Anda Kena Tengok Cerita Ni: Forever (Review Drama)

I’m sucker for a good story.

I kept watching for a story that have a storyline that I have never seen before. Or combined into one.

Tiba-tiba cakap dalam Bahasa Inggeris. Haha. Tapi cerita drama Forever ini sangat menarik hati saya. Seperti sedang menonton cerita Sherlock Holmes digabungkan Dr Watson kawannya dan dengan twist tersendiri iaitu dia tidak boleh mati.

Dua ratus tahun hidup.

Apa yang akan anda buat kalau anda boleh hidup lama sebegitu?

Cerita Ini Cerita Apa Sebenarnya?

Cerita ini sebenarnya berkenaan seorang doktor yang bekerja di rumah mayat di New York di mana dia ingin mencari jalan untuk membuka kunci kepada keabadiannya.

Cerita ini membawa satu anggapan iaitu:

Orang yang dah lama hidup… nak mati.

Orang yang sekejap masa hidup… hidup selama-lamanya.

Tapi bila kita fikirkan balik, kalau semua orang keliling kita mati, orang yang kita sayang juga akan mati.

Dan kita akan keseorangan.

Berapa banyak kali kitaran itu akan terjadi kan?

dah-tengok-banyak-benda
Heronya (Henry Morgan) dimainkan oleh Ioan Gruffudd dan dia dah tengok banyak benda. Sangat banyak. Kata orang yang sedang bercakap dengannya dalam episod pertama ini.

Satu persoalan yang menarik kan kalau difikirkan?

Masa. Tanpa penghujung. Apa yang akan anda buat jika anda ada masa sebanyak itu? Hero cerita ini akan ditemani oleh Jo Martinez yang dimainkan oleh Alana De La Garza. Seorang yang telah kematian suaminya dan masih lagi teringatkan hubbynya itu.

Cerita ini mempunyainya beberapa kata yang agak menarik.

Saya telah menghabiskan hidup saya mengkaji tubuh badan manusia dan saya boleh cakap dengan kepastian secara saintifik bahawa perkara yang membuatkan kita terus hidup, lebih penting daripada oksigen dan cinta… ialah harapan.

Dan that’s a good one. Terutama sekali bila dengar suara hero yang agak persuasif itu. Dan penuh keyakinan. Ciri seorang lelaki alpha kalau dalam fikiran saya ni.

Bagaimana pula dengan jalan penceritaannya? Setiap episod adalah kisah baharu untuk sekarang tetapi terdapat seseorang yang seperti mempunyai sumpahan (kata hero) sama seperti Dr Henry Morgan ni dan kita masih belum tahu lagi siapa dia.

Di iMBDB filem ini mendapat 8.4/10 dan itu satu petunjuk yang agak baik. Kalau anda ada masa, anda pun patut tengok cerita ni dan be charmed with its occassional brilliance dalam memberikan kata-kata yang membuat kita terfikir.



Diterbitkan oleh

Abdul Rahman

Seorang penulis, pembaca dan suka membuat sesuatu.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *