Faedah dan Manfaat Puasa Yang Mungkin Anda Terlepas Pandang

puasa-pantang

Puasa. Apa manfaat yang ada dari segi sains dan rohani untuk kita?

Setiap tahun pada bulan Ramadhan kita akan berpuasa daripada terbit fajar sehingga terbenam matahari.

Apa manfaat yang kita dapat daripada puasa ni? Adakah puasa mempunyai kesan yang menarik untuk diri kita?

Di bawah ini saya senaraikan beberapa faedah dan manfaat berpuasa. Saya bahagikan faedah dan manfaat puasa ini kepada dua kategori. Pertama dari segi sains. Dan kedua ialah dari segi rohani kita.

Jom kita tengok manfaat-manfaat puasa yang akan kita dapat.

Manfaat Puasa Dari Segi Sains

Apa yang sains kata mengenai puasa ni?

1. Membuang toksin dalam badan kita

Kita tahu puasa itu menahan diri kita daripada makan, minum dan perkara-perkara lain. Semasa puasa itulah kita membuang toksin-toksin yang terkumpul di dalam badan kita.

Cuba fikir berapa banyak penyakit yang datang daripada cara pemakanan kita? Kita mendapat terlalu banyak kolestrol… terlalu banyak gula… terlalu banyak garam semuanya kerana makan berlebihan. Bila kita puasa kita akan mengurangkan diri kita daripada makan secara berlebihan.

Dan jika anda makan berlebihan, itu maknanya anda terlalu ikutkan nafsu makan anda. Jangan buas sangat ya makan semasa buka puasa tu ;)

Para penyelidik telah membuktikan bahawa puasa dapat membuang toksin/racun dari badan dan secara tidak langsung dapat meningkatkan sistem imunisasi tubuh dalam melawan penyakit.

2. Mengurangkan Jerawat

Percaya atau tidak, puasa pun boleh mengurangkan jerawat. Kenapa?

Kerana beberapa kajian menunjukkan rintangan insulin dan kawalan gula dalam darah yang semakin baik, dan kedua-duanya baik untuk mencegah jerawat dan juga mengurangkan laluan pengaktifan mTor (mTor ini ialah pemain utama dalam pengaktifan jerawat).

3. Deria Yang Lebih Peka

Saya rasa anda sendiri pun perasan bahawa deria anda seperti lebih peka lagi masa puasa ni. Anda dapat menghidu lebih baik.

Deria sentuh anda juga semakin sensitif.

Pendengaran anda juga lebih jelas dan anda mata anda juga boleh jelas.

4. Boleh Menjana Semula Sistem Imunisasi

Kajian terbaru yang dilakukan ke atas puasa mendapati bahawa puasa boleh mencetuskan penjanaan semula stem cell sistem imunisasi yang tua dan rosak.

Di dalam satu kajian di dalam Cell Stem Cell (June 5) menunjukkan kitaran puasa yang dipanjangkan bukan sahaja melindungi daripada kerosakan sistem imunisasi – kesan sampingan kemoterapi – tapi juga menggalakkan penjanaan semula sistem imunisasi, mengubah stem cell daripada keadaan tidak aktif kepada keadaan pembaharuan kendiri.

Dr. Alexis Carel, seorang doktor yang memenangi Nobel dalam bidang fisiologi dan perubatan pada tahun 1912 memberitahu di dalam bukunya “Man, the Unknown” bahawa dengan berpuasa kita dapat membersihkan tisu badan dan membuatkannya lebih segar.

Puasa dapat manambahkan kesegaran dan kesihatan pada tubuh, kerana perut yang sentiasa bekerja memproses makanan juga perlu berhenti bekerja buat sementara waktu.

Dan ketika berpuasa itu lah perut kita berehat dan mendapat kesegaran semula untuk bekerja kemudiannya.

Sama juga ibaratnya seperti enjin kereta yang mungkin tidak tahan lama jika dipaksa untuk sentiasa berjalan tanpa henti.

Sudah pastinya kereta perlu diservis selalu bagi ianya bisa berjalan lancar dan tanpa gangguan.

Begitu jua dengan tubuh manusia yang amat kompleks daripada kereta dimana amat perlu diservis biarpun hanya setahun sekali selama sebulan.

5. Boleh Meningkatkan Kepintaran

Semasa puasa, terdapat beberapa perkara yang terjadi di dalam badan, antaranya ialah hypoglycemia (tahap glukosa rendah di dalam darah). Segala perubahan yang berlaku sebenarnya memberi tekanan kepada otak. Tekanan ini diimbangi oleh otak dengan mencipta brain-derived neurotrophic factor (BDNF).

Menurut Acheson (1995), BDNF bertindak pada neuron tertentu di dalam sistem saraf pusat dan sistem periferal saraf, dnegan menyokong kelangsungan neuron yang wujud, dan menggalakkan pertumubuhan dan perbezaan neuron baharu dan sinapsis.

