9 Khasiat Buah Belimbing Yang Mungkin Anda Tahu

Anda suka makan buah belimbing? Sedap, dan menyejukkan badan. Itu dua manfaat buah belimbing yang terus kita ingat bila orang tanya tentang manfaatnya.

Sebenarnya ada banyak.

Di dalam ini saya senaraikan 9 khasiat buah belimbing yang anda suka makan tu.

buah-belimbing
Tak sangka buah ni banyak betul khasiatnya…

1. Boleh mengurangkan tahap kolestrol dan menyenangkan anda membuang dengan melembutkannya.

Kolestrol yang tinggi boleh menyebabkan sakit jantung dan strok. Kalau anda rasa jantung anda perlu “dibersihkan”, buah ini dapat membantu anda.

2. Merebus daun dan akarnya (boleh disediakan bersama ataupun berasingan) boleh membantu menyembuhkan sakit kepala, panau atau cacar air.

Jarang kita dengar tip ini di dalam Malaysia tetapi di luar negara ini adalah salah satu cara tradisional untuk kurangkan sakit di kepala.

3. Buah ini boleh membantu untuk mengurangkan mabuk dan kepanasan. Untuk hilang mabuk, anda boleh makan belimbing masam, stimkan dalam air, dan makan.

Ini pun tip daripada dunia Barat. Kalau anda tiba-tiba mabuk-mabuk (ataupun betul-betul rasa mabuk), anda bolehlah cuba.

4. Buah ini juga dikenali untuk merawat sakit mata

5. Diberikan kepada ibu yang menyusukan anak kerana dipercayai boleh mengstimulasi pengaliran susu badan.

6. Untuk loya dan senak perut, makan separuh daripada buah belimbing dan makan bahagian satu lagi selepas tiga jam.

7. Buah belimbing kaya dengan kandungan vitamin C dan boleh membantu menangkis selsema musim sejuk dan selsema.

Seperti yang diketahui, vitamin C penting untuk kulit.

8. Disyorkan sebagai buah untuk diet kerana kandungan fiber yang tinggi dan kalori yang rendah.

Fiber yang tinggi membolehkan perut anda memproses makanan dengan lebih efisen. Senang untuk anda hilangkan berat anda.

9. Belimbing juga kaya dengan antioksidan dan flavonoids.

Seperti yang anda tahu, antioksidan adalah penting untuk penjagaan kulit dan melindungi sel daripada dirosakkan oleh oksigen.

Sumber lain flavonoid adalah epal, buah pear, strawberries, dan tomato.

Banyak kan sebenarnya khasiat buah belimbing ni? Saya dah buat kajian di Google baru tahu rupanya banyak manfaat buah ni… Kalau ada kawan-kawan anda yang suka makan buah ini, anda boleh kongsikan info ini kepada mereka.

🙂



Diterbitkan oleh

Abdul Rahman

Seorang penulis, pembaca dan suka membuat sesuatu.

2 padangan di “9 Khasiat Buah Belimbing Yang Mungkin Anda Tahu”

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *