FIFA 11 – Patch Liga Malaysia

Pasti ramai yang sudah tidak sabar menunggu untuk bermain pasukan kegemaran masing-masing di dalam FIFA 11. Di sini, saya telah sediakan fail-fail yang diperlukan untuk install patch FIFA 11 beserta dengan cara-cara untuk install dengan betul. Antaranya ialah:

1) MSL Patcher (download link)

2) DBM 11 (download link)

3) FIFA 11 Regenerator (download link)

Cara-cara untuk install:

1. fresh install fifa 11

2. run DBM 11 sebagai administrator > pergi ke “file” dan klik “extract from.BIG” > klik “main database” dan selepas itu klik “extract from .BIG” sekali lagi dan klik “local database”,tunggu selama 5 saat,selepas itu “close DBM 11”.

3. buka fail MSL Patcher, extract “game folder” ke C:program files/easport/fifa 11/game.

4. run FIFA 11 regenerator sebagai administrator,klik “take care of edited files”……… selepas itu klik “go”,tunggu sehingga ia selesai.

5. PLAY FIFA 11

(semoga berjaya)

 

Preview:

grafik yang menarik

Grafik yang dapat menarik perhatian anda dengan wajah pemain-pemain Malaysia yg agak mirip dengan wajah mereka sebenar. Dengan grafik ini, anda pasti dapat bermain pasukan kegemaran anda dengan lebih teruja dan bersemangat lagi.

 

lebih mencabar

Adakah anda sudah bosan bermain dengan tahap kesukaran seperti “Legend” di dalam FIFA 11? Adakah anda mahukan lebih cabaran? Dengan menggunakan pasukan dari Malaysia dan menentang kelab-kelab yang bertaraf “World Class” seperti Barcelona, RealMadrid, Chelsea, Manchester United, Inter Milan, dan sebagainya, anda pasti menemukan cabaran yang baru di dalam FIFA 11. Kini, anda tidak boleh lagi hanya bergantung kepada kekuatan pasukan anda. Anda perlu menggunakan setiap fungsi yang ada untuk mengalahkan kelab-kelab gergasi seperti strategi, skill, taktik, corak permainan, dan kreativiti. Setiap peluang yang anda cipta di hadapan gol merupakan satu dalam seribu peluang keemasan. Setiap kesilapan yang anda lakukan pada bahagian pertahanan akan di balas dengan hukuman berat dari pihak lawan. Saya pasti anda akan dapat mengcungkil corak permainan yang lebih menarik lagi jika anda mampu menyahut cabaran ini. Adakah anda mampu menyahut cabaran ini!

 

SELAMAT MENCUBA…….

 

– Majulah Sukan Untuk Negara-

 

 



25 padangan di “FIFA 11 – Patch Liga Malaysia”

  1. bro…
    install fresh fifa 11. lepas install xyah crack dulu ke? atau lepas crack baru start patch ??

    1. klu ade crack kena crack dlu…… klu boleh uninstall dlu fifa11 n delete folder fifa11 sbelum install baru…

  2. fresh install makne nyer uninstall dulu fifa 11 dan delete semua folder yg berkaitan ngan fifa 11 kat my document dan program file, lepas tu install balik fifa 11….=)

  3. password utk download MSLPATCHER LEAGUEPATCH MSLPL4FIFA11PC n AFFSUZUKICUP Final v1 nocmpversion.zip ape?

  4. bro, x bole la bro.. ble tkan main database, dye tulis unhandled exception has occured in your application…blahblahblah.. lpas tu kat bwh dye tulis acces to the path is denied.. cmner ni ?? 🙁

    1. hm… pasni saya akan buat video. rasanya lagi senang cam tu. like kokotiam nye page. lepas dah buat video tu, kami inform.

  5. bleh tak klau buat dalam satu file jer….susah la klau gini kena download satu persatu..anyway thanks good job…songkonglah malaysia…

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *