Secawan Koko Kehidupan

Cara Ingat Fakta Dengan Teknik Ebbinghaus

0

Nak menghafal sesuatu tidak memerlukan anda untuk menghadap buku berjam-jam sehari. Anda perlukan cara untuk hafal… sebelum anda lupa.

Pada tahun 1850 di Jerman, lahir seorang ahli psikologi yang telah melahirkan satu teori yang akan memberikan manfaat kepada mereka yang ingin belajar sesuatu: keluk lupa Ebbinghaus.

Nama beliau ialah Hermann Ebbinghaus.

Beliau melakukan eksperimen terhadap dirinya sendiri dan mendapati beberapa penemuan penting yang mengubah persepsi orang mengenai memori, cara belajar dan bagaimana anda mengingat kembali sesuatu.

Bagaimana Anda Terlupa Sesuatu?

Cuba anda ingat kembali bila anda terlupa sesuatu.

Anda seperti ingat… macam sedikit lagi nak ingat… macam ada satu maklumat yang tertinggal… tapi anda terlupa.

Anda dah baca.

Anda dah berkali-kali ingatkan diri anda.

Tapi anda masih lagi lupa.

Kenapa?

Kerana pada satu ketika, hubungan antara neutron di dalam otak yang menyimpan fakta itu akan menjadi lemah.

Apabila itu terjadi, anda akan mendapati bahawa anda susah untuk mengingat kembali fakta yang anda telah berkali-kali sebut di dalam fikiran anda.

Bagaimana Keluk Lupa Ditemui

Hermann Ebbinghaus berminat untuk mengetahui kenapa dia lupa. Dia mereka bentuk satu eksperimen di mana dia akan mencipta suku kata yang tidak membawa makna pada dirinya (sekarang ini ia digelar sebagai “nonsense syllables” dan cuba mengingati perkataan-perkataan tersebut. Untuk eksperimen ini dia mencipta 2,300 suku kata dan cuba untuk mengingatinya.

Hasil ekpserimen ini membawanya kepada penemuan keluk lupa.

keluk-lupa

Keluk ini menunjukkan tempoh masa anda akan lupa sesuatu dan dalam masa berapa hari anda akan lupa perkara tersebut.

Lagi lama anda tidak sentuh perkara itu kembali, lagi cepat anda akan lupa sesuatu.

Itu yang cikgu kita selalu kata, balik rumah, ingat kembali apa yang kita belajar hari ini kerana dia tahu, lagi lama kita tinggalkan sesuatu tu, lagi cepat kita akan lupa.

Terutama sekali kalau ianya ada kaitan dengan sejarah 😉

Ada satu benda yang menarik ialah kita boleh menggunakan pengetahuan mengenai keluk ini ke tahap yang lebih tinggi lagi: bagaimana untuk ingat sesuatu fakta dengan lebih lama.

Di sini, Ebbinghaus telah mendapat satu penemuan.

Ebbinghaus Mengatakan Masa Paling Sesuai Untuk

Belajar Ialah Sebelum Anda Terlupa

Dia hafal satu senarai sehingga dia boleh sebut kembali dengan lengkap. Kemudian dia tidak akan menyentuh senarai itu sehingga dia tidak ingat langsung mengenai senarai itu.

Kemudian, dia akan belajar kembali senarai tersebut dan membandingkan keluk lupa pertama dan keluk lupa yang baharu. Dia mendapati percubaan kedua itu boleh diingati dengan lebih cepat berbanding dengan cubaan sebelumnya.

Dia mendapati satu perkara: kelajuan belajar seseorang itu paling cepat ialah setelah percubaan pertama dan semakin lama akan semakin mendatar.

keluk-belajar

Ada dua faktor yang berkait rapat dengan cara kita ingat fakta iaitu kesan kebaharuan dan kesan keutamaan.

Kesan kebaharuan pula adalah kita akan lebih senang ingat sesuatu itu kerana ianya masih di dalam memori jangka pendek kita.

Kesan Keutamaan itu bermakna kita akan ingat perkara pertama di dalam senarai itu kerana kita akan melatih kembali perkara pertama itu dengan lebih kerap dan juga komitmen ke dalam memori jangka panjang akan lebih banyak.

Mudah kan nak guna? Untuk ingat sesuatu, jangan hanya belajar sekali sahaja. Tetapi bila anda dah lupa, anda tengok kembali maklumat tersebut. Cuba gunakan teknik Istana Memori untuk lebih senang ingat.

Apa tu Istana Memori? Saya akan huraikan nanti 😛

Leave A Reply

Your email address will not be published.