pemeriksaan penuh perubatan terhad kepada RM500 untuk diri sendiri, pasangan atau anak).

  • Kanser

  • Serangan jantung

  • Pulmonary Hypertension

  • Sakit Buah Pinggang Kronik

  • Sakit Hati (Liver) Kronik

  • Fulminant Viral Hepatitis

  • Tumor dan Kecacatan Pembuluh Darah di Otak

  • Melepuh dan Melecur Kebakaran Yang Keterlaluan

  • Pemindahan Organ Utama

  • Sindrom Parkinson

  • HIV & AIDS

  • Pemotongan Kaki / Tangan

  • Kederaan Kepala Akibat Kemalangan

  • Penyakit Kulit Kronik

  • Penyakit Mental

  • Diabetes Mellitus

  • Talasemia Major

  • Rheumatology

  • Leukemia

RM6,000
Yuran pendidikan (sendiri)

  • Kursus yang layak bagi peringkat Sijil / Diploma / Sarjana Muda - Undang-undang, Perakaunan, Kewangan Islam, Teknikal, Vokasional, Industri, Saintifik atau Teknologi

  • Kursus yang layak bagi Peringkat Sarjana / PhD - sebarang bidang atau kursus kajian

  • TIDAK LAYAK bagi yang menerima biasiswa

RM5,000
Belanja pembelian buku, jurnal, majalah atau penerbitan (dalam bentuk hardcopy atau elektronik tetapi tidak termasuk surat khabar atau bahan bacaan terlarangRM1,000
Pembelian komputer peribadi atau individu (dibenarkan 3 tahun sekali)

  • LAYAK untuk komputer meja, komputer riba, notebook dan ultrabook

  • TIDAK LAYAK untuk tablet, telefon pintar, komputer hybrid

RM3,000
Tabungan bersih dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) untuk anak
  • Jumlah simpanan dalam tahun 2015 tolak Jumlah pengeluaran dalam tahun 2015
RM6,000
Pembelian peralatan sukan (jenis sukan seperti di Akta Pembangunan Sukan 1997).


TIDAK LAYAK untuk pembelian pakaian sukan dan kasut sukan
RM300
Faedah pinjaman perumahan

  • Layak pelepasan sehingga RM10,000 setiap tahun asas untuk 3 tahun berturut-turut bermula dari tarikh faedah mula dibayar

  • Syarat kelayakan:


    1. Pemastautin warganegara Malaysia

    2. Pembelian rumah kediaman terhad kepada satu unit sahaja dan tidak disewakan

    3. Perjanjian jual beli ditandatangani dalam tempoh 10.03.2009 - 31.12.2010


RM10,000
Pelepasan anak

  • a) Bawah 18 tahun

  • 18 tahun dan ke atas:


    1. b) Bersekolah

    2. c) Belajar di Institusi Pengajian Tinggi

    3. d) Anak kelainan upaya

    4. e) Anak kelainan upaya yang belajar di Institusi Pengajian Tinggi


a) RM1,000
b) RM1,000
c) RM6,000
d) RM6,000
e) RM12,000
KWSP dan Insurans Nyawa (diri sendiri dan pasangan)RM6,000
Skim persaraan swasta dan anuiti tertunda yang diluluskan oleh Suruhanjaya SekuritiRM3,000
Insurans perubatan dan pendidikan (diri sendiri, pasangan dan anak)RM3,000
Pelepasan khas
  • Layak diberikan jika pendapatan agregat tidak melebihi RM96,000 dan terhad kepada pendapatan bercukai
RM2,000

Ada 18 semuanya. Ini berdasarkan taksiran tahun 2016. Untuk 2017, ada lagi sedikit tambahan.

Dalam Bajet 2017, Perdana Menteri ada cerita pasal pelepasan cukai gaya hidup meliputi pembelian akhbar arus perdana, telefon pintar dan tablet, langgan internet dan bayaran keahlian gimnasium.

Pelepasan ini diberi sehingga RM2,500 dan bermula pada tahun taksiran 2017.

