Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir Gred N29

Di dalam post ini, saya akan perincikan kepada anda apa yang anda perlu tahu mengenai format peperiksaan penolong pegawai tadbir gred N29 kali ini.

Format peperiksaan penolong pegawai tadbir gred N29 sama dengan PTD M41 yang berlangsung baru-baru ni.

Ada 2 seksyen iaitu Seksyen A dan Seksyen B.

  1. Seksyen A: Pengetahuan Am – tentang Malaysia dan juga dunia
  2. Seksyen B: Daya menyelesaikan masalah matematik

Apa Itu Penolong Pegawai Tadbir N29 ini?

Ianya merupakan salah satu jawatan di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

Bila anda sebagai calon lulus, anda akan berkhidmat di bawah salah satu kementerian, jabatan ataupun agensi yang memerlukan khidmat anda.

Menurut SPA, khidmat penolong pegawai tadbir N29 adalah seperti berikut:

Bertanggungjawab menguruskan kerja-kerja yang berkaitan pengurusan kewangan, perolehan bekalan dan pembangunan, pengurusan, perkhidmatan personel, pengurusan pentadbiran pejabat, pengurusan majlis rasmi, mengendalikan urusan Konsuler dan Penguatkuasaan Undang-undang.

Itulah tanggungjawab yang akan dipikul oleh anda apabila anda berjaya mendapatkan jawatan ini.

Sebelum anda berjaya, anda kena berjaya meelepasi peperiksaan online dulu. Jadi, macam mana sebenarnya peperiksaan tersebut?

Contoh Soalan Penolong Pegawai Tadbir N29

Cuba tengok salah satu contoh soalan di bawah.

1. Mahkamah Keadilan Antarabangsa berfungsi sebagai:

A.Memastikan bahawa wilayah-wilayah bukan perintah diri ditadbirkan melalui penjagaan kepentingan penduduk-penduduk serta keamanan dan keselamatan antarabangsa
B. Menyelesaikan pertikaian undang-undang yang diserahkan oleh ahli-ahli negara serta untuk memberi nasihat tentang soalan-soalan undang-undang yang diserahkan oleh alat-alat dan agensi-agensi antarabangsa yang diberi kuasa
C. Bertanggungjawab kepada pemeliharaan keamanan dan keselamatan antara negara-negara
D.Membantu Perhimpunan Agung untuk mempromosikan kerjasama dan perkembangan ekonomi dan sosial antarabangsa

Apa jawapannya?

Bagaimana kalau saya tanya ni?

2. Kuasa Kerajaan Negeri terhadap Kerajaan Tempatan adalah seperti berikut KECUALI

A. Mengawal status perbandaran
B. Menggubal dasar Kerajaan Tempatan
C. Melantik ahli majlis
D. Melantik Datuk Bandar

Ni satu lagi soalan:

3. Berikut ialan Pindaan Perlembagaan yang memerlukan perkenan dari Majlis Raja-Raja
I. Kewarganegaraan
II. Bahasa Kebangsaan
III. Akta Hasutan dan Kebebasan Bercakap
IV. Kuasa dan struktur Mahkamah Tinggi Borneo
A. I, II dan III
B. I, III dan IV
C. II, III dan IV
D. I, II dan IV

Macam mana? Tahu jawapan?

Itu hanyalah sebahagian daripada contoh soalan yang akan ditanya nanti di dalam peperiksaan.

itu baru bahagian pengetahuan am. Anda yakin tak dengan penyelesaian masalah anda?

penyelesaian-masalah-contoh-soalan-n29

Nak lagi banyak contoh soalan dan bantuan untuk menjawab peperiksaan penolong pegawai tadbir N29?

Klik Link Ini Untuk Mendapatkan Panduan Peperiksaan Ini

Semoga dapat membantu anda.

 



Diterbitkan oleh

Abdul Rahman

Seorang penulis, pembaca dan suka membuat sesuatu.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *