Secawan Koko Kehidupan

Cara Buat Kek Coklat Yang Buat Kawan Anda Terliur

1

Kadang-kadang teringin rasanya nak makan kek. Cara terbaik of course, dengan buatnya sendiri.

Tapi, bukan semua resepi sedap. Ada juga yang baru pertama kali cuba nak buat kek coklat ni.

Tapi nasib baik sekarang banyak laman web yang tunjuk macam mana nak buat. Di dalam post ini saya akan tunjukkan koleksi resepi cara nak buat kek coklat yang sedap sampai orang yang datang rumah anda nak lagi dan lagi.

Jom Buat Kek Coklat Sedap!

Ada satu panduan ni yang ajar langkah demi langkah bagaimana untuk membuat kek coklat yang sedap.

Ada juga panduan dan cara buat kek coklat sedap yang berbayar. Ia ditulis oleh Puan Shida. Anda boleh tengoknya kat laman web dan decide sama ada nak beli atau tak. Banyak testimonial, tapi tak tahulah sedap ke tak. Kalau anda dah pernah try, komenlah ye!

Gambar kek coklat di panduan berbayar Puan Shida

Cuba tengok panduan Puan Shida dulu. Kot-kot berbaloi untuk anda ke. Dia sediakan juga video-video macam mana nak buat kek.

Klik Sini Untuk Melihat Panduan
Buat Kek Coklat Puan Shida

Sekarang jom tengok resepi kek coklat yang ada di Internet yang saya sedap.

Pertama yang saya nak tunjuk ialah resepi Kek Coklat Moist (kukus).Di bawah ialah resepinya:

Kek Coklat Moist (Kukus)

Sumber Resepi: rosmarlina@jintanmanis.com

Bahan-bahan untuk membuat kek ini:

2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil baking soda
3/4 ( tiga suku cawan) minyak masak
1 cawan gula
1 cawan air suam
1/2 cawan susu pekat
1 cawan serbuk koko ( ros guna serbuk koko jenama van hauten)
3 biji telur
beberapa titik esen vanila

*Untuk Topping dan Hiasan*
1/2 bar coklat masakan di campur dengan 2 sudu besar butter, 1/2 sudu besar gula halus dan beberapa titik esen vanila. guna kaedah double boiler, kemudian curah pada kek yang telah sejuk dan taburkan coklat rice diatasnya.

Cara-caranya

1. Ayak tepung gandum bersama, serbuk koko, baking powder dan baking soda, ketepikan. Panaskan pengukus.
2 Dengan menggunakan mixer, pukul telur hingga berbuih dan masukkan gula, pukul lagi sehingga kembang dan gula hancur.
3. Masukkan pula tepung yang siap di ayak tadi, sedikit demi sedikit berselang seli dengan air suam, kacau menggunakan senduk kayu atau spatula, kemudian masukkan pula esen vanila, susu pekat dan minyak masak, kacau sebati. jangan over mix, gunakan kaedah kaup balik.
4. Alaskan acuan bulat atau petak ber ukuran 20cm dengan baking sheet, curahkan adunan di dalam acuan dan tutup permukaan acuan dengan alumunium foil bagi mengelakkan air jatuh di atas permukaan kek dan kukus selama 1 jam ke 1 jam 30 minit, sejukkan, Selamat Mencuba.

Anda boleh baca komen di blog penyedia resepi ini.

Di Myresepi.com juga ada resepi kek coklat. Ia dicipta oleh ‘fendi75’. Ini caranya:

Bahan-bahan ( saiz 20 cm )

2 biji telur
1 cawan minyak masak
1 cawan gula pasir
1 cawan gula perang<
Bahan A
1 sudu kecil vanila
1 1/2 cawan susu segar perisa coklat
1/2 cawan air campur dgn 2 sudu kecil nescafe
Bahan B
2 sudu kecil sodium bicarbonate
1 sudu kecil baking powder
1/2 cawan serbuk koko
2 cawan tepung gandum

** Topping **
1/2 cawan koko van hauten
1/2 cawan susu pekat
1 sudu besar minyak masak

Cara-cara Penyediaan

1. Pukul telur hingga kembang
2. Masukkan gula dan pukul lagi
3. Kemudian masukkan minyak masak
4. Ayak semua bahan B dan masukkan sedikit demi sedikit ke dalam telur tadi berselang seli dengan bahan A. Gaul sehingga sebati.
5. Bakar pada suhu 170 degree selama 1 jam atau sehingga masak
6. Untuk toppingnya.. masukkan semua bahan-bahan ke dalam periuk, dengan api kecik panaskan sampai nampak dah ok…taruk je atas kek yg dah sejuk

Ha itu dia beberapa  resepi yang saya rasa sedap untuk dibuat. Ada apa-apa resepi yag ingin dikongsikan? Boleh share di komen di bawah! 🙂

1 Comment
  1. Leonard says

    Info untuk dikongsi supaya rakan kita tidak terpedaya pada masa akan datang:
    JANGAN MEMBELI BAHAN MENTAH MEMBUAT KEK DI “EAZY BAKE”.
    – Saya silap beli cheese (nak cream cheese tapi silap beli block cheese) dan nak balik buat pertukaran dalam masa 1 jam.
    – Bos kedai kata, “bahan dari peti sejuk tidak boleh ditukar”.
    – Saya berasa tertipu. Mungkin saya terlaulu cincai kerana tak kisah tentang barang expired dalam 2 minggu kalau dibandingkan dengan bos kedai.
    – Cuba banding “saya bawah keluar dalam masa 1 jam” dengan “barang hampir expired dalam dua minggu”. Biasanya barang baru tahan selama 1 tahun atau lebih.

Leave A Reply

Your email address will not be published.