Ada apa-apa lagi pelepasan yang saya tinggal? Boleh kongsikan di sini!

Skim Cepat Kaya: Adakah Anda Dah Tertipu?

Macam semua orang yang gunakan emel, saya terima banyak spam setiap hari. Kebanyakannya menawarkan untuk menolong saya keluar daripada hutang ataupun jadi kaya cepat. Memang lawaklah kalau tak menarik. – Bill Gates

Ramai betul orang bertanya mengenai skim cepat kaya di dalam emel saya.

Mereka bertanyakan sama ada program bernama Z tu betul ke?

Atau program tu bagus ke?

Ada yang bertanya sama ada dah tertipu ke?

Program ni masuk dalam senarai BNM ke?

Kalau program C tak masuk dalam senarai Bank Negara Malaysia, bagus ke?

Macam-macam soalan yang orang tanya mengenai program itu ini. Tapi ya lah, program yang mereka tanya tu program yang banyak pakai duit.

Ramai orang tak nak tertipu.

Tu yang orang emel atau komen nak tahu tu.

Jadi, jom kita bercerita tentang skim cepat kaya hari ni.

Apa sebenarnya benda alah ni? Selamat ke tak nak masuk program-program ni?

Atau nanti merana tak bermakna lepas kena tipu?

Maksud skim cepat kaya menurut Wikipedia ialah:

Skim cepat kaya merupakan satu skim di mana sejumlah wang akan didepositkan atau dilaburkan kepada penganjur skim cepat kaya dangan janji dan syarat bahawa wang deposit tersebut akan dipulangkan kembali dengan faedah atau keuntungan yang dijanjikan bagi wang yang didepositkan selalunya lebih tinggi daripada apa yang ditawarkan oleh institusi-institusi kewangan berlesen.

Janji yang selalu digunakan oleh program sebegini ialah: faedah yang jauh lagi tinggi daripada institusi kewangan berlesen.

Tapi kadang-kadang, ada program yang faedahnya tak jauh sangat dengan institusi kewangan berlesen tapi dia saja je macam tu supaya anda tak tertipu.

Macam bom masa yang menunggu untuk meletup sahaja.

Semua manfaat itu sebenarnya adalah buah-buah yang ditawarkan oleh skim cepat kaya. Buah yang sedap di makan, tapi tak semestinya tak beracun.

Entah-entah tak sampai setahun, dah mati dimakan oleh program tersebut.

Umpan, kata orang lama.

Supaya anda makan umpan tu dan anda pula yang akan menarik orang lain untuk masuk sekali.

Jadi…

Apa ciri-ciri skim cepat kaya ni?

Jom kita tengok satu demi satu apa yang ada dalam skim ni.

Membayangkan yang anda akan kaya dalam masa berbulan ataupun dalam jangka masa pendek

“Ya, kalau masuk program ini, anda boleh dapat pulangan dalam masa yang sekejap!”

Ini yang orang selalu cakap bila nak anda masuk program tu.

Dapat duit masyuk kata orang.

Akan memberitahu bakal mangsa yang jalan untuk berjaya ialah dengan mengikuti formula yang orang lain tak tahu

Dikatakan program-program ini mempunyai sesuatu teknik atau cara atau algoritma yang mampu menyebabkan mereka mendapat keuntungan yang tinggi dalam masa yang singkat.

Program ini biasanya menggunakan emas, perak, logam-logam berharga, ataupun teknologi yang baharu seperti Bitcoin untuk menjual formula mereka.

Ada yang menggabungkan logam berharga dengan teknologi menunjukkan ia sesuatu yang akan meletup di pasaran nanti.

Ada juga gunakan rumah atau hartanah sebagai “asas”.

Boleh nampak di banyak laman web!

Ya, mereka akan menyatakan bahawa mereka berada di beberapa laman web. Maksudnya macam diorang ni adalah legit. Tengok, produk kami ada di merata-rata tempat!

