Bagaimana Nak Buang Virus Dan Lindungi Komputer Anda

Ramai orang yang sering terkena serangan virus. Selalunya bila masuk laman web yang bukan-bukan seperti blog yang penuh dengan iklan.

Mereka kemudiannya menghantar ke kedai laptop atau desktop mereka dan kedai mengenakan caj antara RM30-RM50 untuk format komputer mereka. Sebenarnya anda tidak perlu membuat sedemikian jika anda ingin membuang virus yang ada.

Ya, anda juga boleh buang virus. Tanpa perlu ke kedai.

Antara virus yang biasanya mengancam orang ramai (terutama sekali di Institut Pengajian Tinggi bernama UiTM) ialah virus shortcut. Tetapi hari ini saya tidak ingin bercakap bagaimana untuk buang virus shortcut. Tetapi saya nak bercakap bagaimana untuk melindungi komputer anda daripada serangan virus serta membuang pelbagai jenis threats yang mungkin ada di dalam komputer anda sekarang ini.

Peralatan pertama yang anda perlu ada dalam komputer anda ialah…

#1 Antivirus – Buang Virus & Lindung Daripada Virus

Antivirus ialah software yang akan memusnahkan segala bentuk virus yang menyerang laptop anda. Selain daripada buang virus, biasanya antivirus juga akan membuang pelbagai jenis malware atau apa-apa yang dirasakan mampu menjahanamkan komputer anda.

Jadi, apakah antivirus terbaik? Frankly, terdapat pelbagai antivirus yang boleh dikatakan “bagus”, tetapi tidak ada satu pun yang boleh mengenalpasti semua virus yang ada di luar sana.  Saya ada tulis post mengenai antivirus terbaik. Jadi the best bet yang anda boleh buat ialah dengan menggunakan antivirus yang paling baik pada waktu itu.

“Jadi apa antivirus paling baik sekarang?”

Untuk menjawab persoalan itu, saya ingin anda pergi ke laman web AV-Comparatives.Laman web ini ialah laman web yang membuat independent testing of antivirus dan testing ini membolehkan anda mengetahui mana satu antivirus yang boleh dikategorikan “terbaik” pada waktu itu.

Dan antivirus yang terbaik (dan percuma) sekarang ini ialah…

antivirus-avast-buang-virus

 

UPDATE DISEMBER 2014:

Avira juga sekarang ini sangat bagus prestasinya dan kadang kala berjaya mengalahkan Avast. Anda boleh cuba Avira juga kalau anda nak. Saya recommend juga antivirus itu kerana kalau Avast tak boleh buang virus tu, Avira boleh.

Antivirus berbayar terbaik untuk 2014 yang boleh buang virus ialah BitDefender.

#2 Firewall – Pagar Api

Kalau dah ada alat buang virus menggunakan antivirus, apa lagi anda perlukan? Anda kena protect komputer anda daripada unauthorized access.

Itulah kerja firewall. Ianya akan mencipta dan menggunakan undang-undang yang memantau network transmission di antara komputer anda dengan segala-galanya di Internet tu.

Comodo Firewall Pro

Inilah “pagar api” kegemaran saya. Dahulu saya menggunakan ZoneAlaram Firewall, tetapi kerana beberapa isu semasa menggunakannya, saya telah bertukar kepada Comodo Firewall Pro. Salah satu fungsi hebat perisian firewall ini ialah Sandbox di mana ianya akan secara automatik menyekat apa-apa perisian yang tidak dikenalinya daripada dijalankan.

Anda juga akan mendapat beberapa pilihan semasa memasang perisian ini seperti GeekBuddy (untuk live expert help — kalau ada masalah komputer, bolehlah gunakannya. Percuma untuk 30 hari), antivirus (jangan install jika anda ada antivirus lain) dan juga toolbar (jangan install, beratkan sistem).

#3 Anti-Spyware – Buang Spy Dari Komputer

SuperAntiSpyware (Percuma – Pro: $29.95)

Setelah anda plug firewall anda, sekarang anda boleh memasang antispyware di dalam komputer anda. Antispyware ialah software yang akan mencari dan memusnahkan spyware. Untuk ini saya recommend anda install SuperAntiSpyware. Ia merupakan satu software yang memberi fokus kepada spyware.

Spyware ialah perisian yang akan memasang dirinya sendiri dan mengambil maklumat secara rahsia mengenai penggunaan Internet dan mungkin juga password.

Perisian ini anda patut run setiap beberapa bulan (complete scan) kerana ianya akan menggeledah semua cookies durjana yang akan menjejaki setiap langkah anda di Internet. Dengan kata lain anda boleh membuang jejak anda di sana.

Selain itu anda juga boleh membuat:
1) critical point scan – akan mengimbas tempat-tempat kritikal seperti registry files, hosts file, dan Windows folder untuk sebarang jangkitan spyware.
2) quick scan – scan di tempat-tempat yang biasa diserang oleh spyware.
3) custom scan – anda pilih sendiri di mana anda mahu imbas.

#4 Anti-Malware – Tiada Yang Malicious

Malwarebytes Anti-Malware (Percuma – Pro: $24.95, lebih kurang RM83.43)

Merupakan perisian yang mempunyai satu fungsi: membuang malicious software (malware) daripada komputer anda. Malicious di sini ialah software yang mempunyai niat jahat seperti mencuri maklumat anda semasa anda mempunyai connection kepada Internet.

Malwarebytes merupakan satu software yang amat efektif untuk melawan perisian negatif yang telah diinstall atau dimuat turun secara tidak sengaja oleh anda.

Malwarebytes mempunyai tiga fungsi iaitu:
1) Perform quick scan
Secara pantas mencari software malicious

2) Perform full scan
Melakukan inspection penuh ke atas semua fail di dalam hard disk tersebut.

