Secawan Koko Kehidupan

Dividen Tabung Haji Setiap Tahun

2

Berapa sebenarnya yang anda dapat dengan Tabung Haji setiap tahun?

Boleh tahan banyak sebenarnya yang anda dapat.

Tak percaya?

Di bawah anda boleh tengok senarai dividen Tabung Haji dari tahun 1994 sehingga tahun 2015 ini. Mungkin tak Dividen Tabung Haji 2015 anda akan lebih banyak? Saya akan update post ini dari semasa ke semasa untuk memuatkan maklumat terbaharu mengenai dividen Tabung Haji.

Dividen tahun 2016 akan diumumkan pada 2017 nanti.

1994: 9.5%

1995: 9.5%

1996: 9.5%

1997: 9.5%

1998: 8.0%

1999: 8.0%

2000: 5.5%

2001: 3.25%

2002: 3.5%

2003: 4.0%

2004: 4.3%

2005: 4.5%

2006: 4.75%

2007: 5.0% + 2.0% Bonus

2008: 5.0%

2009: 5.0%

2010: 5.5%

2011: 6.0%

2012: 6.5% + 1.5 Bonus

2013: 6% + 2% (Bonus)

2014: 6.25% + 2% (Bonus)

2015: 5% + 3% (Bonus)

2016: 4.25% + 1.5% (Bonus)

2017: Akan diumumkan nanti

Kalau anda kira secara purata (sampai tahun 2013), anda akan dapat 6.331578947368421% ataupun dengan bahasa mudahnya 6.33%.

Jadi secara total dapat berapa?

Jom kita tengok.

Kalau dari 1994 sehingga 2013 anda simpan RM200 ke dalam Tabung Haji anda setiap bulan, anda sudah mempunyai RM86,624.62 di dalam akaun Tabung Haji anda. Deposit sebenar anda hanyalah RM45,600.00.

Nampak macam mana duit anda seperti berganda secara pasif?

Tak payah buat apa-apa dan biar duit itu diternakkan sahaja oleh sistem.

Tapi tunggu dulu! Macam mana kalau anda terus menyimpan sehingga 25 tahun? Anda akan mempunyai wang sebanyak RM142,645.75. Deposit sebenar anda pula hanya RM60,000.00. Nampak berapa banyak duit anda sebenarnya dah bertambah?

Kalau anda perasan, anda seperti menanam duit wang yang akan semakin lebat daunnya apabila dikumpul lama. Itulah yang Albert Einstein katakan sebagai 8th wonder of the world: faedah berkompoun.

Cuma ini ialah mengikut syariat dan dipanggil sebagai dividen.

Dividen ini yang akan membolehkan anda membiakkan duit anda.

Tapi kita pastinya takkan menyimpan hanya RM200 sahaja kan? Kita boleh cuba korek cara lain untuk menyimpan wang. Gaji kita pun akan naik.

Cuba cari cara nak menyimpan wang tu.

Kalau lagi banyak anda simpan setiap bulan, lagi banyak anda akan nampak perkembangan duit anda.

Apa pendapat anda? Di mana anda menyimpan wang anda dan melihat wang anda berkembang secara pasif? Bagaimanakah anda menggunakan dividen Tabung Haji yang anda dapat itu?

Pendapatan pasif seperti ini lebih mudah berbanding daripada melabur secara aktif di dalam bursa saham, komoditi atau lain-lain.

Ya, memang ada peluang penyimpanan di tempat lain seperti ASB, ASNB, tetapi dengan TH ini, lagi senanglah kalau anda ada pelan nak pergi ke haji nanti. Lagi lambat anda simpan, lagi lambatlah nak pergi haji.

Kecuali kalau ada duit cukup banyak untuk pergi sendiri.

Pelaburan Tabung Haji dilakukan secara konservatif dan ini bermakna pelaburan anda secara amnya selamat.

Nak Lagi Banyak Info Kewangan Yang Menarik?

Saya ada berkongsi lebih banyak tips kewangan kepada subscriber Kewangan @ Kokotiam. Boleh subscribe dengan klik link di bawah ni.

Dapatkan Tips Kewangan

 

2 Comments
  1. Mohamad Hafizi Bin Afandi says

    Cek dividen tabung haji

    1. Abdul Rahman says

      Baru je update dividen tabung haji untuk tahun 2016. Lambat sangat rasanya update haha.

Leave A Reply

Your email address will not be published.