Secawan Koko Kehidupan

Apa Boleh Buat Kalau Beban Hutang Rasa Besar Sangat

0

Atas sebab-sebab tertentu, anda mempunyai beban hutang yang banyak.

Mungkin disebabkan anda perlu menanggung keluarga. Ataupun menanggung hutang lampau dan juga orang lain.

Tak tertanggung rasanya.

Apa yang boleh anda lakukan?

Jom kita tengok apa yang boleh anda lakukan.

Perkara paling obvious ialah anda perlu senaraikan semua beban kewangan.

Kalau tidak ada senarai, susah untuk anda tahu mana anda belanjakan duit anda. Kecil atau besar dua-dua tu penting. Di dalam telefon saya, saya menggunakan aplikasi bernama Expense Manager.

Mungkin anda boleh pecahkan di dalam kategori-kategori tertentu. Ada perbelanjaan yang wajib dan juga perbelanjaan sunat. Maksud saya ada yang kita kena bayar (nak atau tak nak), dan ada yang bersifat kehendak semata-mata. Bila anda dah dapat kenal pasti apa yang wajib dan sunat, senang sedikit untuk anda kurangkan beban kewangan anda.

Itu bermakna anda kena rangka cara untuk memastikan kewangan itu tidak terbeban lagi.

Rangka cara untuk anda pastikan anda boleh kurangkan perbelanjaan yang wajib dan kalau boleh buang habis yang sunat-sunat ni. Saya pernah berkongsi di sini tentang kenapa pakai kereta buruk lagi bagus daripada pakai kereta baru.

Duit memang sesuatu yang memeningkan kepala. Kalau kita tak uruskan betul-betul, daripada kita jadi tuan duit, duit jadi tuan kita.

Ye, cuba cari cara untuk mengurangkan beban dengan mengurangkan perbelanjaan.

Kalau kita fikir pasal duit, ada dua je sebenarnya: anda buat duit ataupun anda simpan duit. Dua cara ni sahaja cara untuk ada duit lebih banyak dalam poket.

Boleh tak kurangkan makan seharian?

Daripada makan 4-5 kali sehari, mungkin anda boleh kurangkan kepada tiga. Ini sangat sesuai untuk orang yang bujang. Kalau anda mempunyai anak, cuba kurangkan bahagian makan anak anda tanpa mengurangkan bahagian anak anda. (Mereka memerlukan nutrien yang cukup untuk membesar dengan sempurna)

Tukar minum air berperisa dengan air kosong sahaja

Ini trik paling mudah. Bayangkan satu jus oren sahaja dah RM4. Kalau air kosong baru sahaja RM0.50. Dah beza RM3.50. Itu cara mudah yang boleh anda buat.

Kalau sebulan ada 22 hari waktu bekerja, anda dah jimat RM77. (RM3.50 darab 22 hari) dan anda boleh simpan duit tu. 77 darab 12 bulan dah RM924 dah.

Lagi benda yang boleh anda buat ialah, jika ada dua lauk, ambil satu je.

Banyakkan kuah. Biasanya sayur lagi murah dari daging atau ayam. Jadi kalau anda jenis yang boleh makan sayur, makan sayur. Kurang sedikit anda belanja. Sebenarnya benda kecil-kecil ni yang buat kita belanja besar.

Nak tak nak, dalam keadaan ekonomi yang tak menentu ni, kita kena kurangkan perbelanjaan kita dan pastikan anda tak rasa beban kewangan yang besar sangat.

Kena cari ikhtiar, nak tak nak. Kalau kita tak pandai berjimat, jahanam kita bila beban kewangan besar sangat.

Anda pula bagaimana? Ada apa-apa tip untuk kurangkan hutang?

money gambar

Leave A Reply

Your email address will not be published.