3) Perform flash scan
Program ini akan menganalisa memori dan objek autorun (hanya untuk pengguna berlesen)

Saya rekomen anda untuk membeli jika mahu menyokong pembuat software ini tetapi kalau anda tidak membeli pun, anda boleh menggunakan hampir semua fungsi di dalamnya secara percuma.

#5 Prevention – Halang Yang Jahat Dari Masuk

Javacool Software SpywareBlaster

Software ini akan menghalang daripada ActiveX dan cookies yang menyusahkan daripada dimasukkan ke dalam komputer anda. Ia juga menghalang laman web yang mungkin merbahaya daripada mengancam anda.

Inilah alat yang akan menghalang anasir jahat. Tapi perisian ini tidak boleh buang virus ataupun malware.

Jika anda pengguna setia Internet Explorer, inilah masanya untuk bertukar kepada alternative browser. Selalunya alternative browser ini lebih selamat kerana kurang integrasi dengan OS. IE pula… well… memang integrated pun (sebab tu anda wajib update IE all the time!)

Alternative browser yang anda boleh pilih ialah:

Google Chrome

Ramai orang sukakan Chrome kerana ianya laju. Sila muat turun.

Mozilla Firefox

Mempunyai add-ons paling banyak. Sesuai untuk web designers dan wannabe alike.

Opera

Satu browser yang pernah jadi browser paling pantas. Tapi scrolling dia agak bermasalah. Kalau anda menggunakan wheel, anda mungkin akan nampak screen distortion berlaku. Tapi kalau anda suka menggunakan scroll bar, tidak menjadi masalah.

Dah ada pelbagai alternatif browser? Good. Kalau ada laman web yang macam tak properly displayed, anda boleh menggunakan pelayar Internet yang lain tu. :)

Lepas anda dah dapatkan semua software di atas, anda perlu pastikan anda update Windows anda.

#7 Windows Update – Jangan Lupa!

Windows Update penting kerana ianya membantu menutup kebocoran keselamatan yang ada di dalam operating system. Bolehlah anda menghalang diri anda menjadi salah satu mangsa zero-day attack.

(Tapi selalunya kalau serangan berlaku, kalau anda salah seorang pertama, anda hanya boleh tutup komputer anda untuk menghalang keadaan menjadi semakin buruk)

Jadi apa itu zero-day attack? Ianya merupakan serang ke atas komputer yang mengeksploitasi kelemahan aplikasi tersebut yang tidak diketahui orang ramai dan pembangun aplikasi itu.

Zero-day exploit pula merupakan perisian yang menggunakan lubang keselamatan itu untuk menjalankan serangan.

Anda juga patut guna Internet Explorer 9 (untuk Windows 7 ke atas). Jauh lebih laju, lebih selamat, dan semua laman web nampak lebih cantik dan responsif berbanding Internet Explorer sebelumnya. Install hari ini juga. ’nuff said.

#8 Add-ons Berguna Untuk Browser

Jika anda menggunakan Firefox, anda boleh menambah lagi kekuatan keselamatan Firefox anda dengan menggunakan NoScript. NoScript akan memadam sebahagian besar fungsi skrip (terutama sekali Javascript).

Ini memastikan skrip-skrip yang merbahaya (malicious scripts) tidak dapat “lahir” di dalam komputer anda.

Tetapi jika ada laman web yang anda percayai yang anda perlu menggunakan fungsi-fungsi yang telah dikunci oleh NoScript, anda boleh enable balik hanya untuk laman web itu.

Lepas anda dah install NoScript, anda bolehla pula memasan McAfee SiteAdvisor atau Avast WebRep (install secara automatik jika anda menggunakan Avast! antivirus). Dua add-ons ini membolehkan anda mengetahui sama ada laman web itu selamat untuk dilawati ataupun tidak.

Google Chrome pun ada macam-macam tambahan keselamatan yang boleh anda tambah. (Patut tak saya buat post pasal ni ye?) BitDefender pun ada tool untuk scan virus dari dalam Chrome sendiri.

Bukan software sahaja penting. Cara anda menggunakan Internet juga penting. Ya… Rutin harian anda juga memainkan peranan yang penting.

#9 Apa Rutin Internet Anda? Cuba Tengok Ni…

  • Porno is a no go. Porn websites selalunya akan meletakkan benda pelik-pelik di dalam komputer anda. Nampak perempuan seksi di dalam iklan pun jangan tekan kerana itu perkara yang sama. Anda boleh sahaja layan gambar tersebut dan JANGAN KLIK GAMBAR HOT STUFF TU! Kalau virus hebat, anda nak buang virus tu macam mana pun memang susah.
  • Setiap minggu anda perlu clean cache supaya temporary files Internet anda tidak ditanam dalam komputer anda. Apabila ianya tertanam dalam jumlah yang banyak, nak buka browser kegemaran akan menjadi lembab. Jadi pastikan anda clean cache anda setiap minggu bulan!

Jadi itulah dia sebahagian kecil daripada perkara yang saya ingin kongsikan bersama anda semua di dalam post kali ini. Saya berharap ianya akan membantu anda menghalang virus durjana, buang virus dan melicinkan lagi operasi komputer anda.

Jadi, setakat ini sahaja post saya.

Ada sebarang komen? :D

P.S Lepas ini saya akan letak post macam mana nak buang virus shortcut dan saya akan berikan sekali shortcut remover yang diperlukan untuk melaksankan tugas tu.

7 thoughts on “Bagaimana Nak Buang Virus Dan Lindungi Komputer Anda”

    1. Pada tahun 2014 ini, antivirus percuma terbaik ialah Avast dan yang berbayar (pada pendapat peribadi saya) ialah Bitdefender :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>