Bila depan mata, mereka akan cuba tekan

Cepat! Masuk cepat! Ramai orang masuk ni. Kalau tak, tak dapat masuk

Orang yang menjual skim ni akan menggunakan taktik menekan bakal mangsa untuk mendaftar secepat yang mungkin dengan menyatakan hanya beberapa tempat yang tinggal ataupun hanya ada masa tu sahaja.

Akan ada macam-macam testimonial daripada orang sebelumnya.

Ni wajib. Macam-macam nama orang yang sertai program ni dia sebut. Berapa banyak dah dapat.Wow. Hebatnya skim ni.

Kalau tak masuk, memang rugi lah.

Cuba tengok Pak Ali. Dah dapat RM4,000 dah. Baru je masuk. Tengok Pak Abu. Dia dah nak beli kereta baru dah lepas masuk skim ni.

Abang dan kakak kena cepat masuk program ni!

Kenapa jangan masuk skim cepat kaya?

Kan bagus kalau dapat jadi kaya?

Macam-macam manfaat kalau masuk.

Sedangkan, kalau tak masuk, tak dapat apa-apa.

Apadahal, sikit je.

5 ribu je. Nanti dapatlah 25 ribu. Banyak tu. 5 kali ganda.

Tak payah penat-penat, setiap bulan dapat duit. Dalam setahun, pulangan bukannya 10% tapi lebih daripada tu.

Boleh berterusan ke?

Perkara paling penting DALAM APA-APA PERNIAGAAN ialah kemampuan untuk berterusan.

Adakah asas perniagaan itu kukuh? Macam mana dengan penyata untung rugi dia? Bagus ke tak?

Produk yang dijual tu ada permintaan tak? Ataupun dia hanya jual penyertaan ke dalam program tu je?

Boleh berterusan ke benda macam ni? Mula-mula mungkin dapat.

Tapi berapa lama?

5 bulan? 6 bulan? Tengok-tengok sekejap sahaja.

Lepas tu kalau dah tak ramai orang masuk program, duit mula lambat nak masuk?

Lepas tu langsung tak nampak.

“Weh, mana duit?”

Lepas tu anda tanya orang tu.

Mestilah dia cakap macam-macam alasan.

Tapi pendek cerita rupanya satu je:

ANDA TERTIPU.

Jangan biarkan diri anda tertipu. Nak senang tu macam-macam cara, tapi bukan dengan skim cepat kaya.

Skim cepat kaya akan merugikan anda pada akhirnya.

Biasanya skim cepat kaya ini menggunakan skim ponzi. Apa tu? Jom tengok Wikipedia lagi.

Skim Ponzi adalah operasi pelaburan penipuan yang membabitkan pulangan (keuntungan) yang luar biasa besarnya kepada pelabur dari wang yang dibayar oleh pelabur berikutnya, dan bukannya dari pendapatan bersih yang dihasilkan dari sebarang business sebenar, yang dinamakan sempena Charles Ponzi. Sistem penipuan ini merupakan sistem yang dipakai oleh majoriti skim cepat kaya. Sifat semulajadi Sistem Ponzi, ia tidak akan kekal lama dan cuma menunggu masa untuk si penipu melarikan wang mangsa-mangsa yang tertipu.

Kebanyakan program yang anda nampak dan orang cuba pancing anda dengan cara begini.

Dah faham bagaimana skim cepat kaya beroperasi?

Saya ulang balik: jangan tertipu!

Ada banyak cara lagi nak buat duit atau cari duit.

Skim-skim semua ni bukanlah salah satu daripada caranya.

Kalau anda ada pengalaman mengenai skim cepat kaya, anda boleh tulis komen di bawah untuk berkongsi dengan semua pembaca Kokotiam.

 

Photo by ~ezs

20 Kata-kata Warren Buffett Mengenai Pelaburan

Banyak benda yang boleh kita belajar daripada Warren Buffett. Dalam post ni saya kongsikan beberapa kata pujangga daripada beliau. Semuanya saya alih bahasa ke bahasa Malaysia.

