Secawan Koko Kehidupan

Senarai Kad Kredit Terbaik 2017 di Malaysia

48

Kad kredit ialah pedang bermata dua.

Ia boleh membantu anda semasa susah, dan juga menyusahkan anda sampai anda betul-betul susah.

Untuk mereka yang betul-betul memerlukannya, ia boleh membantu untuk membayar bil ketika tidak ada wang. Itulah gunanya kad ini. Yang penting ialah orang yang menggunakan kad iniย tahu menguruskan kewangannya sendiri.

Apa Manfaatnya?

Setiap kad dicipta berbeza. Tetapi secara umumnya, anda boleh melihat tawaran setiap syarikat kewangan menawarkan salah satu ataupun beberapa manfaat ini di dalam tawaran mereka:

1. Wang kembali (cashback)
2. Wang kembali petrol (petrol cashback)
3. Manfaat perjalanan
4. Mata ganjaran
5. Bonus pendaftaran
6. Kerjasama dengan peniaga (sebagai contoh Parkson, Aeon, dll.)

Kad Kredit Terbaik di Malaysia Tahun 2016

Apa sebenarnya kad kredit yang terbaik yang boleh dipohon pada tahun ini?

Setiap institusi kewangan yang menawarkan kad kredit mempunyai keperluan asas yang berlainan. Yang biasanya mereka memerlukan anda mempunyai pendapatan tahunan melebihi daripada RM24,000 setahun.

Di bawah ini saya senaraikan manfaat-manfaat setiap kad dan anda boleh bandingkan setiap kad dan pilih satu yang anda mahukan.

kad-kredit

Nama KadKadar FaedahPemindahan BakiCashbackBayaran Tahunan
Maybankard MasterCard Classic15%0%tiadaRM60
CIMB Gold MasterCard15%5.99%tiadaPercuma
Affinbank Visa Classic9.99%0%0.8%Percuma
AmIslamic Bank Al-taslif MasterCard Classic Card-iIslamic4.99%tiadaPercuma
Hong Leong Mach Visa15%tiada10%Percuma

Nak Pilih Kad Kredit Mana Satu?

Ada yang tengok bayaran tahunan. Ada yang tengok cashback. Saya tengok cashback sebab lagi banyak Cashback, lagi banyak boleh dapat balik duit dan mungkin guna untuk simpanan ataupun sebagai duit minyak.

Kad kredit yang saya senaraikan di atas ini adalah senarai untuk orang pertama kali gunakan kad kredit. Banyak lagi sebenarnya kad-kad yang ditawarkan di luar sana. Sebagai contoh, kad kredit dengan manfaat cashback paling menarik yang saya tengok ialah

Citibank Cash Back Platinum

Kadar Faedah 8.88%
Pemindahan Baki 0%
Cashback 5%
Bayaran Tahunan RM195

Kad Citibank Cash Back Platinum hanya untuk mereka yang mempunyai pendapatan RM5 ribu ke atas sahaja. Untuk mereka yang pendapatan kurang daripada itu dinasihatkan untuk menggunakan salah satu kad kredit yang saya senaraikan sebelum itu.

Apa keperluan spesifik anda? Apa yang anda mahukan di dalam kad itu? Boleh tulis di komen di bawah.

Ingat: ianya pedang bermata dua. Sama ada anda menjadi tuan kepada kad itu, ataupun kad itu akan menghantui anda…

Photo by matrianklw

48 Comments
  1. farah zzarah says

    saya tak faham langsung pasal kad kredit.makin banyak saya baca makin terbelit lak.saya tak penah memiliki kad kredit sebab rasa tak perlu sehinggalah tahun lepas baru teringin.bila cari kefahaman langsung tak boleh faham sampai tak tahu nak buat apa.saya jenis berhabis duit untuk loan2 peribadi (akibat bisnes tak menjadi) dan makan (nak makan sedap aje kat area cyberjaya).shopping lak jarang skali.kad mana yg sesuai dgn saya?saya taknak bayar yuran tahunan.

    1. Abdul Rahman says

      Kalau saya, saya akan pilih kad yang ditawarkan Citibank dulu. Tengok dah capai tak requirement. Tapi make sure pandai urus nafsu sendiri! Mana tau kot-kot terlajak pakai kad ke… ๐Ÿ™‚

  2. Rais says

    Saya suka guna kad kredit untuk:

    1. Pinjaman taanpa faedah selama 2 bulan
    2. Poin bonus
    3. Penyata bulanan yang mencatat rekod perbelanjaan dan memudahkan semakan

    Namun begitu, saya akan pastikan membayar kesemua jumlah hutang yang saya buat dengan kad kredit. ^_^

    RFS
    http://mudahsimpanduit.blogspot.com

  3. nia says

    Saya student tapi nk bt kad kredit..yg mna sesuai?

