Secawan Koko Kehidupan

Cara Untuk Buang Virus Shortcut Dengan Mudah

18

Ini sangat biasa berlaku. Diserang virus shortcut. Tak suka kena!

Benda ni biasa ada di dalam makmal komputer di dalam IPTA di seluruh Malaysia. Kalau anda tak kena lagi, bertuahlah anda. Tapi biasanya komputer yang tidak diupdate antivirusnya akan terkena. Susah bila dah terkena. Virus ini akan menyorokkan folder dan files anda sambil meletakkan shortcut untuk mengelirukan anda untuk klik dan menyebabkan anda terkena jangkitan virus yang lebih buruk.

Command Prompt
Nak buang virus menggunakan command prompt senang sahaja asalkan tahu...

Perkara pertama yang anda perlu buat setelah memasukkan thumb drive yang terkena masalah virus shortcut ini ialah dengan mengimbas dahulu thumb drive tersebut dengan antivirus. Ini untuk mematikan virus yang boleh diaktifkan sejurus selepas dijalankan oleh pengguna yang tidak mengetahuinya.

Kemudian, anda perlu pergi ke Control Panel > Folder Options > View > Tick kepada: show hidden files, dan untick kepada: Hide extensions for known file types, Hide protected operating system files. Ini untuk memastikan anda tidak ditipu oleh icon yang sama tetapi sebenarnya merupakan shortcut kepada virus.

Jadi sekarang anda boleh lihat semua hidden files. Lepas anda dah boleh view, anda boleh proceed untuk mengembalikan attributes sistem kepada asal.

Langkah-langkah untuk mengembalikan attributes:

#1 Kenal pasti drive letter thumb drive anda itu. Sebagai contoh thumb drive itu G:. Take note drive letter tu.

#1 Tekan Start > Di dalam kotak ‘Search Programs and Files’, tulis cmd.exe, dan klik pada icon cmd.exe tersebut. Kemudian, anda tulis drive letter tersebut. Sebagai contoh:

G:

Kemudian, anda tulis pula ini:

attrib -h -r -s *.* /s /d

Anda tunggu sahaja sampai dia keluar kembali G:, anda bolehlah melihat semuanya kembali kepada normal. Good luck! Jioka ada sebarang masalah anda boleh komen di bawah dan bolehlah share post ini pada rakan anda ya!

18 Comments
  1. […] Lepas ini saya akan letak post macam mana nak buang virus shortcut dan saya akan berikan sekali shortcut remover yang diperlukan untuk melaksankan tugas tu. Related […]

  2. arinaron40 says

    salam, saya nak tanya kenapa bila sudah selesai berjaya membuat attributes untuk mengembalikan kepada fail yang asal sudah tentu shortcut lama telah dibuang atau dipadam tetapi apakah fungsi folder atau fail yang bernama RECYCLER wujud di thumb drive atau kad memori selepas proses attributes tersebut telah dibuat?

    1. Allen Walker says

      Saudari boleh merujuk kepada URL ini untuk bantuan:

      http://sandstorm36.blogspot.com/2011/11/steps-to-remove-recycler-folder.html

      Harap link diberi dapat membantu 🙂

  3. suraya salleh says

    salam..
    mohon copy ya.

    1. Meri says

      Paling senang cara ni… saya malas sangat taip copy paste je attrib -h -r -s *.* /s /d

  4. miss syasya says

    napa tak boleh pon?please reply…..

    1. Abdul Rahman says

      tak boleh apa ya?

  5. hajar says

    salam..attributes tu nk buat kt mna..sy tak faham

  6. izatun says

    Assalam, sya nak tanya. Utk buang virus nih dr pendrive jadi sya kna guna laptop/komputer yg x de virus nih kan? Then, bleh ke guna cara nih jugak utk buang virus nih dari laptop? Sebab laptop saya, bila pendrive masuk, terus pendrive akan jadi shortcut semua file? Jadi, maksudnya laptop saya yg diserang virus nih kan.. jadi cara yg awak gitau tu bleh x guna utk laptop? Harap dapat membantu, terima kasih 🙂

    1. kamarul ariffin says

      saya pun kena mcm nih… mntk admin tlg kami selesaikan…

  7. daos says

    saya dh buang virus shortcut kat pndrive tp bila restart laptop masuk pendrive jd blk..nape ek?klu x restart ok je

    1. thehaikal says

      itu mungkin maksudnya virus tu dah infected pada laptop rasenye..

  8. ayda says

    sy pun diserang virus shortcut ni sebab tiba-tiba pc shutdown sendiri dan avg tak boleh scan. semua file / folder hilang. bila dan try cmd tu.. result dia dekat desktop sy keluar icon notepad..bila click dia keluar perkataan ni : [.ShellClassInfo]
    LocalizedResourceName=@%SystemRoot%\system32\shell32.dll,-21769
    IconResource=%SystemRoot%\system32\imageres.dll,-183 dekat properties nama dia desktop.ini (virus ke ni)

    apa sy harus buat? file/folder masih hidden.

    1. Abdul Rahman says

      Sekarang ni ayda kena protect komputer ayda dulu.

      Rujuk ni: https://kokotiam.com/bagaimana-nak-buang-virus-dan-lindungi-komputer-anda/

  9. Fiz says

    Setiap kali saya cucukkan pendrive dkt laptop saya. Folder dalam pendrive tu jadi shortcut dan tak boleh bukak. So please help me. What should i do.

    1. Abdul Rahman says

      sekarang ni fiz kena install dulu software security yang macam saya ceritakan dalam https://kokotiam.com/bagaimana-nak-buang-virus-dan-lindungi-komputer-anda/

  10. shakirah says

    saya dah ikut cara yang diberikan.. tapi masih shortcut… 🙁

    1. Abdul Rahman says

      masih shortcut ya? kena buang virus dalam komputer dulu… boleh tengok ni: https://kokotiam.com/bagaimana-nak-buang-virus-dan-lindungi-komputer-anda/

Leave A Reply

Your email address will not be published.