Secawan Koko Kehidupan

Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik M41

0

Akan menduduki peperiksaan pegawai tadbir diplomatik (PTD)?

Ingin bersedia untuk peperiksaan itu?

Di sini saya ingin memberi contoh-contoh soalan yang dapat membantu anda untuk exam tersebut.

Peperiksaan ini akan mengukur cara anda berfikir dan kebolehan anda untuk menginterpretasi data dan bagaimana anda menyelesaikan masalah yang diberi.

Calon-calon datang daripada pelbagai cabang, jadi skop soalan adalah sangat-sangat luas. Di bawah terangkan dengan lebih jelas mengenai peperiksaan pegawai tadbir diplomatik ini.

Sekarang ini tidak ada soalan esei bahasa Malaysia atau bahasa Inggeris jika melakukan peperiksaan online. Mungkin akan digantikan dengan bahagian ujian sahsiah dan personaliti.

Untuk dapatkan maklumat terkini, anda boleh langgan emel kami dengan klik butang di bawah. Anda boleh dapatkan panduan lengkap khas exam PTD ini yang padat dengan puluhan contoh soalan.

Langgan Emel Tips PTD Dari Kami

 

Kalau anda nak cepat, anda boleh klik link di bawah untuk tengok panduan terbaru yang ada nota dan contoh soalan untuk anda jawab:

 

Download Contoh Soalan & Nota PTD

 

Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik

 

pendahuluan-ptd

Jangan bimbang, kalau anda cukup bersedia, senang sahaja untuk anda menghadapi exam PTD ini. Kita tengok satu demi satu seksyen peperiksaan ini.

#1 Seksyen Pengetahuan Am PTD

Rasanya anda faham kan sejurus selepas anda nampak mengenai pengetahuan am?

Anda perlu peruntukkan 45 minit untuk bahagian ini, untuk menjawab 40 soalan.

General knowledge.

Anda perlu tahu perkara-perkara yang berlaku di dalam negara dan di luar negara. Antara perkara yang anda perlu tahu ialah cara pengurusan sumber manusia dan pentadbiran. Nama kerjaya yang anda minta pun namanya pegawai tadbir diplomatik. Pastinya anda perlu tahu sedikit mengenai selok belok pentadbiran dalam negara.

Tahu bagaimana bandar itu dibangunkan? Kerana anda perlu tahu cara-caranya. Pembangunan itu boleh terbahagi kepada daerah, tanah, wilayah dan juga tempatan. Jangan upa tentang dasar-dasar. Anda kena tahu mengenainya. Anda kena google apa yang kerajaan sedang buat sekarang ini.

Jangan lupa juga mengenai ekonomi dan kewangan. Itu juga perlu anda tahu. (Cuba fahamkan diri anda mengenai GST).

Kemudian hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri juga perlu tengok. Isu Israel dan Palestin, Isu ISIS, Boko Haram, itu hanyalah beberapa perkara yang perlu anda tahu. Nak jadi pegawai tadbir diplomatik ini kena tahu banyak pengetahuan am untuk berjaya dalam peperiksaan ini.

Contoh-contoh soalan peperiksaan pegawai tadbir diplomatik yang mungkin ditanya adalah seperti di bawah:

contoh-soalan-pengetahuan-am

 

Apakah organisasi yang boleh menjadi contoh dalam menguruskan sumber manusia di dalam negara kita?

A. Kementerian Sumber Manusia
B. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
C. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
D. Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia

Jawapan: A.

Rasanya anda boleh jawab kalau tidak ada jawapan di depan anda?

#2 Seksyen Menyelesaikan Masalah PTD

Di sini sama juga seperti di atas. 45 minit. 40 soalan. Anda perlu selesaikan masalah menggunakan otak di bahagian ini.

Bahagian pertama dalam seksyen ini ialah anda perlu mahir menggunakan logik.

soalan-logik-jawapan

Macam mana. Tahu cara nak jawab? Di bawah ialah teknik menjawab soalan ini:

teknik-jawab-logik

Jawapan untuk soalan di atas ialah: A.

Bahagian kedua di dalam seksyen ini ialah kemahiran menginterpretasi data. Bagaimana anda tengok data dan membuat kesimpulan daripada data tersebut.

Ini contoh soalannya:

bar-chart

Cara kiranya pula sebegini:

jawab-bar-chart

Jadi jawapannya ialah… B.

soalan-interpretasi-1

Fikir dulu.

Dah fikir? Ini teknik menjawab soalan di atas:

jawapan-interpretasi-1

Jadi, jawapannya ialah B… iaitu 60.

Yang ketiga yang perlu anda mahiri ialah konsep matematik. Antara yang akan ditanya ialah geometri dan algebra.