    1. Abdul Rahman says

      First benda yang kami perlu tahu ialah… apa pelan cik bila dah dapat kad ni? Untuk manfaat kad ataupun untuk menampung perbelanjaan bulanan?

      1. NORHAYATI BINTI ABDU WAHAB says

        Slm..maaf saya nak tanye..macam mane nk apply kad kredit..

        1. SAMZARINA says

          Awak tinggal di mana ?

  4. Ruby says

    Saya merancang menjalankan perniagaan PA System. Disebabkan modal yang agak besar (dalam 5k), kami memerlukan kad kredit untuk urusan belian barang2.
    Plannya, beli guna kad kredit. Untung dari perkhidmatan, kami akan gn untuk bayar balik hutang kad tersebut.
    Kiranya kad ni, hanya untung business saje, bukan untuk kegunaan peribadi.
    Agak2 yang mana lebih sesuai untuk kami yek? Tq

  5. En. MIe says

    Hi All,

    Kredit kad mesti ada finance charge dia tiap2 bulan, depend on credit limit. Admin x nak sebut kah?

    1. Abdul Rahman says

      Yep… Betul-betul. Thanks kerana ingatkan! ๐Ÿ™‚

  6. Ramadas Ayasamy says

    Salam sejahtera,
    Untuk makluman tuan, saya ingin memohon untuk mendapatkan kad kredit yang paling fleksibel serta tidak membebankan. Tujuan saya adalah untuk digunakan semasa menempah hotel, penerbangan, mengisi petrol dan bukannya untuk membeli belah.
    Bolehkah tuan mencadangkan yang terbaik untuk saya.
    Terima kasih.

    1. 'Hijab Sang Ratu' says

      Saya pun sama.. Baru NAK bertanya, alhamdulillah dh ada yg tolong tanyakan.. TQ ye.

  7. ramli bin bujang says

    Saya mmg penguna aktif selalu shopping,bercuti dlm negeri,beli brg2 eletronik,beli power tool.. berbaloi..hutng kredit tk pernah membeban saya..berbelanja kena sesuai dgn kemampuan..kad kredit mmng bnyak membantu..ikutkn gaji bersih rm 3000 ja sbln..hutang still on..tapi gaji sebulan dah boleh settle..

  8. Qeddy says

    pemindahan baki tu mcm mana?

  9. Liyana says

    Hi tuan rumah, saya plan nak apply cc. Expenses saya more kepada petrol, touch n go, toiletries (watsons) and a lil bit shopping/ groceries hehe. Saya cari yg free annual fee and max cash rebate. Agak2 mana yg sesuai? Oh ya, finance charge berdasarkan credit limit tu macam mana?

    Hihi sorry, first timer :p

    1. Fiza says

      Touch n go byar cash, x ley guna cc, apply cimb cash rebate platinum la. Groceries, petrol rebate 2%, bil fon and astro ade rebate jugak. Yuran free

    2. Fiza says

      Tambahan…. shopping di lazada, zalora or online shopping 5% rebate. Kalau buat instalment 0% interest untk barang2 electric seperti di giant, aeon.

  10. hatini says

    kad kredit Islamic dari bank mana yang terbaik?

  11. Ela says

    Sy pkai cc cimb cash rebate platinum.. hanya untuk bayar bill ofis… lepas dapat claim, saya terus bayar cc… bulan2 dapat rebate..

    1. azuan awang says

      Sy bru dapat offer pakai kad cdt ni…best ke cimb islamic platinum ni?..ape istimewanya?….sy masih tpikir mahu guna atau tidak…

    2. Nurul Atiqa says

      Hi boleh tlg explain ttg ni dgn lebih lanjut?

  12. Nurul Atiqa says

    Saya kerja bahagian marketing. Jadi saya merancang utk dptkan cc bagi perbelanjaan semasa bg urusan kerja.

    Boleh advise mana 1 pilihan terbaik?

    Agak tertarik dengan cash rebate. Boleh explain lebih lanjut & beri contoh?