1) Dua Peraturan dalam Pelaburan untuk Warren…

“Peraturan No. 1: Jangan rugi. Peraturan No. 2: jangan lupa peraturan No. 1.

2) Pasaran Boleh Letak Harga Yang Salah

“Harga ialah apa yang awak bayar. Nilai ialah apa yang awak dapat.”

3) Pulangan Tinggi Dengan Risiko Rendah Ialah Kuncinya

“Risiko Datang dengan Tidak Mengetahui Apa Yang Anda Buat.”

4) Kelilingi Dengan Orang Yang Betul

“Lagi bagus kalau kita bersama dengan orang yang lagi baik daripada awak Pilih kawan yang perangainya lebih baik daripada awak dan awak akan bergerak ke arah tu juga.

5) Senang Untuk Lihat Ke Belakang Daripada Lihat Ke Masa Hadapan

“Dalam dunia bisnes, cermin belakang lagi jelas daripada cermin depan.”

6) Beli Syarikat Yang Bagus-Bagus

“Lagi bagus kalau beli syarikat yang bagus-bagus pada harga berpatutan, daripada syarikat berpatutan pada harga yang bagus-bagus.”

7) Imej dan Reputasi

“Ambil masa 20 tahun nak bina reputasi dan 5 minit untuk jahanamkannya. Kalau awak fikir betul-betul, cara awak buat kerja akan jadi lain.”

8) Memang OK Untuk Ada Impian Yang Besar

“Saya sentiasa tahu yang saya akan jadi kaya. Saya tak pernah sangsi walau seminit pun.”

9) Labur Untuk Jangka Masa Panjang

“Hanya beli sesuatu yang awak betul-betul gembira nak pegang kalau pasaran tutup selama 10 tahun.”

10) Beli Sesuatu Tu Untuk Awak Pegang Selama-lamanya

“Waktu pegang yang kami gemar ialah selama-lamanya.”

11) Orang Buat Pelaburan Lebih Sukar Daripada Sepatutnya

“Sekolah perniagaan memberi ganjaran kepada tingkah laku yang kompleks daripada tingkah laku yang mudah, tapi yang mudah tu lah yang lebih efektif.”

12) Tak Buat Apa-apa Biasanya Benda Yang Betul Untuk Dibuat

“Awak buat sesuatu bila peluang datang. Saya ada masa dalam hidup saya di mana saya ada macam-macam idea yang datang, dan kadang-kadang lama betul takde idea. Tapi bila saya dapat idea minggu depan, saya akan buat sesuatu. Kalau tak, saya tak buat apa-apa.

13) Mencari Kejujuran Dalam Orang Lain

“Kejujuran ialah hadiah yang sangat mahal. Jangan harapkannya daripada orang yang murah.”

14) Hargai Dari Mana Anda Datang

“Seseorang duduk di bawah shade hari ini kerana seseorang dah menanam pokok lama dulu.”

15) Bagi Balik Kepada Masyarakat

“Kalau awak salah seorang manusia 1% yang paling bernasib baik, awak terhutang budi pada seluruh manusia untuk fikirkan untuk yang 99%.”

16) Jangan Buat Pelaburan Itu Sesuatu Yang Sukar

“Nampak macam ada satu karakteristik pelik manusia yang suka membuat benda senang menjadi susah.”

17) Buat Ramalan Awak Sendiri

“Macam-macam perkara yang awak boleh tahu mengenai peramal tu sendiri; mereka tak beritahu tentang masa hadapan”

18) Selalunya Lagi Bagus Kalau Cakap “Tak Nak”

“Beza orang berjaya dan yang betul-betul berjaya ialah yang betul-betul berjaya selalunya cakap tak nak pada hampir semuanya.”

19) Buat Apa Yang Awak Suka

“Dalam dunia bisnes, orang yang paling berjaya ialah orang yang buat apa yang mereka suka.”

20) Tindakan vs Hasil

“Awak tahu… awak dapat hasil yang sama bila awak buat benda yang sama sahaja.”

Photo by thetaxhaven