Soalan matematik macam mana yang akan masuk dalam peperiksaan memasuki perkhidmatan awam untuk jawatan Pegawai Tadbir & Diplomatik (PTD)?

Soalan tahap SPM? Soalan tahap STPM? Atau bagaimana? Dengan pandai jawab bahagian ni, senang untuk anda dapat jawatan gred M41 ni.

Di dalam post ini saya akan berkongsi beberapa contoh soalan matematik. Cuba tengok berapa banyak soalan yang anda boleh jawab!

Tapi sebelum tu, nak cakap.

Kalau anda malas nak baca soalan-soalan di bawah dan hanya mahu nota yang boleh anda guna untuk berjaya dalam lulus peperiksaan PTD, anda boleh klik link di bawah ini.

 

Tengok Nota PTD

 

Atau anda boleh tengok sendiri satu ‘review copy’ panduan yang saya maksudkan di atas dengan klik link  bawah ini.

 

Dapatkan CONTOH Exam PTD Dari Kami

 

Sekarang jom kita terus ke soalan-soalan contoh.

Kita mulakan dengan satu rajah ya?

Rajah di bawah menunjukkan sebuah tangki kosong berbentuk kubus. Seorang pekerja mengisi sebanyak 80% air ke dalam tangki itu. Hitungkan isipadu air yang terdapat dalam tangki tersebut, dalam cm3.

soalan-matematik-2

A. 728 x 107
B. 728 x 108
C. 728 x 109
D. 728 x 1010

Bagaimana? Apa jawapannya?Cara untuk menyelesaikan soalan di atas adalah begini:

jawapan-soalan-matematik

Jawapan untuk soalan di atas ialah… B. Anda dapat jawapan yang sama untuk soalan matematik pertama tu? Ataupun anda tersalah kira?

Jom tengok satu lagi contoh soalan matematik pegawai tadbir diplomatik (PTD) gred M41 yang boleh anda temui.

Gambar rajah Venn di bawah menunjukkan set P, Q dan R. antara berikut yang manakah benar?

soalan-venn

 

Pilihan jawapan untuk soalan di atas:

jawapan-soalan-venn

Yang dihitamkan itu ialah jawapannya. Bagaimana anda boleh mendapat jawapan itu?

ξ ialah set semesta.

U ialah kesatuan set, yang mengandungi kesemua unsur dalam set-set tersebut.

Simbol ‘ϵ’ bermaksud ‘unsur kepada’

Jadi unsur-kepada

Ha senang kan? Sebagai seorang PTD adalah pelbagai soalan sebegini. Guna matematik nanti akan menjadi satu rutin dalam menjalankan tugas anda nanti. Tapi anda mungkin tidak akan menggunakan diagram Venn kecuali semasa membuat kajian untuk jabatan atau kementerian.

Sekarang, cuba anda tengok soalan di bawah pula. Ianya soalan klasik iaitu untuk mencari nilai x.

Nilai x dalam rajah di bawah ialah:

cari-nilai-x

A. 45°
B. 30°
C. 20°
D. 15°

Dalam semua jawapan di atas, mana yang jawapan yang betul?

Untuk soalan mencari nilai x di atas, jawapan ynag betul ialah B.

Itu soalan Matematik Moden. Kalau Matematik Moden anda baik semasa sekolah dan anda masih ingat lagi, senang untuk anda jawab soalan cari nilai di atas tu.

Sekarang jom kita tengok soalan dalam bentuk jadual pula.

contoh-soalan-bentuk-jadual

Berdasarkan jadual di atas, kirakan kadar pertukaran Dolar Amerika dengan Ringgit Malaysia

A. USD = 3.20
B. USD = 3.23
C. USD = 3.13
D. USD = 3.03

Cuba kira. Macam mana dengan pertukaran USD to MYR tu? Dah tahu jawapan?

Jawapan: B

Sebuah cerek elektrik dijual dengan harga RM136, selepas diskaun 15%. Cari harga asal cerek elektrik tersebut.

A. RM136
B. RM147
C. RM160
D. RM199

Untuk soalan atas ni, jawapannya ialah C.

Sebenarnya banyak lagi contoh-contoh soalan yang anda boleh anda dapatkan. Sebagai contoh, untuk seksyen soalan matematik ini, ada 60 contoh untuk anda jawab di dalam panduan yang dikeluarkan oleh tim Info Kerjaya.

Selain daripada itu, ada juga nota dan contoh-contoh soalan yang boleh anda muat turun untuk memastikan anda dapat menjawab peperiksaan PTD nanti dengan lebih jayanya.

Kalau anda tahu dengan lebih lanjut, anda boleh pergi ke laman web Pakej Rujukan Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik dengan klik butang di bawah.