Menurut Bekinschtein (2000), BDNF itu sendiri penting untuk memori jangka panjang.

BDNF ialah salah satu bahan kimia yang paling ampuh untuk mengstimulasi neurogenesis (penciptaan neuron baharu), walaupun dalam orang dewasa.

Banyak kan kesan puasa yang positif? Tu baru dari segi sains. Jom tengok dari segi rohani kita pula. Apa kesan puasa pada rohani kita.

Manfaat Puasa Dari Segi Rohani

1. Menanamkan Sifat Sabar

Tak dapat makan.

Mampu tahan?

Dugaan-dugaan.

Dengan macam-macam jenis bau makanan… dengan kerjanya… dengan kerenah orangnya… Mampukah anda bertahan semasa puasa?

Sifat sabar dapat dipupuk semasa anda berpuasa.

Ramai orang akan makan bila marah ataupun apabila tension.

Tengok-tengok bulan Ramadhan tak boleh buat semua tu.

Dari sini kita boleh belajar untuk tidak reaktif. Jangan terlalu cepat untuk menghukum.

Bila kita rasa marah, cuba kawal reaksi kita. Reaksi tak terkawal masa marah akan menyebabkan orang menjadi tidak selesa dengan kita terutamanya dalam bulan yang mulia ini.

2. Membersihkan Diri Daripada Sifat-sifat Mazmumah

Bila kita berpuasa, kita dianjurkan untuk tidak melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa.

Antara perkara-perkara yang membatalkan puasa (selain daripada makan dan minum) adalah seperti:

a) mengeluarkan air mani dengan sengaja
b) haid, nifas dan wiladah (melahirkan anak)
c) muntah dan memasukkan sesuatu ke dalam rongga dengan sengaja
d) melakukan hubungan seks
e) gila walaupun sebentar
f) murtad

Selain daripada perkara-perkara ini, kita juga sering diingatkan untuk menjaga tingkah laku kita semasa di dalam bulan Ramadhan ini. Ayat-ayat yang kurang enak juga ditegah daripada diperkatakan dalam bulan yang mulia ini.

Inilah masanya untuk kita membersihkan diri daripada sifat-sifat seperti tamak, sombong, hasad dengki dan lain-lain lagi.

Ḥadīth riwayat al-Bukhārī:

Puasa adalah perisai, maka janganlah seseorang yang berpuasa itu bercakap perkara yang tidak cocok dan jangan bersikap jahil. Jika ada yang ingin bergaduh dengannya atau memakinya, maka hendaklah dia berkata: “sesungguhnya aku sedang berpuasa”

3. Mengenali Erti Lapar

Walaupun kita dapat mendengar pelbagai tohmahan mengenai negara kita di dalam media di Internet.

Sebenarnya kita sangat bernasib baik kerana di dalam Malaysia lebih senang berbanding negara-negara lain seperti Afrika dan tanah Arab yang asyik berperang.

Apabila kita berpuasa, kita dapat rasa apa orang yang tidak mempunyai akses kepada makanan rasa.

Mereka saban hari tak dapat makan.

Kita pula makan sampai perut ke depan.

Apabila kita berpuasa, sekurang-kurangnya kita tahu erti lapar dan apabila membaca berita-berita orang miskin di dalam dan luar negara, kita akan terfikir, “cam ni agaknya rasa tak makan” dan cuba menolong mereka dengan menderma ataupun melibatkan diri dalam aktiviti sukarelawan.

4. Mengenali Diri Kita

Apabila bulan puasa kita boleh mengenali diri kita dengan lebih dalam.

Cuba anda lihat apa yang anda buat bila anda lapar, tidak dapat mendapat sebarang makanan. Apa yang anda buat?

Kebanyakan orang akan berasa letih dan malas untuk buat apa-apa.

Letih.

Seperti itulah dugaan paling dugaan dalam dunia ni.

Masa kita lemah inilah kita kenal diri kita.

Kenapa kita jadi sebegitu. Adakah kita selemah itu?

Di dalam bulan puasa kita akan lebih introspektif dan melihat keadaan diri kita sendiri. Jika kita perasan kita asyik bermalas-malasan, kita boleh ambil tindakan pembaikan.

Ingat: Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum tu mengubah diri mereka sendiri.

Firman Allah (Ayat Al-Baqarah ayat 183 & 185)

“Wahai orang-orang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagimana yang diwajibkan atas orang orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa…”

Sebenarnya macam-macam kan faedah dan manfaat puasa?

Ramai orang di luar sana yang berpuasa dan tidak tahu manfaat-manfaatnya.

Di harap artikel ini dapat menerangkan kepada orang ramai mengenai manfaat puasa dan bagaimana puasa itu dapat memanfaatkan diri kita dari segi fizikal, mental dan rohani kita.

2 thoughts on “Faedah dan Manfaat Puasa Yang Mungkin Anda Terlepas Pandang”

Komen anda? :-)