    Terima kasih

    1. Abdul Rahman says

      Maaf lambat reply, sekarang ni baik saudari cari kad kredit yang paling banyak tawaran cash rebate terutama sekali di kedai-kedai makan sebab confirm cik akan banyak ke kedai makan dengan prospek kan? So better ambil kad kredit yang menawarkan rebate paling banyak.

      Jimat duit makan.

      Or another pilihan is, cari kad yang paling banyak tawarkan rebate setiap kali isi minyak.

  13. SueIbrahim says

    Kalau saya akan pilih Maybank Islamic PETRONAS Ikhwan Visa Gold Card-i sekiranya nak kumpul 8x TreatsPoints on weekend and 5x TreatsPoints on weekdays. CC ni adalah untuk tebus mata ganjaran. selain tu akan dpt point bila berbelanja sekali.

    Mohon komen andai saya salah.

  14. Gadis kampung ke desa says

    Salam,
    Sy baru saja dpt kad kredit cimb platinium. Sy langsung x tahu guna. Org bank call sy suruh dafta bagai. Sy ckp x nk tp die suruh jugak. Katanya blm tentu berjaya. Now da berjaya dan sy x tahu nak guna. Almaklum la gadis kampung yg naif. Rase malas jek nk active kan tp incase mcm perlukan. Klo nak booked hotel or etc… Bagai mana ya? Ok ke kad kredit cimb nh ya??

    1. Abdul Rahman says

      apa-apa kad pun OK… cuma kena pastikan guna betul-betul kad tu. Jangan membazir. Serius. Selalu orang baru dapat kredit kad rasa bebas betul, sampailah bila dah asyik spend spend sampai lah dekat nak limit… masa tu baru terduduk tengok bil kad tu. So berhati-hati ya!

      (One way kalau nak selamat dan senang hati ialah bayar balik lepas pakai kad tu)

  15. Akhi says

    Saya lebih nk beli barangan dgn installment 0% interest. Tu je aim sy smpi la ni. Jd, kad mana yg majoriti mendapat kelebihan ni? CC Maybank ke? CIMB?

    1. Abdul Rahman says

      Maybank should be a good choice. Ada plan Ezy Pay dengan Maybank. ๐Ÿ™‚

  16. Emma says

    Saya bru plan nak apply credit card utk memudahkan saya utk beli flight ticket n penempahan hotel.. credit card mna yg sesuai? Terima kasih atas bantuan.. klau bole xnak yg interest tggi sgt…

    1. Abdul Rahman says

      Apa-apa kad yang menawarkan cashback rasanya boleh memenuhi kriteria Emmy.

  17. linda says

    aper maksud cash back n pindahan baki tu….sy budak baru belajar..mekaseh untuk info…

  18. syeera says

    Salam tuan blog. Saya bercadang hendak mengambil package installment telco di Malaysia. Akan tetapi, telco tersebut memerlukan kad kredit untuk membuat pembayaran installment tersebut. Boleh tuan suggest kepada saya kad kredit mana yang terbaik untuk package installment sahaja?? Terima kasih.

    1. Abdul Rahman says

      Hmm. Make sure betul-betul sama ada instalment tersebut dibuat bagaimana.

      Adakah instalment tersebut bermakna kad kredit ditolak nilainya lump sum ataupun ditolak setiap bulan?

      Maybank seperti mempunyai fasiliti pembayaran balik di lebih banyak kedai berbanding kad lain.

      1. syeera says

        Installment kad kredit ditolak setiap bulan. Sebagai contoh, harga barang RM 3k, tapi bayar tiap-tiap bulan RM150 & bayar menggunakan kad kredit, bayar selama 36 bulan.

        Macam mana ya pilihan untuk membuat kad kredit dengan condition saya bagi tu?

        1. Abdul Rahman says

          Daripada apa yang saya nampak sekarang (tolong betulkan saya kalau saya salah), opsyen paling senang ialah Maybank kerana Maybank mempunyai pilihan Maybank Ezy Pay

          http://www.maybank2u.com.my/mbb_info/m2u/public/personalDetail04.do?channelId=CRD-Cards&cntTypeId=0&cntKey=CRD01.16.01&programId=CRD01.16-CCFeatures&chCatId=/mbb/Personal/CRD-Cards

          Tapi personal opinion saya ialah, lebih baik beli telefon tanpa kontrak. Kurang komitmen bulanan. Kurang komitmen bulanan = kurang pening kepala.

          Sebagai contoh, membeli telefon yang berharga tidak sampai 3k. Mungkin yang 1k sahaja sudah memadai. Xiaomi Mi Max dan Mi Note 3 sebagai contoh, berharga RM700-1000 dan kualitinya agak bagus.