 

Tengok Nota PTD

 

Kebanyakan soalan yang ditanya adalah berasaskan matematik Tingkatan 5 (SPM).

jawab-soalan-matematik

 

Tak tahu cara nak jawab soalan matematik di atas? Ini cara jawabnya:

cara-jawab-matematik

Jadi seperti yang anda lihat di atas, jawapannya ialah A.

Tak susahkan sebenarnya? Ini satu lagi contoh soalan matematik pegawai tadbir diplomatik:

dafas31

 

Ini cara jawabnya:

eryhw12

Jawapannya ialah RM120 ataupun B (banyak betul jawapannya B kan?)

Kalau ada soalan berkaitan dengan sudut, rasanya anda boleh jawab ataupun tidak? Contoh soalannya ada di bawah:

soalan-matematik-ptd

Cara jawab soalan di atas adalah begini:

cara-jawab-soalan-matematik-ptd

Baiklah, itu adalah soalan matematik yang ada di dalam peperiksaan pegawai tadbir diplomatik ini.

NOTA: Sekarang ini tiada lagi bahagian esei Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris lagi kerana semua peperiksaan akan diadakan secara online.

3. Seksyen Ujian Psikometrik PTD

Di sini format soalan dan pilihan jawapan adalah tidak tetap. Terdapat aneka pilihan jawapan untuk anda di sini. Di sinilah anda akan ditanya soalan berkaitan:

  • Kemampuan sosial
  • Komunikasi
  • Kerjasama
  • Kepimpinan
  • Kestabilan Emosi
  • Kejujuran
  • Integriti
  • Disiplin
  • Toleransi

Kita terus ke contoh soalan yang boleh anda dapati di bahagian ini:

1. Saya mesti bersikap positif walaupun terpaksa melalui pelbagai halangan dan rintangan

A. Setuju B. Tidak setuju C. Tidak pasti

Soalan di atas ingin mengenalpasti sama ada anda boleh positif bila ada pelbagai masalah terutama dalam organisasi seperti sebuah kerajaan mana orang ramai akan mengkritik anda seteruk-teruknya di media sosial.

2. Tiada manusia di dalam dunia ini yang tidak mementingkan diri

A. Setuju B. Tidak setuju C. Tidak pasti

Soalan di atas adalah soalan yang ingin bertanya sama ada anda tahu tak asas motivasi manusia — manusia mahukan sesuatu.

3. Saya boleh menyesuaikan diri di mana sahaja saya berada.

A. Setuju B. Tidak setuju C. Tidak pasti

Seorang pekerja kerajaan perlu memastikan dirinya seorang yang fleksibel. Kalau tak fleksibel, susah nak berjaya nanti.

#3 Esei Bahasa Melayu

Anda ada masa satu jam untuk menjawab soalan ini dan pilih hanya satu sahaja daripada tiga. Tiada had patah perkataan.

Satu contoh soalan ialah “bagaimana untuk menangani wabak Ebola”.

Anda akan dinilai berdasarkan betapa bagusnya anda menjawab soalan.

Adakah esei anda teratur? Senang faham? Dan tidak meleret?

Yang penting ialah calon peperiksaan itu akan dinilai kreativiti menggunakan bahasa Melayu.

Dan bahagian akhir ialah…

#4 Esei Bahasa Inggeris

Sama seperti di atas. Sejam. Satu soalan. Tiada had patah perkataan.

Soalan yang boleh ada adalah sebagai contoh, “Managing sensitive information in Malaysia

Anda kena pastikan yang anda tahu bagaimana nak jawab soalan seperti ini. Pastikan anda faham soalan dan menjawab soalan dengan poin yang jelas dan tidak meleret.

Banyakkan membaca bahan Bahasa Inggeris kalau anda rasa anda lemah English.

Anda boleh menggunakan tip belajar untuk peperiksaan yang ada di dalam blog ini.

Ada Soalan Mengenai Exam PTD Ini?

Jika anda ada apa-apa masalah, anda boleh menulis komen di bawah supaya saya dapat membantu anda.

Sebenarnya tidak susah peperiksaan ini. Anda cuma perlu bersedia untuk menghadapinya.

Jika anda kawan-kawan yang akan menghadapi peperiksaan ini, anda boleh share link ke blog post ini kepada mereka.

Ingin mendapatkan hebahan jualan panduan peperiksaan PTD yang paling lengkap di dalam pasaran?

Anda boleh klik butang di bawah untuk maklumat lanjut.

Dapatkan Emel Tips PTD Dari Kami

 

Ataupun:

 

Tengok Contoh Soalan & Nota Exam PTD

 

Saya berharap anda dapat menjawab peperiksaan PTD gred M41 ini dengan jayanya dan menjadi pegawai tadbir diplomatik yang berbakti kepada negara. Good luck!

Leave A Reply

Your email address will not be published.