Bagaimana Untuk Mendidik Anak?

Anak nakal?

Susah nak dengar cakap?

Malas nak belajar?

Macam mana ni?

Apa cara mendidik anak yang sesuai untuk budak-budak ni?

Mendidik anak adalah satu tugas yang sangat berat. Apa yang anda sebagai ibu atau bapa akan memberi kesan kepadanya selama-lamanya.

Kalau anda tersilap langkah dalam didikan… mustahil untuk anda mengundur kembali masa dan mengelakkan kesilapan itu daripada berlaku.

Cara mendidik anak yang betul amat penting untuk memastikan mereka mempunyai karakter untuk menghadapi harapan dan tekanan masa hadapan.

Apa Fokus Utama Anda Dalam Mendidik?

Apa yang anda sebagai ibu bapa fokuskan apabila mendidik?

Cuba fikirkan… apa yang anda mahukan daripada anak anda?

Ini persoalan yang perlu anda jawab kepada diri anda sendiri.

Adakah apa yang anda mahukan itu selari dengan kecenderungan anak?

Setiap kanak-kanak mempunyai kecenderungan yang berbeza. Ada yang suka ke sana ke mari, ada yang suka duduk diam, dan ada yang sentiasa pot pet bercakap tak berhenti-henti.

Apa fokus anda sebenarnya semasa mendidik anak?

Kerana…

Cara Mendidik Anak Bergantung Kepada Fokus Itu.

Pada pendapat saya, ibu bapa yang fokus untuk memaksimakan kebolehan anak boleh ke hadapan.

Setiap kanak-kanak mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi — cuba gunakan sifat ingin tahu mereka untuk mengajar mereka tentang nilai-nilai hidup seperti rajin, menghormati orang lain, berfikir positif, dan cuba membuatkan mereka pandai bermimpi.

Ada satu video menarik di YouTube yang berkongsikan kunci kejayaan dalam kalangan kanak-kanak:

Apa itu Grit? Apabila dialih bahasa, ia bermaksud ketabahan. Cara anda mendidik anak  harus memastikan dia mempunyai ketabahan. Anak yang tabah menghadapi cabaran hidup akan lebih berjaya.

Ini membawa saya ke poin seterusnya iaitu…

Cara Pembelajaran Anak Anda.

Adakah anda terlalu memaksa anak menghafal sesuatu?

Cuba anda ubah sedikit cara tu.

Fokus kepada “cuba fikir”.

Supaya anak anda dapat berfikir dan sampai ke jawapannya dengan sendiri. Anda tidak perlu menyuapkan segala fakta ke dalam otak anak anda.

Ini memberikan fokus kepada pendidikan anak anda. Ramai ibu bapa sangat memberi perhatian kepada gred anak sehingga menyebabkan mereka sanggup melakukan apa sahaja asalkan anak tersebut berjaya mendapatkan gred yang bagus.

Kalau ikut kes UPSR bocor, ada yang sanggup membelikan anak mereka skema jawapan itu semata-mata nak anak dapat 5A dalam peperiksaan.

Malangnya semua itu hanya mengajar anak nilai yang salah.

Daripada buat semua tu, kenapa tak cuba menggalakkan anak betul-betul faham sesuatu itu? Cuba faham mengenai sesuatu fakta. Sebagai contoh, untuk sejarah. cuba pergi satu demi satu kenapa perjanjian itu dibuat. Apa poin-poin dalam perjanjian itu.

Cuba bermain dengan anak mengenai poin-poin dalam sesuatu perjanjian itu dan implikasinya. Anak senang ingat dan dia faham apa yang berlaku. Ajar anak berfikir.

Bila dia faham, dia dapat mengembangkan pemahamannya… dan dia lebih faham dalam pelbagai perkara di dalam hidup.

Mengalakkan Anak Melakukan Kesalahan

Cuba galakkan anak untuk jangan jadi “perfectionist”. Jangan galakkan anak takut salah. Bila dia terlalu jadi sempurna, dia akan tersungkur apabila dia tidak dapat menjadi apa yang dia mahukan tu.

Cuba ajar anak untuk buat lebih.

Buat dan buat.

Itu yang penting. Salah jawab? Tidak mengapa. Jawab lagi, dan lagi. Bila dia berjaya, puji dia.

TAPI…

Elakkan Diri Daripada Berkata Anak Anda Bijak Tetapi Pujinya Rajin

Cara mendidik anak perlu betul. Puji pun salah satu caranya. Bila puji tu cuba elakkan anak daripada cakap dia bijak pandai. Salman Khan, pengasas Khan Academy memberikan sebabnya.

Memuji proses seseorang (“Saya betul-betul suka cara anda selesaikan masalah tu”) ialah satu cara untuk mengukuhkan cara pemikiran “membina” (growth mindset) berbanding memuji sesuatu ciri dalaman ataupun bakat (“Anda ni pandai betul!”). Puji proses mengakui usahanya, puji bakat akan mengukuhkan tanggapan dia berjaya (atau tidak) adalah berdasarkan sifat yang tetap.

Dialih bahasa daripada artikel tersebut.

Cuba Buat Kerja Rumah Dengannya

Apabila buat kerja rumah dengan anak anda, anda akan mengetahui apa yang menjadi kemusykilan di dalam minda anak.

Selain daripada itu, anak anda juga tahu anak kisah akan diri mereka. Kanak-kanak sangat memerlukan sokongan daripada ibu bapa mereka.

Bila mereka mempunyai sokongan moral yang kukuh mereka tidak mudah menyerah dan mempunyai tanggapan positif ke arah hidup. Ini menjadi penghadang daripada mereka melakukan aktiviti negatif.

Cuba Guna Panduan Cara Mendidik Anak Ini

Kalau anda ingin lebih banyak cara untuk mendidik anak, anda boleh cuba panduan Didik Anak oleh Pn. Suhaila Abu Kassim. Beliau berkongsi pelbagai teknik yang beliau tahu berkesan untuk memastikan anak mendengar cakap.

Isi Kandungan Panduan Didik Anak
Isi Kandungan Panduan Didik Anak

Ada lima bab di dalam panduan Puan Suhaila Abu Kassim. Ajar anak nak makan ubat, bentuk keperibadian anak dan juga mengawal tingkah laku anak-anak.

Dan macam-macam lagi cara mendidik anak.

Kalau nak tahu dengan lebih lanjut, anda boleh tekan link di bawah.

Klik Untuk Tengok Panduan Didik Anak



Diterbitkan oleh

Abdul Rahman

Seorang penulis, pembaca dan suka membuat sesuatu.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *