Contoh Soalan Pegawai Hal Ehwal Islam

Pada 6 Disember ini, ada di antara kita yang akan menghadapi peperiksaan untuk jawatan pegawai hal ehwal islam S41 dan penolong pegawai hal ehwal Islam S29.

Di dalam ini, saya ingin tunjukkan kepada anda contoh-contoh soalan yang boleh anda tengok kerana ini yang akan anda hadapi nanti pada 6 Disember nanti.

Skop Tugas S41 dan S29.

Menurut Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), kedua-duanya mempunyai skop yang berbeza. Tapi tak banyak.

Cuba tengok di bawah:

Ini deskripsi tugas Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S41:

Bertanggungjawab kepada Mufti dalam menjalankan kajian penyelidikan dan penyediaan bagi membolehkan Mufti mengeluarkan satu fatwa panduan mengenai keberkesanan sesuatu program yang dirancang dan juga sebagai Urus Setia kepada Jawatankuasa Syariah.

Kalau Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S29, ini deskripsi tugasnya:

Bertanggungjawab kepada Mufti dalam menjalankan penyelidikan atas perkara, masalah atau isu berkaitan dengan aqidah yang ditimbulkan oleh Kerajaan, pertubuhan, orang awam dan juga sebagai urus setia kepada Jawatankuasa Kecil yang ditubuhkan dari semasa ke semasa.

Jom tengok ni pula…

Format Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam

Terdapat tiga perkara yang anda perlu belajar untuk peperiksaan ini iaitu:

Seksyen A: Pengetahuan am

Seksyen B: Kemahiran menyelesaikan masalah

Ujian psikometrik

Tiga ini yang akan menentukan sama ada anda dapat meneruskan ke peringkat seterusnya ataupun tidak.

Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam

Mari kita tengok contoh soalan pula.

  • Memberi peluang kepada orang sakit yang tiada harapan sembuh dapat mengupah orang lain mengerjakan haji bagi pihaknya.
  • Memberi peluang kepada anak untuk berbakti kepada ibu bapa yang telah meninggal dunia.

Penyataan di atas adalah berkaitan dengan

A. Syarat upah haji

B. Hikmah upah haji

C. Pengertian upah haji

D. Sebab diharuskan upah haji

Tahu apa jawapan di atas? Jom tengok soalan di bawah pula…

  • Membuang ancak bagi menghalau hantu.
  • Mempercayai azimat yang boleh membantu menahan sesuatu bahaya kepada seseorang.

Penyataan di atas adalah berkaitan dengan

A. Sihir

B. Nifak

C. Syirik

D. Khurafat

Macam mana? OK? Macam mana kalau saya tanya ni:

Bilakah waktu bermula jemaah haji melaksanakan ibadah wukuf di Arafah?

A. Di antara gelincir matahari pada 10 Zulhijjah hingga terbit fajar pada 13 Zulhijjah

B. Di antra gelincir matahari pada 9 Zulhijjah hingga terbit fajar pada 10 Zulhijjah.

C. Selepas gelincir matahari pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah.

D. Selepas terbit fajar pada 10 Zulhijjah.

Itu hanya sebahagian daripada soalan contoh untuk exam ini.

Kemahiran menyelesaikan masalah adalah seperti matematik dan macam-macam lagi. Ni contoh dia.

1. Gaji bulanan Ali ialah RM 1500. Setelah ditambah dengan RM 500, berapa peratus kenaikannya?

A. 21.3%
B. 23%
C. 33.3%
D. 12.5%

Jawapann untuk soalan di atas ialah C.

2. 10% sesuatu nombor ialah 8 1/2 . Apakah nombor itu?

A. 85
B. 10.625
C. 50.25
D. 56.75

Ha cuba tengok. Apa jawapan anda? Jawapannya ialah A.

Nak lagi banyak contoh soalan dan bantuan untuk menjawab soalan peperiksaan pegawai hal islam ni?

Ada caranya.

Tim Info Kerjaya telah menerbitkan satu panduan yang boleh bantu anda untuk menjawab dengan lebih berjaya lagi.

Klik Sini Untuk Panduan Pegawai Exam Pegawai Hal Ehwal Islam

Cuba tengok, beli, baca dan belajar nota yang diberi. Tengok contoh soalan. Tak rugi untuk cuba yang terbaik untuk peperiksaan ini.

Semoga berjaya!



Diterbitkan oleh

Abdul Rahman

Seorang penulis, pembaca dan suka membuat sesuatu.

2 padangan di “Contoh Soalan Pegawai Hal Ehwal Islam”

  1. perniagaan internet yg biasa peniaga2 buat di internet. boleh mendapat keuntungan kalau berterusan dan sentiasa upgrade product dan services.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *