Secawan Koko Kehidupan

Islam dan Sains

0

Adakah Islam anti-Sains?

Kalau kita tengok langit, apa yang kita nampak? Kita nampak bulan, bintang. Itu di waktu malam. Di waktu siang, kita akan nampak matahari, langit yang berwarna biru, awan-awan yang bergerak perlahan dan pelbagai bentuk kehidupan yang bertebaran di muka bumi ini.

islam-dan-sains

Berapa banyak sebenarnya kita tahu tentang semua itu?

Kita tahu malam berlaku apabila kawasan kita tidak menerima cahaya matahari. Dan bumi berputar pada orbitnya mengelilingi matahari.

 

Dan Dia lah (Tuhan) yang telah menjadikan malam dan siang, serta matahari dan bulan; tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edaran masing-masing (di angkasa lepas).

Qur’an 21:33

Berapa banyak perkara yang masih kita tidak tahu?

Kalau ada peratusan, berapa peratusan yang kita tahu mengenai alam ini? 0.00001%? Lebih sedikit daripada itu? Ataupun lagi banyak daripada itu?

Ni satu soalan untuk anda:

Adakah galaksi bergerak semakin jauh dari kita ataupun ruang di antara galaksi semakin besar di antaranya?

Itu adalah salah satu soalan yang sedang dipersoalkan. Ramai pembaca tak tahu pun apa yang saya maksudkan di atas.

Banyak soalan sebenarnya masih lagi belum dirungkai jawapannya. Dunia ini penuh dengan persoalan, rahsia, hukum dan undang-undang alam.

Ingat apa yang Allah cerita di dalam Al-Qur’an?

 

Dan sekiranya segala pohon yang ada di bumi menjadi pena, dan segala lautan (menjadi tinta), dengan dibantu kepadanya tujuh lautan lagi sesudah itu, nescaya tidak akan habis Kalimah-kalimah Allah itu ditulis. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

Qur’an 31:27

IlmuNya sangat luas. Dan tugas kita ialah cuba mengenaiNya dengan lebih memberi perhatian kepada hukum-hukum alam yang dibuat olehNya. Apa gunanya kita cakap kita cintakan Allah dan NabiNya kalau kita tak tahu pun hukum-hukum yang mentadbir alam ini?

Undang-undang Hubble?

Bagaimana dengn graviti?

Bagaimana dengan teori relativiti?

Terlalu banyak perkara yang perlu kita pelajari. Rugilah kita kalau kita tidak menggunakan masa lapang kita untuk belajar mengenal alam ini.

Mungkin satu hari nanti kita akan lihat lebih banyak saintis orang Islam. Orang yang kita gelar sebagai Muslim. Yang bangga dengan alam ini dan mencari sebab musabab kenapa alam ini sebegini dan hukum-hukumnya.

Kita perlu lebih banyak orang Islam yang melaburkan masanya untuk mencari ilmu dunia.

Kita boleh buat lebih baik daripada ini.

Semoga impian kecil saya akan tercapai satu hari nanti.

Leave A Reply

Your email address will not be published.