          Kalau nak lagi murah pun boleh, boleh dapatkan Redmi 3S pada harga yang lebih murah. Boleh tengok Mi Max dekat link di bawah:

          http://ho.lazada.com.my/SHKQBO

          (Penafian/Disclaimer: Atas tu affiliate link, kalau saudari beli, saya dapat komisyen sikit)

  19. nazirah says

    As salam tuan. Boleh minta pendapat kad kredit mana yang paling sesuai untuk penggunaan seperti mengisi petrol, membuat tempahan hotel/ tiket penerbangan?

  20. AMIRAH says

    hye tuan, saya nak tanye perlu ke saya ambil kad kredit sekiranya kad kredit digunakan hanya utk pembayaran utk m’dapatkan rebate.selepas guna kad krdit terus trfer semula jumlah wang yg digunakan mggunakan kad debit .

  21. hafiz says

    kad mana yg sesuai utk mereka yg pertama kali apply dan nama tiada komitment di mana mana bank. saya pernah cuba apply kad kredit maybank 2 card tetapi tidak berjaya disebabkan nama saya tiada komitment di mana mana bank dgn maksud tidak pernah buat apa apa rekod loan dgn mana mana bank sblm ni.

  22. Mieeza says

    Boleh tanya tak., apa pandangan mengenai AEON CRDT CARD?.
    adakan sama shj seperti crdt card yang lain juga ..,cth interest bulan dia @ ada apa2 perbezaan ke?

    1. Shaziefa says

      AEON CREDIT CARD sama je dengan bank lain ade kelebihan tersendri, klau u selalu shopping di aeon jusco, better apply aeon jusco credit card combine dengan member card jusco so pkai 1 kad saja, dpat double point, every 20 haribulan stiap bulan dapat 5% rebate, kalau u selalu shopping di aeonbig better apply aeonbig credit card dapat double point, stiap 28 haribulan dapat 5% rebate, 5% rebate petrol every sunday, 2% online spending, 5% rebate paywave.. gaji 3k & above bley apply gold card di mana akn dapat free lounge access di KLIA selama 6 kali dlm satu 1..

  23. helmi says

    setakat ni pembelian lazada,flight,agoda,bil sume guna debit card … soalan apa kelebihan kalau sume tu sy bayar dgn credit card berbanding debit card ๐Ÿ˜€

  24. Anas says

    Assalamualaikum tuan .Saya pertama kali ingin mengunakan kad kredit tapi saya takut akan menjadi beban pada saya sebabnya saya ingin mengunakan hanyalah 2200 je apa perlu saya buat….???

  25. yana says

    Salam tuan,

    mohon nasihat. Saya cuba apply personal loan dgn ambank kerana intersnya agak rendah antara 8-9%(tujuan membeli motosikal) tetapi tidak mudah utk mendapat kelulusan penuh. So diorang ada bg cadangan utk apply cc. So, disini boleh tak sy cash out cc secara tunai. ada terbaca cash advance ke apa. kiranya cc tu utk sx pkai sahaja. xnk swipe nt interest tinggi. belum pernah guna cc xde pengalaman penggunaanya. sekian

  26. dahlia says

    Assalammualaikum,saya nak tanya kalau nak ambil cash dari kad kredit macam mana.Adakah baik utk kita atau tak.Saya nak guna cash,buat loan tak lepas jadi apa cadangan tuan

    1. Abdul Rahman says

      Saya tak rekomen untuk ambil cash dari card credit sebab faedah kad kredit yang tinggi. Kalau terpaksa tu lain cerita lah… tapi itu pun sebagai jalan terakhir…

  27. fahin says

    Salam,

    Sy nak guna cashback around 6k. sy plan untuk apply cc. boleh cadangkan kad kredit mana yg ok? then sy dapat tahu alliance ada offer cash back..then interest 4.99%. bayaran selama 24bulan. boleh encik bagi pandangan tentang ini? terima kasih…

    1. Abdul Rahman says

      Maksud nak guna cashback 6k? ke nak pakai cash advance dalam 6k?

  28. Amirul says

    salam. saya sudah ada kad kredit konvesional. tetapi sy bercadang untuk tukar ke kad kredit berlandaskan syariah. ciri-ciri yg sy perlukan adalah cashback, petrol dan tiada yuran tahunan. ada sebarang cadangan dari pihak tuan/puan?

Leave A Reply

Your email address will not be published.